CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 0

Cubaan Seludup Gading Bernilai RM7.2 Juta Ditumpaskan Kastam KLIA

[Copy link]
Post time 5-1-2017 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Pada 1 Januari lepas, cubaan menyeludup gading gajah bernilai RM7.2 juta dari Kongo melalui pintu masuk utama negara berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Memetik laporan Bernama, dalam sidang media kelmarin pengarah kastam KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata barang dilarang import itu ditemukan dalam 17 kotak yang diterbangkan melalui pesawat Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa, Kongo yang transit di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul, Turki ke KLIA.


"Hasil pemeriksaan, kotak-kotak itu yang mengandungi 254 unit gading gajah atau seberat 846.2kg."


Difahamkan siasatan awal menunjukan gading gajah itu dicatatkan sebagai sampel kayu dan segala alamat dan pengenalan diri yang tertera dalam dokumen berkaitan juga adalah palsu.


Bagaimanapun siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan, ujar Datuk Hamzah.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan larangan tanpa permit.


Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda minimum 10 kali nilai barangan atau maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Bagi tangkapan pada tahun 2016 sebanyak 9 kes dan kastam berjaya merampas 1 ribu 254 kilogram yang bernilai RM10 juta.- CARI

sumber foto: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.382552 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list