CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 2

DIY Lilin Bercorak

[Copy link]
Post time 5-1-2017 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 5-1-2017 02:56 PM


Anda ingin menggunakan lilin sebagai hiasan untuk majlis perkahwinan anda tetapi lilin yang ada tidak menarik dan tidak bercorak? Lilin yang bercorak ada dijual tetapi anda kekurangan bajet? Jangan risau kerana anda boleh membuat sendiri lilin bercorak tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Di sini kami kongsikan bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk membuat lilin bercorak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Lilin
  • Bunga
  • Sudu besi
  • Buku yang tebal
Cara-caranya :
  • Keringkan bunga dengan meletakkan bunga di dalam buku yang tebal selama semalaman. Pastikan anda menindih buku yang mengandungi bunga dengan beberapa buah buku yang tebal. Anda boleh menggunakan segala jenis bunga seperti bunga ros, orkid dan sebagainya.
  • Seterusnya, keluarkan bunga yang telah diletakkan di dalam buku. Bunga anda akan kelihatan seperti di dalam gambar 1 di bawah.
  • Kemudian, ambil sudu besi dan panaskan sudu besi di kedua-dua bahagian, luar dan dalam sudu dengan menggunakan lilin. Pastikan anda menggunakan sudu besi dan sudu tidak berada terlalu dekat dengan api lilin untuk mengelakkan sudu menjadi hitam.
  • Selepas itu, letakkan bunga di atas lilin dan letakkan sudu yang dipanaskan tadi di atas bunga. Lilin akan menjadi cair sedikit demi sedikit. Tekan bunga secara perlahan dengan menggunakan jari untuk memastikan bunga melekat dengan elok.
  • Akhir sekali, biarkan lilin yang dicairkan kering dan lilin bercorak anda siap untuk dijadikan hiasan.


Gambar 1
Untuk menyewa persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Pelamin2u.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gud info
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 09:41 AM | Show all posts
cantik.. teringin nak buat lilin sendiri mcm song jihyo..

tapi entah bila nak buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.610059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list