CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118620|Reply: 2393

.

 Close [Copy link]
Post time 6-1-2017 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by RatuDunia94 at 30-1-2017 02:41 AM

Menara Berkembar Petronas di Pentas MISS UNIVERSE!



Bersama Pereka Rizman Ruzaini

Kuala Lumpur: Menara Berkembar Petronas yang menjadi lambang kebanggaan negara dijadikan inspirasi dalam rekaan busana bakal digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal, 20, pada pertandingan Miss Universe ke 65, di Manila, Filipina, pada 30 Januari ini.

"Kami mempunyai sesuatu yang istimewa yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

"Ini adalah satu risiko besar tetapi berbaloi," kata Presiden Miss Universe Malaysia Organization, Elaine Daly tentang pakaian ini.

Busana potongan jumpsut itu diperincikan dengan hiasan menara berkembar seberat enam kilogram menggunakan kain berwarna kulit dan Perak yang membaluti tubuh Kiran bersama dengan 100,000 butir kristal Swarovski yang dijahit tangan.

Terdapat panel logam berbentuk menara di bahagian bahu  bersama jahitan kristal di bahagian dada, melambangkan jambatan yang menghubungkan dua menara.

Pakaian ini juga dihiasi dengan rekaan berbentuk geometri mewakili anyaman kraf tradisional negara.

Rizman Nordin berkata, tugasan menghasilkan rekaan itu adalah tanggungjawab paling besar pernah diterima kerana membawa bersama nama dan imej negara.

Katanya, rekaan ini nampak luar biasa dan dihasilkan selepas membuat pelbagai penyelidikan terhadap motif kostum yang bakal digayakan oleh peserta Ratu Universe itu.

"Tahun lalu, wakil dari Thailand, Aniporn Chalermburanawong juga menggayakan busana dengan simbol negara itu, pengangkutan awam, iaitu Tuk Tuk dipilih sebagai pakaian kebangsaan terbaik di Miss Universe 2015.



Wakil Thailand juara Pakaian Kebangsaan Terbaik 2015

"Justeru, kami berharap masyarakat dapat menyokong dan menerima baik rekaan ini," katanya ketika ditemui pada pratonton pakaian Miss Universe Malaysia 2016, di sini, semalam.

Mengulas mengenai idea itu, Rizman berkata menara ikonik itu dijadikan inspirasi kerana sinonim dengan negara dan sekali gus dapat mempromosi nama Malaysia di mata dunia.



Rizman Ruzaini yang juga pemenang Anugerah Pesona Tenun Berita Harian 2010, berkata perancangan menghasilkan busana ini dilakukan selama setahun dan pakaian ini berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Sementara itu, Kiran berkata, beliau berbangga berpeluang menggayakan koleksi itu yang dianggap begitu mengagumkan dan dihasilkan oleh pereka popular di negara ini.

Kiran Jassal juga akan menggayakan dua pakaian lain iaitu gaun petang dan satu lagi rekaan masih dirahsiakan.


Gaun petang rekaan Rizman Ruzaini yang akan digayakan Kiran Di Miss Universe ke 65

"Saya sudah bersedia menyertai pertandingan ini. Setakat ini Malaysia belum pernah mencatatkan rekod kemenangan dalam pertandingan terbabit, jadi saya akan mencuba yang terbaik. "Persiapan terakhir termasuk mengikut kelas catwalk, latihan vokal dan ucapan awam. Penyertaan saya antara sumbangan kepada negara khususnya dalam mengangkat Malaysia pada tahap tertinggi dalam bidang ini," katanya.

Pada edisi ke 65 penganjuran Miss Universe, bandar Manila, Philippines telah dipilih menjadi tuan rumah di mana seramai 85 jelitawan dari seluruh dunia akan merebut gelaran Ratu Universe.


Pia Wurtzbatch dari Filipina merupakan pemenang Miss Universe yang lepas.


Miss Universe ke 65 akan berlangsung selama 3 minggu bermula 12 hingga 30 Januari ini. Acara tahunan kecantikan terbesar dunia ini boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran StarWorld Asia 711 & 722HD pada jam 8 pagi.


Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik terbesar di dunia sejak tahun 1952. Peserta bukan saja dilihat rupa paras, malah diuji dari segi kebijaksanaan, persembahan pakaian dan kebudayaan untuk dinobatkan sebagai ratu dunia.

Tiga kategori permarkahan meliputi temuduga personaliti, pemakaian gaun petang dan pakaian renang.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/230966



Video Presentation :

Interview



National Costume



Evening Gown




Collaborating with Duck Scarf by Vivy Yusof
[quote]
Hasn't quite sunk in that this dUCk is flying off to The Miss Universe Pageant to be auctioned off for charity. Someone in this world will own this and I won't even know who! This piece is a real beauty to me. 500 Swarovski crystals, placed carefully one by one by us, and carries the National Gift of Malaysia title. Pictures can't do justice to this dUCk, you really have to see it to see its real beauty upclose. Shine on, dUCk! Thank you @missuniversemalaysia for this honour.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2017 02:02 PM | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 6-1-2017 02:24 PM

Sedikit Info tentang Kiran Jassal (Miss Universe Malaysia 2016)

Nama Penuh :
Kiranmeet Kaur Baljeet Singh Jassal
Umur : 20 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tinggi : 175cm (5'8")
Pekerjaan : Pelajar, Model
Pendidikan : Kolej Tunku Jaafar (A Level), International Medical University (Pergigian)





Bersama ibunya Ranjit Kaut yang juga pemenang Mrs. World Malaysia 2016 iaitu seorang peguam




Bersama Kakaknya Dr. Ranmeet Jassal iaitu pemenang Miss Grand International Malaysia 2016 juga seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya



Beauty queen family



Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2 menang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:12 PM | Show all posts
senyuman x sweeet muka kejung always..c pia menang part smile happy happy x kejung...hope c kiran ni senyum lebih sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:15 PM | Show all posts
Edited by Changa at 6-1-2017 02:17 PM

nampak low quality dan cheap...
takde pereka yang helok ke di tanah air ini?

ala2 nude color kat dalam buat apa?
kalau tak nak bare skin, baik tukar design cara lain daripada buat fake skin color sebegitu. nampak PPRT sangat design nya.

dah la macam loose jah body suit nya.
konon nak seksi tapi takat acah2 jah, kalau nak ala body suit, make sure betul2 ikut bentuk badan bukan ala longgar macam baju acik2 kepam
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cknoriz replied at 6-1-2017 02:12 PM
senyuman x sweeet muka kejung always..c pia menang part smile happy happy x kejung...hope c kiran ni ...

Cmner nak senyum, berat kot, 30kg kot baju tuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ade rezeki ,mudah mudahan menang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
looks futuristic but cheap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 02:20 PM | Show all posts
Aduradura replied at 6-1-2017 02:17 PM
Cmner nak senyum, berat kot, 30kg kot baju tuu

mulut dia terheret sekali erk dek keberatan baju haha...x senyum x menang dijamin 100% kalau muka kejung cmtu mmg top5 pon x lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cknoriz replied at 6-1-2017 02:20 PM
mulut dia terheret sekali erk dek keberatan baju haha...x senyum x menang dijamin 100% kalau muka  ...

Entahler, Nak buat ala2 classy kot...ce tgk miss universe dr thai, cantik je senyum kannn...kot ye nk nmpk classy pun senyum la sikit, bukannye malu sgt pun pakai baju klcc dr wakil thai, pakai baju ade tuk tuk  
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tgk baju klcc tu dah mcm baju angkasawati yg tgh standby nak meroket kt bulan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:29 PM | Show all posts
ok la.. nmpk lain juga.. sib baik tak pikul 2 beradik kembar tu kat belakang mcm miss thailand menang... kalau buat i nak suggest buh pencucuh api kat belah bawah twin tu..bole terus terbang

tapi kenapa warna 2 baju lebih kurang sama je?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bju superhero je
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cknoriz replied at 6-1-2017 02:12 PM
senyuman x sweeet muka kejung always..c pia menang part smile happy happy x kejung...hope c kiran ni ...

Xpyh berangan la boleh menang miss universe nk lawan wakil satu dunia..baik ambik sajat je wakil mlysia..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Evening gown tu stunning nak mampos! Tapi baju kebangsaan tu, akak benci benda apatah kat bahu tu. Macam buat baju tu nampak cheapo je padahal design ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
iol rase hakak sheol lagi best,...kiran ni kena train senyum n konpiden lagik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Fitting nya agak tak sempurna.. macam costume sewa kat kedai halloween je. We want to see more. Lebih polished.

Anyway, satu family ni beauty with brains. Power!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Looks cheap!

At least yang Thailand punya costume tu takde la nampak cheap
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:40 PM | Show all posts
kerani_je replied at 6-1-2017 02:33 PM
Xpyh berangan la boleh menang miss universe nk lawan wakil satu dunia..baik ambik sajat je wakil m ...

hahaha betul sgt baik pi hantar si sajat rajin gak sajat sengih senyum dr c kiran ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:41 PM | Show all posts
baju klcc tu colour sendu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 1.140493 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list