Edited by NormanJB at 6-1-2017 03:24 PM
KUALA LUMPUR: Kembang tekak! Loya, apabila sekeping gambar seekor tikus menjamu hot dig di dalam peti pemanas makanan sambil menjamu hot dog menular di laman sosial.
Insiden dipercayai berlaku di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di Kelana Centre Point.
"Kehadiran Mickey Mouse.
"Kalian perlu berhati hati bila membeli makanan kat Kedai 7Eleven.. Baru nampak seekor tikus makan hotdog kat 7Eleven Kelana Centre Point," kata pemilik akaun Facebook, Aman Shah.
Menjawab pertikaian yang dilontarkan, 7-Eleven Malaysia mengakui insiden tersebut berlaku dan meminta maaf diatas kejadian yang tidak diingini tersebut.
"7-Eleven Malaysia mengambil maklum diatas insiden binatang perosak yang berlaku di 7-Eleven Kelana Centre Point pada 2 Januari 2017 dan kami ingin memohon maaf diatas kesulitan kepada pelanggan kami."
Ujar syarikat berkenaan, siasatan dalaman sudah dijalankan termasuk bekerjasama dengan pejabat Kementerian Kesihatan berhubung isu berkenaan.
"Yakinlah, bahawa insiden ini adalah terpencil kerana mempunyai audit berkualiti yang dijamin dan mengambil langkah mengawal binatang perosak secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama dari berlaku," katanya. - Malaysian Digest
|