CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 9

Bro, Selekeh Masa Tiada Air? 4 Langkah Ini Bantu Anda Kelihatan Lebih Kemas

[Copy link]
Post time 6-1-2017 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Alamak, air tak ada! Macam mana nak ke sekolah atau pejabat? Takkan lah nak pergi kerja tanpa mandi dan buat selamba sahaja walaupun orang dah mula cakap belakang dan tutup hidung?


Jangan jadi macam tu tau! Mungkin anda rasa penampilan diri itu tidak berapa penting, tetapi air muka perlu dijaga bro. Muka kacak tetapi badan dan nafas berbau, gigi kuning, buat rugi je, kan?


Oleh itu, cuba amalkan beberapa langkah ini ketika ketiadaan air untuk tampil lebih kemas selain kebersihan diri terjaga.




1. Merapikan Rambut

Sumber foto: Carian Internet




Tak perlulah cuci rambut dengan syampu selalu kerana ia akan memerlukan lebih banyak air untuk membilasnya. Cukup dengan membilas rambut dengan hanya sekali bilasan.

Untuk mengelakkan daripada kelihatan selekeh, gunakan krim rambut atau apa-apa produk penjagaan rambut untuk lebih bergaya. Selain memberi nafas baru kepada penggayaan rambut, ia juga berbau wangi. Sedap je orang sebelah nak hirup udara dengan selesa tanpa bau kurang enak.




2. Abaikan Penjagaan Gigi Untuk Jimat Air?

Sumber foto: Cyberspace & Time




Tidak! Jangan sekali-kali abaikan penjagaan gigi. Sekurang-kurangnya, gosoklah di bahagian geraham dan hadapan gigi.


Anda juga boleh mula menggunakan ubat cuci mulut seperti Listerine. Bukan sahaja tidak perlu menggunakan air, ia juga akan mejimatkan masa anda bersiap.




3.  Minyak Wangi

Sumber foto: www.topmen.com.cn




Ya! Inilah masa yang paling sesuai untuk memanfaatkan deodoran dan 'perfume' anda bagi mengekalkan keharuman tubuh sehingga tamat waktu pejabat. Ia juga akan melindungi bau peluh selepas melakukan sebarang aktivit berat.


Bawalah satu dalam beg sebagai persediaan apabila anda mula berasa tak selesa dengan bau tubuh anda.



4. Tak Cukup Pakaian?

Sumber foto: Small Footprint Family




Yang ini perlukan anda menjadi lebih rajin kerana ia memerlukan anda untuk kerap mengganti pakaian dan menjemur mana-mana yang sudah dipakai bagi menghilangkan bau dan bakteria.


Jika mahukan pakaian berbau lebih segar dan wangi, gunalah Febreze!




Mudah saja, kan? Anda ada tip lain yang boleh dikongsi bersama? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 03:57 PM | Show all posts
Memang takla..Kalau takde air aku sanggup bawa baju dengan segala sabun minyak wangi deodrnt aku pegi ofis pastu mandi kat gym ofis or mandi kat toilet ofis..rlex je aku..Sehari tak mandi macam lain macam..Tak selesa kalau tak mandi tu..

Pernah sebelom ni kawasan rumah aku seminggu takde air..slumber je aku mandi kat ofis waktu weekdays. Weekend aku pegi mandi kat RNR laluan tol or stesen minyak..Baju hantar pegi dobi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 04:27 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 6-1-2017 03:57 PM
Memang takla..Kalau takde air aku sanggup bawa baju dengan segala sabun minyak wangi deodrnt aku peg ...

setuju sgt, xsanggup weh xmandi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 05:37 PM | Show all posts
spesies kepam je yg tak mandi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap iklim la x nk mandi.. Kalo duk london ke bole la x mandi seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia mmg x la
Dlm bilik berkipas pun panas
Baju jalan sket nak ke klas ke apa dah mcm neraka punya panas (hiperbola)
Huh peluh dia
Bila msok dewan kuliah bau masing2 bergabung..
Iols x hokeh... cuba berkipas tangan dan jalan berbumbung walaupun jauh mana skalipun hahahaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2017 06:26 PM | Show all posts
ade je yang mandi tp bau macam.....................
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 11:27 PM | Show all posts
Wajib mandi walau di mana anda berada!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 10:53 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 6-1-2017 06:00 PM
Silap iklim la x nk mandi.. Kalo duk london ke bole la x mandi seminggu..

khennnn??
kalau duk JEPUN time winter
kalau duk Beijing time WINTER ngn AUTUMN
bolehlah tak mandi...seminggu ke sebulan ke khen??

Ni duk Malaysia okeh, Tanah Melayu/ Malaysia/ Tanah Malaya :- motif bau kepam nak gi opis


Pengecualian:- yang memang tak jumpa air--> maybe dia bertapa dalam gua yang tak jumpa jalan keluar, kat hutan yang tidak dihujani hujan/ kat gurun/ padang pasir yang takde wadi/oasis atau yang sama waktu dengannya

p.s :-kang kata aku KEJAM plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh masa winter bkn mandi pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.461150 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list