CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7181|Reply: 7

Simpan Ubat

[Copy link]
Post time 7-1-2017 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Super-M at 7-1-2017 10:11 AM

Hai semua salam sabtu.Semalam anak Sm demam agak panas,dengan keadaan tangan yang tiada daya sebab bengkak,sm pun bukak pintu peti ais,amik ubat demam bagi anak.Lepastu tetiba otak sm berfungsi setelah telan kismis,sel-sel otak mula bergabung dan bercambah seperti akar taugeh..mula sm terfikir. 'agaknya ubat ni boleh ke simpan lama ya?'

memang sm sebelum ni ada baca kat tenet pasal jangka hayat ubat.tapi biasanya amik sambil lewa je.sm bet korang pun mcm sm kan??simpan ubat lepastu boleh guna esok lusa??hihi..jgn malu mengaku k.bukan apa kdg2 masih banyak rasa nak jimat je.hihi

jom kita sama2 betolkan kesilapan kita,agar perkara ini tak berulang lagi.






Gambar ikhsan google


@ipes2 pokcik sila betolkan kalau ada salah fakta,maklumlah den ni 0 knowledge.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2017 10:10 AM | Show all posts
Kebanyakan ubat bagi kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair. Penyimpanan ubat dengan cara betul adalah suatu perkara penting yang selalu dipandang remeh. Berikut adalah cara-cara penyimpanan ubat cecair minum yang sesuai
1. Label
Baca label pada botol ubat dan ikut arahan penyimpanan yang disyorkan. Sesetengah ubat memerlukan cara penyimpanan yang khas dan ini selalunya tertulis pada label ubat.
2. Persekitaran
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan dilindungi daripada cahaya matahari. Secara umumnya, semua ubat perlu disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada suhu yang ekstrem dan kadar kelembapan yang tinggi. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan ubat hilang keberkesanannya serta boleh dicemari oleh mikroorganisma. Penyimpanan ubat di dalam kereta (sangat panas) atau dalam almari di tandas (sangat lembap) seperti yang selalu dipaparkan dalam televisyen adalah tidak digalakkan sama sekali.
3. Jenis Ubat Cecair
  • Ubat cecair dengan pengawet
    Ubat cecair yang mengandungi pengawet boleh disimpan pada suhu bilik kecuali dinasihatkan lain pada labelnya. Ubatan cecair yang telah dibuka tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan ataupun melampaui tarikh luputnya (bergantung tarikh yang mana sampai dulu). Ubatan yang belum dibuka boleh disimpan sehingga tarikh luput sekiranya disimpan tempat yang betul.
  • Ubat cecair tanpa pengawet/serbuk
    Bagi ubat cecair yang tidak mengandungi pengawet, adalah dinasihatkan untuk membaca nasihat pada label untuk tempoh penyimpanan. Jika tiada maklumat tempoh penyimpanan, jangan simpan lebih daripada 2 minggu. Ubat jenis ini seharusnya disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keberkesanannya. Contoh ubat yang tidak mengandungi pengawet adalah ubat serbuk yang perlu rekonstitut sendiri (ditambah air sebelum guna) terutamanya antibiotik. Ubatan serbuk yang belum direkonstitut boleh disimpan pada suhu bilik dan masuk dalam peti sejuk selepas dibuka.

4. Warna dan bau ubat
Perhatikan warna ubat sebelum guna. Jika ada perubahan pada warna atau bau, jangan guna walaupun ubat tersebut belum sampai tarikh luputnya.
5. Botol ubat dari klinik
Botol ubatan cecair yang didapati daripada klinik selalunya tidak mempunyai arahan penstoran dan mengandungi ubatan cecair berpengawet. Oleh itu, ubat-ubat ini yang tidak mempunyai tarikh luput tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan dari tarikh mendapat ubat tersebut.
6. Bekas asal
Bekas penyimpanan ubat yang paling sesuai adalah bekas asalnya. Penukaran atau pemindahan ubat ke dalam bekas lain terutamanya bekas-bekas makanan atau bekas ubat lain adalah tidak digalakkan. Orang lain terutamanya kanak-kanak boleh tersilap dan sangka ubat tersebut adalah makanan lain. Ini menjadi lebih bahaya sekiranya anak-anak kecil tersilap minum. Sesetengah ubat juga memerlukan bekas penyimpanan khas untuk memastikan keberkesanannya terutamanya sesetengah antibiotik yang sensitif cahaya.
7. Lokasi
Lokasi tempat penyimpanan ubat seharusnya dijauhkan dari kanak-kanak. Tempat simpan ubat sebaiknya di paras yang tinggi dan tidak boleh dicapai serta jauh dari penglihatan anak-anak kecil.
Kesimpulannya, penyimpanan untuk semua jenis ubat seharusnya berdasarkan cadangan yang terdapat pada label ubat. Jangan sayang untuk membuang ubatan luput semata-mata kerana masih banyak tertinggal. Jauhi daripada capaian kanak-kanak demi keselamatan mereka. Jika ada keraguan, dapatkan kepastian dan nasihat daripada ahli farmasi berdekatan dengan anda.
Oleh Puan Wong Yeng Pooi, Pharmacist

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 10:12 AM | Show all posts





Perkara yang perlu kita tahu mengenai luput tarikh:


Jangka hayat ubat yang selamat dimakan dan berkesan berbeza mengikut jenis, pe-ngeluar dan cara simpanan. Sesetengah jenis ubat hanya bertahan beberapa hari tetapi ada yang boleh disimpan sehingga beberapa tahun lamanya. Tidak kira berapa lama pun jangka hayatnya, anda perlu memastikan tarikh luputnya sebelum makan.


Buang ubat dalam simpanan anda jika ia:

  • Pil atau kapsul yang disimpan lebih dari dua tahun yang berubah warna, retak atau berdebu.
  • Krim atau balsam menjadi keras dan hilang warna.
  • Ubat cecair menjadi pekat dan berubah warnanya.
  • Ubat kapsul menjadi lembut berbanding asal, melekat sesama sendiri atau retak.
  • Ubat titis mata yang sudah dibuka melebihi 28 hari.
  • Semua ubat yang sudah luput tarikh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 10:14 AM | Show all posts
sangat2 sm artikel ni..




Biasanya ramai ibu berasa sayang hendak buang baki ubat demam anak yang belum habis digunakan apabila anak sudah sihat.
Kadangkala ada yang boleh menggunakan semula ubat tersebut apabila tiba-tiba anak demam kembali dalam jarak masa yang lama. Persoalannya bolehkah kita menggunakan semula ubat demam yang sudah tersimpan lama dalam peti sejuk?

Apakah kesannya kepada pesakit yang minum ubat tersebut? Sebenarnya berapa lama jangka hayat ubat yang disimpan dalam peti sejuk?

Baca penjelasan lengkap daripada Ahli Farmasi ini berkenaan ubat demam dalam peti sejuk.

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 10:22 AM | Show all posts

Penyimpanan Antibiotik

Simpan ubat antibiotik di tempat yang kering dan terhindar dari cahaya  matahari langsung.
*Pengecualian pada Obat antibiotik  Co-Amoxiclav yang harus disimpan di peti sejuk agar ubat tidak rusak.

Khusus antibiotik sirup kering (sirup rekonstitusi)
Setelah sirup kering ditambahkan air,  secara umum sirup antibiotik hanya dapat bertahan digunakan selama  7 hari (satu minggu)..

Alergi
Bila terjadi alergi antibiotik segera hentikan obat tersebut dan segera berkonsultasi dengan doktor
*Antibiotik yang paling sering menimbulkan alergi adalah golongan sulfa dan penisilin.
* Jangan lupa sampaikan alergi anda kepada dokter  akan memberikan obat.







P/s: bab antibiotik atau ubat yang kena sentiasa dalam keadaan sejuk ni,kalau korang nak pergi travel mcmne nak bawak?ikut pengalaman sm pergi travel dgn anak yang dah ok,tp kena bawak ubat dia..sm beritahu kepada ahli farmasi.masa ni kat regency.Ahli farmasi ni beri sm bekas khas untuk bawak ubat yg mana boleh kekalkan kesejukan selama 10jam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 10:25 AM | Show all posts
Many medications are very expensive and people hate to waste them. To avoid a costly visit to the doctor for a new prescription, many people have to consume expired drugs.
Physicians and pharmaceutical companies, because of legal restrictions and liability concerns, will not sanction such use and may not even comment on the safety or effectiveness of using their products beyond the date on the label.

1What does Expiration Date mean? The expiration date, required by law in the United States, beginning in 1979, indicated the date the manufacturer guarantees the full potency and safety of the drug. At the time of the medication expiry date, the drug must be at least 90% of the original potency under proper storage conditions.
The expiration date does not indicate a point when a medication loses potency and is no longer effective or becomes harmful.
In general, drugs expiration date is 2-5 years from production date. FDA regulations do not require manufacturers to determine actual long-term drug potency and stability. For example, if a company chooses a two year expiration date, it does not have to test beyond that for prolonged effectiveness.

2Potency and Efficacy. Drug's potency begins to reduce from the moment it is manufactured; it is not in anyway spontaneous after the expiry date.
Expired medications have not necessarily lost potency. The expiration date is only an assurance that the labeled potency will last at least until that time. Ongoing research[3] shows that stored under optimal conditions, many drugs retain 90% of their potency for at least five years after the labeled expiration date, and sometimes longer. Even 10 years after the expiration date many pharmaceuticals have a good deal of their original potency[4].
Important note: Solid dosage forms, such as tablets and capsules, are most stable past their expiration date. Drugs that exist in solution or as a reconstituted suspension may not have the required potency if used when outdated.

The best evidence of acceptable potency of the medications beyond their expiration date is provided by the Shelf Life Extension Program (SLEP) undertaken by the FDA for the Department of Defense[4]. The aim of the SLEP program was to reduce medication costs for the military. SLEP has found that 88% of 122 different drugs stored under ideal conditions should have their expiration dates extended more than 1 year, with an average extension of 66 months, and a maximum extension of 278 months.
Recently researchers investigated samples of 8 medications that had expired 28 to 40 years earlier and contained 15 different active ingredients in all[3]. The active ingredients tested for were: aspirin, amphetamine, phenacetin, methaqualone, codeine, butalbital, caffeine, phenobarbital, meprobamate, pentobarbital, secobarbital, hydrocodone, chlorpheniramine, and acetaminophen. The results showed that 11 (79%) of the 14 drug compounds were always present in concentrations of at least 90% of the amount indicated on the drug label, which is generally recognized as the minimum acceptable potency.

3Safety and Toxicity. Contrary to common belief, there is little scientific evidence that expired drugs are toxic. There are virtually no reports of toxicity from degradation products of outdated drugs.
According to The Medical Letter (2015) the only report of human toxicity that may have been caused by chemical or physical degradation of a pharmaceutical product is renal tubular damage that was associated with use of degraded tetracycline (GW Frimpter et al, JAMA 1963; 184:111). Since then, tetracycline products have been changed to eliminate the problem [2]. The lack of other reports of toxicity from expired medication is reassuring, however expired medication toxicity is not a well-researched field.


4Liquid medications. Drugs in liquid form (solutions, suspensions) are not as stable as solid dosage forms (tablet, powder, capsule).
Drugs prepared by addition of a solvent before dispensing or administration (such as suspensions of antibiotics for oral use or lyophilized drugs in vials for parenteral use) tend to be relatively unstable in the liquid state. Suspensions are especially susceptible to freezing.
With ophthalmic drugs, the limiting factor may not be the stability of the drug, but the continued ability of the preservative to inhibit microbial growth.
Injectables, that have become cloudy or discolored or show signs of precipitation should not be used.

5Drugs that should never be used past their expiration date. Certain medications have a narrow therapeutic index and little decreases in the pharmacological activity can result in severe consequences for patients. Observing the expiration date is obligatory for the following medications:
  • Anticonvulsants - narrow therapeutic index
  • Dilantin, phenobarbital - very quickly lose potency
  • Nitroglycerin - very quickly lose potency
  • Warfarin - narrow therapeutic index
  • Procan SR - sustained release procainamide
  • Theophylline - very quickly lose potency
  • Digoxin - narrow therapeutic index
  • Thyroid preparations
  • Paraldehyde
  • Oral contraceptives
  • Epinephrine - very quickly lose potency
  • Insulin - very quickly lose potency
  • Eye drops - eyes are particularly sensitive to any bacteria that might grow in a solution once a preservative degrades.
Note: Long-expired antibiotics can contribute to increased antibiotic resistance and treatment failure[5].
6
Storage conditions -- factors that negatively affect drugs:
  • light (especially sunlight)
  • oxygen
  • moisture
  • extreme temperatures
Proper storage is very important for preservation of medicines. Medications react to the environment around them and breakdown over a period of time.

7Factors to consider in deciding whether to use an expired medication:
  • Dosage formulation -- liquids are generally unstable.
  • Package-type, container closure system.
  • Storage conditions. Medications do retain their effectiveness longer if they are kept unopened.
  • Length of time between initial manufacture and final use.
  • Appearance of medication. Do not use if: tablets are brittle or breaking apart; tablets or capsules have loss of sheen; tablets or capsules are soft; emulsions or suspensions remain separate despite shaking; injectables appear discolored or a precipitate has formed. With aspirin, it's easy to tell if it's "going bad": the stronger it smells, the less effective it is. Never take medicine that seems suspicious in some other way.


8Can you take expired medications or not? The wisdom suggests that if your life does depend on an outdated drug, and you must have 100% of the original strength, it is wise to follow the cliché "better safe than sorry".
If your life does not depend on an expired drug -- such as headache, common cold, or constipation -- you may take the medication and see what happens.
Medical authorities uniformly say it is safe to take drugs past their expiration date -- no matter how "expired" the drugs presumably are. Except for possibly the rarest of exceptions, you won't get hurt and the drug certainly won't turn into a poison.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2017 10:33 AM | Show all posts








aku pun tak pernah buat mcmni..biasanya buang je.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 05:13 PM | Show all posts
Terima kasih SM.

Paling utama:
1) jangan sekali kali makan ubat yang dah expiry (most likely dah berubah chemical nye, lalu sudah pecah semua molecules nya dan tidak lagi berkesan; lebih bahaya lagi jika molecules nya berubah lagi menjadi toxic pada badan)

2) jangan jadi macam orang lain, buang ubat dalam tong sampah / flush dalam toilet / buang ikut tingkap; bila panadol jatuh dalam lopak air luar tingkap dan bila kucing, ayam, itik minum air tu dan mati, mula la tuduh jiran racun / ular patuk / buatan orang (paracetamol adalah racun utk kucing dan lain lain binatang; manusia dan anjing je yg boleh tolerate..

3) jauhkan dari kids (liver kids belum mature dan tak boleh handle byk makanan / ubat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.753055 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list