CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16373|Reply: 81

Kisah Dari Mata Insan Terpilih (Update 10/1/2017)

[Copy link]
Post time 8-1-2017 02:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by red_cattleya at 10-1-2017 08:35 PM

Thread yang neh aku khas kan untuk cerita-cerita from Fik. Karakter kawan aku kat thread aku sebelum neh sebab beliau ada banyak cerita seram. Thread sana biarlah aku kongsi pasal Pabedah je. Boleh gitu? Thread neh aku tulis proper sikit lah biar nampak kemas.

Kisah 1: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar

Buat yang tak pernah baca thread sebelah, aku kenalkan Fik. Fik neh merupakan kawan kepada Abby, sama-sama membesar di Bangsar. So, aku kenal dia thru Abby. Fik jugak merupakan bekas student silat yang digemari tok guru silat. Hijab untuk melihat dunia ghaib dia pernah dibuka masa kecik dulu. Al-kisahnya, tak tau lah benda-benda yang dia nampak ada kaitan ke tak dengan kisah hijab dibuka tu.

Kisah neh jadi masa dia Form 3. Macam kanak-kanak ribena yang lain, beliau tak ketinggalan untuk sama-sama menjadi bijak supaya satu hari nanti boleh jadi engineer. Tu cita-cita pilihan pertama Fik, cita-cita kedua nak jadi polis dan yang ketiga nak jadi bomba. Semua tu ditulis masa dia darjah 5, kantoi dengan aku masa aku terjumpa report kad dia. Ok, bukan nak cerita pasal cita-cita tak tercapai dia tu, aku nak cakap yang dia neh gigih lah jugak gi tuisyen walaupun dalam keterpaksaan. Mak dia lah yang selalu paksa dia study rajin-rajin. Tiap kali ada kelas tuisyen mesti mak Fik akan ingatkan.

One day tu, mak Fik keluar then balik lewat sikit so mak dia just call Fik untuk ingatkan dia jangan lupa malam tu ada tuisyen. Fik pun ok je lah. Tuisyen pukul 8.30 malam, lepas maghrib Fik pun bersiap-siap nak ke tuisyen. Jarak rumah ke tuisyen selang beberapa lorong je so Fik cuma menggunakan kudrat dua batang kakinya untuk berjalan. Malam tu Fik agak bersemangat, rambut disikat rapi, beg digalas dengan seksi walaupun jalan mengepak. Dia melulu berjalan masuk ke dalam kawasan tuisyen. Lalu menekan butang lif ke tingkat 3, tingkat teratas dalam bangunan. Kelas Bahasa Melayu berjalan macam biasa tapi malangnya pada saat-saat akhir sebelum kelas berakhir, Cikgu Aishah mintak nak tengok homework yang beliau bagi minggu lepas. Dalam banyak-banyak student dalam kelas tu, Fik sorang je yang tak siapkan homework. Sebagai denda, Cikgu Aishah suruh Fik habiskan homework tu malam tu jugak walaupun masa kelas dah tamat.

Student lain dah balik so tinggal lah Cikgu Aishah dan Fik berdua dalam kelas tu. Setiap kelas dipisahkan dengan dinding separuh cermin which is boleh nampak kelas belakang dan depan. Fik cuba jugak habiskan kerja tu walaupun tak tau jawapan, tulis je lah asalkan ada kesan dakwat pen. Dalam kepala Fik just nak balik rumah je, perut dah lapar. Jam dah pukul 11 malam. Cikgu Aishah dah mula membebel sebab dah lewat malam. Sambil mulut potpetpotpet suruh Fik cepat siapkan kerja, sambil mata dia menjeling jam kat tangan. Fik dah start stress, dia cuba pujuk Cikgu Aishah bagi dia balik dan berjanji nanti dia siapkan kerja tu tapi Cikgu Aishah tetap suruh Fik siapkan. Tengah dorang bernego tu, Cikgu Sham datang jenguk kat pintu. "Hai cikgu, nape tak balik lagi neh? Dah lewat. Jangan lupa cikgu, tempat neh", tegur Cikgu Sham sambil senyum meleret kat Cikgu Aishah, wanita dalam pertengahan 40an. Cikgu Aishah pun mengangguk faham.

"Cikgu, jom lah balik. Pukul berapa dah neh, perut saya dah lapar", tegur Fik. Lepas je Fik cakap macam tu, tiba-tiba bunyi bising kerusi jatuh kedengaran di kelas sebelah. Dorang terkejut, Cikgu Aishah dah mula gelabah. Dia tau, dia dah langgar perjanjian jam operasi tempat tu. "Fik, awak pergi tengok bunyi apa tu?", arah Cikgu Aishah. Fik pun gi lah tengok, dia bukak lampu. Dorang terkejut, kerusi semua disusun macam nak bakar unggun api, disusun bertingkat dan dilonggokkan di tengah-tengah kelas. Fik tak syak benda-benda halus yang buat sebab dia ingatkan senior-senior nakal yang buat onar. Muka Cikgu Aishah dah semakin berkerut dan gelisah. "Dah lak Fik, jom kita balik. Minggu depan awak tunjukkan saya kerja awak", kata Cikgu Aishah. "Jap lah cikgu, sikit je lagi neh. Kang dah balik saya malas dah nak buat. Alang-alang tu siapkan je lah", balas Fik. Tiba-tiba Cikgu Aishah pandang belakang Fik, cermin kelas yang memisahkan antara kelas. "Allahuakbar! Allahuakbar!, sudah Fik, jom kita balik! Allah!", teriak Cikgu Aishah. Fik terkejut, dia pandang belakang. Takde apa yang dia nampak sedangkan Cikgu Aishah dah terkumat-kamit sambil kelam-kabut kemas-kemas barang atas meja. Fik pun dah mula tak sedap hati. Sebelum kerusi jatuh lagi Cikgu Aishah suruh Fik cepat-cepat habiskan kerja sebab Fik tak tau tempat tu macam mana. Banyak kali dia ulang, "Awak tak tau pasal tempat neh". Sambil dorang kemas, Fik bertegas nak tau apa yang cikgu dia nampak. Cikgu Aishah mengalah. "Saya nampak lembaga rambut panjang, muka dia melekap kat cermin sambil pandang kita", berdiri bulu hidung Fik bila dengar macam tu. "Ok, jom cikgu". Dorang pun gerak keluar. "Cikgu! cikgu! saya tertinggal beg. Tunggu jap, saya masuk ambik beg", Fik buat hal tertinggal beg. Nak tak nak, Fik terpaksa masuk semula dalam kelas. Masa dia pusing nak keluar kelas lepas grab beg dia, lembaga yang melekap kat cermin tu dah berdiri di belakang pintu kelas. Rambutnya panjang tutup muka, kain yang dipakai lusuh dan berlumpur. Terus Fik lari keluar. Dorang tekan lif nak turun tapi lif langsung tak bergerak. Keadaan makin cemas bila Cikgu Aishah ternampak bayang-bayang dalam toilet berdekatan makin mendekati dorang. "Cepat Fik, tekan lif tuuu. Dia makin dekat tu, cepat! cepat!", Cikgu Aishah makin cemas. Dari tingkap atas, Fik jerit mintak tolong dengan security guard kat bawah tapi takde respon. Cikgu Aishah dah mula nak menangis. Fik cuba tenangkan dan decide nak turun guna tangga. Terus Cikgu Aishah membantah, "Jangan, awak tak tau pasal tempat neh lagi". "Cikgu, lif tak boleh guna kita kena turun guna tangga jugak". Cikgu Aishah still membantah sampai sanggup tak nak turun dan suruh Fik turun sorang dan panggil security guard bawak dia turun asalkan dia tak turun guna tangga tu.

Fik dah takde pilihan, dia terpaksa jugak turun sebab dah tak sanggup dengar macam-macam bunyian dalam kelas-kelas kat floor tu. Fik bukak pintu keluar ke tangga. Berbekalkan lampu skrin telefon, Fik terkejut tengok keadaan tangga kat situ. Kawasan tangga macam langsung tak pernah digunakan. Dinding berlumut, ranting pokok berselirat. Struktur tangga pelik dan berbentuk bulat. Fik berdiri je kat situ, keadaan gelap sangat. Dia berfikir banyak kali sebelum turun, tapi tiba-tiba pintu ditolak kuat. Bagai nak luruh jantung Fik. Dalam keadaan gelap tu, sorang perempuan muncul.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar..n masuk2 seram dh..smbg lg..smbg lg..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa...citer tergantung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengah dok dup dap dup abih meremang semua tengok2 cite to be continued.

Cik TT mai cepat cepat ye,  kasi finish ini cerita. X sabar nih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeiiiiii apahal tergantunggg
Tangga tu nk pi dunia alice in the wonderland ke???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh eerie!   Teruskan TT..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes..red welkam back
Sambung..aku ikut cter tread sebelah tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila angker pusat tusyen mana la tu

Sambung lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
haha, nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 11:01 AM | Show all posts
seramnya.
dah rasa macam aku plakk ada kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 11:53 AM | Show all posts
huhuhuhu.....2 pagi menaip cerita ni?...huhuhuhhu... hebat2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaaa.....nape sambung2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 01:05 PM | Show all posts
macam ok gak cite..
mohon sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..nape cite xhbs..bru nk feel
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 02:13 PM | Show all posts
cepat sambung tt..
rase mcm iols pulak yg ade kt pusat tuisyen tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Degil lagi cikgu tu. Benci aku orang degil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi dgn cikgu tu,sanggup tinggal kat atas sorang2 tak nak turun tangga??

Kalau iols follow je fik sbb iols takut tinggal sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
weh seram nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram gak.. kalau een jadi cikgu tu, memang takkan suruh Fik stay siapkan homework
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 06:49 PM | Show all posts
continue plsss....pandai mengarang ni....bakat terpendam, hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090640 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list