CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: red_cattleya

Kisah Dari Mata Insan Terpilih (Update 10/1/2017)

[Copy link]
Post time 8-1-2017 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkkklagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohoiiiiiii....saje tau TT ni..baru nak meremang bulu roma..   jgn lupa sambung ye TT..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gosh cpat sambung tt ....serem dah ne... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
uish!! seramnye   pukul 11 pon dh mengganggu..gile la hantu tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mane sambungan ni..tergantung pulokss
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kli kalau nak tulis tu tulis smpai habis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2017 06:34 AM | Show all posts
Edited by red_cattleya at 9-1-2017 06:36 AM

Kisah 1: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar (Part 2)

Disuluhnya muka perempuan itu. “Hoi cikgu, terkejut saya. Asal tak sepak je pintu tu tadi? Biar sampai tertanggal?”, sindir Fik kerana terlalu terkejut dengan kemunculan Cikgu Aishah. “Fik, jom lah cikgu ikut awak sekali. Cikgu takut sangat, water cooler tu keluar air sendiri. Air dalam bilik air tu pun kejap tutup kejap bukak. Cikgu tak tahan seram, macam-macam bunyi ada. Lampu tak berhenti berkelip”. Fik lega sebab dia tak perlu turun sorang-sorang. Cikgu Aishah pegang tangan Fik, follow Fik dari belakang. Terasa sejuk tangan cikgu, mungkin muka pun dah pucat. Fik cuba turun selangkah demi selangkah. Dari samar cahaya lampu skrin telefonnya, dia dapat lihat jubin lantai tangga tu. Bagi Fik, design so outdated. That spiral staircase memang menambahkan elemen seram.

Mereka berhati-hati membuang langkah, takut terpijak paku-paku tajam. Dalam keadaan sunyi dan gelap tu tiba-tiba Cikgu Aishah menjerit, “Arghhhhh! Tolong saya Fik, tolong! Ada tangan tarik kaki saya!”. Fik suluh kaki Cikgu Aishah, dia tak nampak tangan atau benda yang menarik kaki cikgunya tetapi ada kesan merah yang ditinggalkan. “Apa yang awak nampak Fik? Tolong buang tangan tu daripada kaki saya”, tersekat-sekat suara Cikgu Aishah menahan sakit dan takut. “Takde pape lah cikgu, perasaan cikgu je tu”, balas Fik cuba menenangkan cikgunya. “Cikgu, bangunan neh ada berapa tingkat?”. Fik dah mula curiga. “Saya rasa dah lama kita turun tangga neh cikgu, tapi nape rasa jauh je? Sepatutnya tingkat bawah dah ada lampu. Kita masih kat tingkat sama neh ”. “Fik, awak tolong jangan main-main boleh tak? Cepat lah! Saya takut sangat neh”, Cikgu Aishah dah hilang rasa sabar walhal dia tau dan sedar apa yang Fik rasa. Mereka sama-sama dalam kesusahan.

Mereka masih di tingkat dua. Tingkat yang paling gelap dan tidak digunakan. Hanya ground floor dan tingkat tiga sahaja digunakan. Menurut Fik, tingkat dua bekas ofis lama yang ditinggalkan. Barang-barang kerusi meja masih ada. Kerusi kayu panjang dan berkusyen masih tersusun dalam ruangan pejabat lama tu. Fik dah hampir hilang pertimbangan. Nak je dia tutup mulut Cikgu Aishah, potpetpotpet salahkan Fik sebab belum sampai bawah. “Cikgu, bukan cikgu sorang je tau kat sini. Saya pun tak nak lama-lama, saya lapar sangat dah neh. Dah pukul berapa dah sekarang”. Tegas Fik sebab tak tahan dengar Cikgu Aishah membebel walaupun dalam saat getir gitu.
Fik duduk atas tangga, cuba cari jalan keluar. Tiba-tiba PC dalam pejabat lama tu menyala. Menurut Fik, cermin pada pintu tu pun dah di spray hitam tapi still boleh nampak dalam cuma samar-samar. “Fik, kita turun Fik. Kita cuba tekan lif dari sini”, cadang Cikgu Aishah. Dorang pun berjalan ke arah lif dan menekan button. Lega Cikgu Aishah bila nampak lampu lif menyala dan lif bergerak naik. “Ting!”, Pintu lif terbuka. “Allahuakbar! Allah!”, bagai nak terkeluar bijik halkum Fik menjerit sebab terlalu terkejut. Lari bertempiaran Fik dan Cikgu Aishah dalam gelap tu.  Jelmaan wanita berambut panjang kusut masai, baju lusuh berlumpur, muka bernanah dan berdarah menjadi tamu di dalam perut lif. Fik dan Cikgu Aishah dah terpisah. “Cikgu! Cikgu! Cikgu kat mana?”, jerit Fik cuba mencari Cikgu Aishah. Keadaan sunyi, Cikgu Aishah tah kemana menghilang. Fik semakin cemas. Nak tak nak, dia kena jugak cari Cikgu Aishah.

Hampir lima minit mencari, Fik nampak susuk tubuh Cikgu Aishah atas kerusi di dalam pejabat lama tu. Cikgu Aishah diam membatu, sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut. “Mampos, dirasuk pulak cikgu neh”, getus hati kecil Fik. Fik tarik tangan Cikgu Aishah keluar dari situ. Tah macam mana dia dapat masuk situ padahal pejabat tu dah lama dikunci. Cikgu Aishah hanya membontoti Fik. Fik cuba turun lagi. “Cikgu, macam mana neh cikgu? Dah lama sangat kita kat sini”. Fik toleh belakang cuba pastikan yang Cikgu Aishah follow turun sekali. “Cikgu! Cikgu?!”, Fik terkejut tiba-tiba Cikgu Aishah dah hilang. Disuluhnya kiri dan kanan. Tiba-tiba..”Allah! Astaga cikgu, terkejut beruk saya. Asal merangkak pulak neh cikgu? Bangun, bangun”. Cikgu Aishah diam, langsung tak bagi respon dengan Fik. “Lantak cikgu lah. Kalau larat merangkak , merangkak lah sampai bawah. Kalau sakit lutut jangan salahkan saya pulak”, Fik cuba bergurau dalam ketakutan.

Tiba-tiba, “Hmm~ hmm~hmm~hmm~....bulan bintang di angkasa~...hmm~ hmm~... . Mendayu-dayu suara Cikgu Aishah memecahkan kesunyian malam. Kepala Cikgu Aishah dihayunkan ke kiri dan kanan mengikut rentak lagu. Fik terperanjat, sampai sekarang dia ingat lenggok Cikgu Aishah humming lagu tu. Bunyi macam lagu klasik Melayu lama. “Dah lah cikgu, jangan main pili bomba tu”, tegur Fik bila dia nampak bayang pili bomba di tangan Cikgu Aishah. Dicapainya pili bomba dari tangan Cikgu Aishah, dicampak ke lantai. “Krak!”, bunyi benda yang dicampak Fik. “Ya Allah! Mana cikgu dapat batu nisan neh? Jom cikgu kita turun!”.

Rupa-rupanya humming yang mendayu-dayu tu Cikgu Aishah sedang dodoikan batu nisan. Cikgu Aishah hanya tersenyum meleret menyeringai menunjukkan susunan giginya. Matanya bersilau tajam memandang Fik. Senyuman meleret tak lekang dari bibir. Perasaan Fik time tu jangan cakap lah, ada teman, dirasuk pulak. Fik mati akal, akhirnya dia laungkan azan. Lepas je azan, dia cuba lagi turun. At last, dia sampai ke ground floor. Fik berlari ke pondok security guard, dalam hati dia nak tumbuk security guard tu dulu sebelum mintak tolong sebab dari tadi dia terjerit-jerit mintak tolong takde siapa pun yang datang. Sampai je kat pondok, pondok tu gelap. “Argh, mana pulak pak guard neh? Adoii time-time macam neh lah ko balik awal. Cikgu kat dalam tu..macam mana neh, aku tak sanggup lagi dah nak masuk”. Fik toleh belakang bila teringat Cikgu Aishah masih kat dalam.

“Gelap??” Fik berjalan semula ke pintu masuk bangunan. “Kunci siap berantai??” Fik tergamam. Dia cuba bukak kunci tu tapi tak boleh. “Cikgu? Cikgu?”. Diam. Fik pandang sekeliling. Gelap. Fik melangkah keluar dari kawasan situ. Nasib baik pintu pagar tak berkunci, hanya diselak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 12:12 PM | Show all posts
TT oh TT.. mohon cpt smbung.. tgh syok  ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 04:00 PM | Show all posts
adoi....gila seram...cepat smbung....huhuhuuhu

lain dari yg lain ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 07:44 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg sambung please!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen tt ni...jgn la sambung2... x sempat nak klimaks..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 01:59 PM | Show all posts
mana update nye? jangan TT kata sambungan nya boleh dapatkan dipasaran udah....
rupanya dibuku kan... ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:09 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 9-1-2017 06:34 AM
Kisah 1: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar (Part 2)

Disuluhnya muka perempuan itu. “ ...

seram seram tetibe lawak gila time dia nmpk cikgu merangkak tu

adoi mengekek la gelak


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt sambung cepat!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
TT nak lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
duhhh..dah suspen citer x habis plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 08:33 PM | Show all posts
Kisah 1: Bangunan Lama Jalan Liku, Bangsar (Part 3)

Fik buntu, beberapa kali dia toleh ke belakang. Bangunan gelap, pintu berkunci. Dia cuba ingat semula dari awal dia datang. Semua dirasanya normal, kawan-kawan di dalam kelas, cikgu yang mengajar, kelas berjalan seperti biasa except for kawan-kawan semua balik awal tapi dia terpaksa stay untuk habiskan homework bersama Cikgu Aishah. “Cikgu Aishah, kat mana dia?”, getus hati kecil Fik. Fik berhenti dan toleh semula tingkat tiga bangunan. “Aku rasa Cikgu Aishah tak ikut aku turun tadi. Yes, Cikgu Aishah cakap walau apa pun jadi dia takkan turun ikut tangga. So maknanya yang ikut aku tadi bukan Cikgu Aishah! Cikgu Aishah mungkin masih kat atas”. Fik berteka-teki sendirian.

Dia cuba kecilkan mata dan focus tingkap di mana dia dan Cikgu Aishah sama-sama menjerit tadi. Fik berpatah balik. Tinggal beberapa langkah sebelum pagar, dia cuba berfikir semula. “Tak boleh jadi neh, aku cuba call dia dulu. Kalau betul dia kat dalam, aku kena jugak masuk”. Di scroll nya nama-nama dalam contacts tapi malangnya, Cikgu Aishah bukanlah salah sorang daripada contact lists. Setelah berfikir, Fik putuskan untuk pergi ke kedai makan berdekatan. Dicapainya menu makanan. Mata melihat senarai makanan tapi fikiran melayang. Fik tersandar termenung. Dia blur dan confuse.

Tiba-tiba lagu Tupac Shakur memecah lamunan Fik, dilihatnya di skrin telefon “Mama is calling”. Fik jawab. “Abang, abang ada mana? Dah pukul berapa neh. Si Fazli neh dari tadi tunggu neh haa. Dia kata abang janji nak bagi pinjam baju, esok dia nak guna”. “Mama, abang kat kedai makan neh”, jawab Fik. “Apa abang buat kat sana?” tanya mak Fik. “Abang singgah makan jap, baru balik dari kelas tuisyen. Kan mama yang call ingatkan abang tadi suruh datang. Mama, bagi phone kat Fazli jap”. “Woi Fik, ko kat mana gile? Aku dari tadi tunggu ko, cepat lah balik!”, soal Fazli. “Li, ko buat apa kat rumah aku? Kan tadi aku cakap esok je aku bagi kat ko”. Fik cuba ingatkan Fazli yang dorang dah janji nak jumpa pagi esoknya. “Bila pulak ko cakap? Semalam ko gitau nak jumpa malam neh”. “Yelah yelah, jap lagi aku balik”, kata Fik.  

Belum sempat order makan, Fik gerak pulang. Walaupun dah lewat malam, budak-budak moto dan kaki lepak masih ramai memandangkan cuti sekolah belum berakhir, masih berbaki seminggu. Sampai je depan pagar rumah, Fik nampak si Fazli sedang berbuai laju atas buaian. “Hoi, ko dari mana dengan beg bagai neh? Gi mengaji Quran ke? Hahaha”, gelak Fazli bila nampak kelibat Fik berpeluh-peluh berjalan balik rumah. “Eh Li, ko asal tanya aku macam tu? Aku balik tuisyen lah!”, jawab Fik. “Dah ko kenapa pulak orang dah kasi cuti, ko rajin sangat gi tuisyen. Bila sekolah, asyik ponteng je!”, sindir Fazli. Fik terkejut dengar Fazli cakap macam tu. “Cuti? Bila pulak cuti? Aku masuk kelas tadi, ko pun ada. Elok je aku tengok ko kemain lagi serius muka tekun belajar, target straight A ke PMR?”, gurau Fik. Mak Fik keluar. “Abang, gi mana lewat malam baru balik neh?”, soal mak Fik. “Lahh mama neh, gi tuisyen lah. Tadi mama call suruh pergi”. “Hari neh mana ada kelas malam, kan dorang cuti sampai sekolah bukak balik minggu depan”, jawab mak Fik. Fik semakin keliru, dilapnya peluh di dahi. Fik menghela nafas panjang. Dia pun ceritakan apa yang dialaminya dari mula sampai akhir. Tiba-tiba mak Fik bersuara, “Abang, mama tertinggal telefon kat rumah tadi masa mama keluar”. Dorang bertiga senyap, masing-masing tergamam. “Habis, sape yang call suruh aku gi tuisyen petang tadi?”, soal Fik dalam hati.

Esoknya, Fik dan Fazli ke tempat tuisyen tersebut. Dorang lihat keadaan sekeliling. Pintu pagar tertutup rapat walaupun hanya berselak, pintu masuk bangunan dirantai. Walaupun baru seminggu cuti, daun-daun banyak berguguran di dalam kawasan tersebut. Cuaca panas tapi kelihatan suram dan mendung. “Fik, apa kata kita tanya orang rumah sebelah neh nak tak?” soal Fazli. “Eh tak nak lah. Ko nak tanya apa? Tak payah lah, bukan dia ta...”, belum sempat Fik habis bercakap, Fazli melulu je pergi ke rumah sebelah bangunan. Kebetulan ada sorang makcik sedang sapu sampah halaman rumahnya. “Assalamualaikum makcik. Tumpang tanya, semalam makcik ada nampak atau dengar benda-benda pelik tak?” soal Fazli. Fik datang mendekati sahabatnya. Pandangan makcik tu hanya pada Fik. Dipandangnya Fik dari atas ke bawah. “Nak, semalam makcik nampak anak melulu masuk kawasan sebelah neh. Buat apa? Makcik nampak banyak ‘benda’ putih ikut belakang. Semua masuk sana”, makcik tu bersuara sambil jari telunjuk diarahkan ke bangunan lama tu. “Saya sorang je makcik semalam”, jawab Fik ringkas. “Makcik nak bagitau tapi laju sangat anak berjalan masuk. Lama makcik tunggu, tapi tak keluar-keluar”. Fik dan Fazli pun berlalu pergi lepas bersalaman dengan makcik tu. Sampai je rumah terus Fik luahkan hasrat nak cari pusat tuisyen lain. Mak dengan ayah Fik pun bersetuju.

Menurut urban legend, tingkat dua tu dulu memang pejabat. Ada sorang majikan neh dia sering dibuli dengan pekerja-pekerja dia. Mungkin terlalu berlembut sampaikan langsung tiada rasa hormat pekerja dengan majikan. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggalah suatu hari tu, si majikan neh hilang sabar dan bercadang nak balas dendam. Si majikan pun buatlah jamuan makan-makan untuk pekerja-pekerjanya di dalam pejabat mereka. Dalam diam, si majikan letakkan racun dalam makanan. Akhirnya semua pekerja meninggal termasuklah pak guard yang tak makan makanan beracun tu. Dia dibunuh sebab dia nampak apa majikan neh dah buat. Lepas semua mati, si majikan cepat-cepat keluar dan kunci pejabat tersebut. Selang dua, tiga hari kemudian pejabat tersebut “untuk dijual”.

Pasal Cikgu Aishah pulak, Fik dah call tanya. Memang dia tak pergi pun tuisyen malam tu sebab cuti. So semua tu adalah mainan syaitonnn.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 08:37 PM | Show all posts
Hah, habis dah. Sila hadam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hui hui thanks TT. Iols tak sgka pulak cerita ni started dgn phone call drpd ''mak" fik tu. Best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067957 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list