CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Mendapatkan Khusyuk dalam solat ...

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2017 06:51 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:09 AM

Hukum Khusyuk Di Dalam Solat

Para ulama berbeza pendapat dalam isu khusyuk di dalam solat. Adakah ia merupakan di antara perkara wajib di dalam solat atau ia sekadar sunat dan merupakan pelengkap kepada solat. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyatakan hal ini dengan katanya: Para ulama berbeza pandangan mengenai khusyuk di dalam solat ini kepada dua pendapat:

  • Pertama: Ia merupakan di antara perkara fardhu (yang wajib) di dalam solat.

Di antara tokoh ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah. Beliau menyebutkan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan khusyuk di dalam solat. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
(Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib. Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

Pandangan ini juga merupakan pendapat yang paling sahih menurut Imam al-Qurthubi. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau: Pendapat yang paling sahih adalah pendapat yang pertama (yang mengatakan khusyuk adalah di antara fardhu solat). Dan tempat bagi kekhusyukan adalah jantung hati. Kata ‘Ubadah bin Al-Shomit R.Anh: Khusyuk adalah ilmu yang terawal diangkat daripada manusia. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (12/97).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2017 06:52 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:09 AM

  • Kedua: Khusyuk adalah di antara perkara sunat di dalam solat dan merupakan pelengkap bagi solat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah dan beberapa tokoh selainnya.

  • Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan: Disunatkan untuk khusyuk di dalam solat serta tunduk, mentadabbur ayat-ayat bacaan serta zikir-zikir di dalamnya, dan berpaling dari memikirikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Sekiranya seseorang itu berfikir tentang perkara selain dari solat serta banyak memikirkannya, solatnya tidak terbatal. Akan tetapi perbuatan itu hukumnya makruh sama ada seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang mubah (harus) atau memikirkan perkara-perkara yang haram seperti meminum arak.

  • Kata Imam Al-Nawawi lagi: Telah dinukilkan ijmak bahawasanya perbuatan berfikir dan monolog dalaman adalah tidak membatalkan solat akan tetapi para ulama sepakat bahawa ianya makruh. Pendapat Imam al-Nawawi ini didasarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata dan beliau memarfu’kannya kepada Nabi S.A.W:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا وَسْوَسَتْ أَوْ حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan was-was, ataupun monolog-monolog di dalam diri mereka selama mana mereka tidak melakukannya atau berkata-kata.”
Riwayat Al-Bukhari (6664)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:52 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:10 AM

Tarjih

Setelah meneliti beberapa pandangan di atas, kami lebih cenderung dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:52 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:10 AM

Kami kemukakan 2 dalil:

  • Pertama: Hadis Nabi SAW memulangkan baju kepada Abi Jahm dengan menyatakan bahawa ia melalaikan aku sebentar tadi dalam solatku.

اذْهَبُوا بِهَذِهِ الْخَمِيصَةِ إِلَى أَبِي جَهْمِ بْنِ حُذَيْفَةَ، وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيِّهِ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا فِي صَلَاتِي

Maksudnya:  “Pergilah dengan membawa baju ini untuk diberi kepada Abi Jahm bin Huzaifah dan bawalah kepadaku baju yang biasa. Ini kerana baju tersebut melekakanku sebentar tadi pada solatku.”

  • Kedua: Hadis Aisyah Baginda SAW bersabda kepadanya: Buanglah daripada kami bentuk gambaran pada bantal kamu itu kerana gambar-gambar sentiasa datang dalam solatku. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna.

Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn al-Qayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.” Lihat Madaarij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354).

Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:11 AM

Kisah-kisah Khusyuk Para Sahabat dan Salaf al-Soleh di Dalam Solat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:11 AM

Al-Rabi’ bin Khuthaim[1]

Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud.

Lelaki tersebut berkata: “Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya.” (Sifat al-Safwah, 3/ 39).

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2017 06:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:12 AM

Amir bin Abdillah[2]

Amir bin Abdillah adalah ulama yang amat dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah suatu ketika beliau solat, kadang-kadang anak perempuannya memalu kompang dan para ibu berbicara semahu mereka di rumah beliau, sedangkan beliau seperti tidak mendengarnya.

Hinggalah kepada suatu masa ada yang bertanya kepada Amir bin Abdillah apakah pernah terlintas di fikiran ketika beliau solat. Maka beliau menjawab: “Ya, iaitu tempatku di hadapan Allah dan tempat kembaliku menuju salah satu dari dua kampung (syurga atau neraka).” (Lihat Ihya Ulumuddin, 1/242)

Amir bin Abdillah pernah satu keitka melaksanakan qiamullail. Tiba-tiba ada seekor ular yang masuk dari bawah baju gamisnya, lalu ular itu keluar dari sakunya, akan tetapi ular tersebut tidak mematuk beliau.

Sehingga ada yang bertanya kepada beliau: “Kenapa engkau tidak memukul ular itu?” Amir Bin Abdillah menjawab: “Aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku hanya takut kepada selain Dia.”

Amir bin Abdillah pernah satu ketika semasa nazak, beliau menangis. Lalu tetamu yang mengziarahinya bertanya: “Adakah yang membuatkanmu menangis adalah kerana sakit sakaratul maut?” Amir bin Abdillah menjawab: “Aku menangis bukan kerana sakitnya mati atau beratnya dunia, namun kerana aku tidak boleh lagi berqiamullai pada musim dingin.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/202).


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:53 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:13 AM

Abu Abdullah Al Marwazi[3]
Abu Bakar Muhammad bin Ishaq menceritakan: “Aku tidak tahu siapakah yang lebih baik solatnya daripada Abu Abdullah Al Marwazi. Telah sampai kepadaku berita bahawa satru ketika terdapat seekor kumbang penyengat yang menyengat dahinya, hingga darah mengalir pada mukanya, namun beliau tidak bergerak sama sekali (Lihat Sifat al-Safwah 4/130).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2017 06:54 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:13 AM

Mansur bin Al-Mu’tamir[4]

Mansur bin Al-Mu’tamir mempunyai seorang jiran perempuan, yang memiliki dua orang anak perempuan yang kebiasaanya menaiki pada malam hari ke atas atap rumah pada waktu manusia tidur.

Satu ketika salah seorang anak perempuan jiran tersebut bertanya kepada ibunya: “Wahai ibu, untuk apa tiang yang aku lihat berada di atas atap si fulan itu?”

Maka ibu tersebut menjawab: “Wahai anakku, itu bukanlah tiang, itu adalah Mansur yang sedang solat semalaman suntuk dengan satu rakaat.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/113)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:54 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:13 AM

Amru bin Utbah[5]Amru bin Utbah merupakan seorang tabi’in yang dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Satu ketika beliau bersama beberapa sahabatnya dalam sebuah peperangan. Dan pada ketika itu hamba beliau mendapati bahawa Amru bin Utbah tidak ada pada tempatnya, dan dia mencarinya.

Tidak lama kemudian, hamba menemuinya bahawa majikannya sedang melaksanakan solat di gunung sedangkan awan menaunginya. Dan pada satu malam hambanya mendengar suara ngauman singa, sehinggakan orang yang berada di sekitar itu lari, hanya tinggal Amru bin Utbah yang sedang solat.

Setelah peristiwa tersebut, hambanya dan orang lainnya pun bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut kepada selain Dia.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/70)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:54 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:14 AM

Imam Al-Bukhari[6]
Imam Al-Bukhari pernah menunaikan solat zohor bersama para sahabatnya. Setelah selesai, Imam al-Bukhari menunaikan pula solat sunnah. Setelah selesai menunaikan solat sunnah Imam al-Bukhari mengangkat hujung baju gamisnya dan bertanya kepada para sahabatnya: “Apakah kamu semua melihat ada sesuatu di sebalik baju gamisku ini?”

Maka ternyata disebalik kainnya terdapat seekor lebah, dan jelas kelihatan kesan sengatan di kulit Imam al-Bukhari sebanyak 16 atau 17 sengatan. Sengatan tersebut telah menyebabkan bengkak di badan.

Seorang daripada sahabat Imam al-Bukhari pun bertanya: “Mengapa engkau tidak membatalkan solat sejak sengatan pertama engkau disengat?”

Imam al-Bukhari menjawab: “Aku sedang membaca surah, dan aku menginginkan untuk menyempurnakannya!” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 12/442)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:54 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:14 AM

Urwah bin Zubair[7]
Urwah bin Zubair pernah terkena penyakit akilah pada sebahagian anggota tubuhnya di mana penyakit tersebut dapat merebak seluruh tubuh. Akibatnya, tabib menanda anggota tubuh yang terkena akilah tersebut untuk dipotong sehingga anggota tubuh yang lain tidak dijangkiti. Bayangkan pada waktu itu belum ada ubat penahan sakit yang boleh menghilangkan kesakitan ketika bahagian tubuh dipotong. Lalu beliau berkata kepada tabib untuk menanggungkan sehingga beliau menunaikan solat. Tatkala beliau menunaikan solat barulah kakinya dipotong. Dan beliau tidak merasakan apa-apa pada ketika itu. Ini kerana hatinya sedang sibuk bermunajat kepada Allah. Hati jika sudah disibukkan dengan sesuatu, maka tidak akan ada sesuatu deria yang terkena pada badan.

Kisah ini diceritakan oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin dalam Syarh Riyadh al-Solihin (5: 46)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 07:15 AM

Penutup

Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agug dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala. Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solatnya maka sembahyangnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. JUsteru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha meghasilkan khusyuk dalam solat dan mengambil sebarang faktor dan sebab yang membawa khusyuk. Sentiasa bertaubat dan beristighfar dan mbersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima.  Benarlah firmah Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)”

(Surah al-Ankabut: 69)

Semoga solat kita diperkemaskan supaya menjadi solat yang berkualiti. Amin ya Rabb al-'Alamin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 06:55 AM | Show all posts
______________________________________________

[1] Nama sebenarnya Abu Yazid al-Rabi bin Khuthaim bin Abdullah bin Mauhibah bin Muqid yang hidup pada zaman Nabi SAW tetapi tidak sempat bertemu dengannya. Justeru, beliau dikenali sebagai tabi’en. Beliau adalah antara murid kanan Abdullah bin Mas’ud selepas sahabat tersebut berpindah ke Kufah. Meninggal dunia sekitar tahun 65 Hijrah di Kufah. Beliau dikatakan orang yang paling wara’ dalam kalangan murid Abdullah bin Mas’ud.

[2] Nama sebenarnya Amir bin Abdillah al-Tamimi yang menetap di kota Baitul Maqdis. Kata Ahmad al-‘Ijli, “Beliau adalah seorang yang thiqah dalam kalangan tabi’en yang paling kanan. Terkenal dengan kuat ibadah. Meninggal dunia pada zaman Mu’awiyah dan dikebumikan di Baitul Maqdis.

[3] Nama sebenarnya Muhammad bin Nasr bin Hajjaj al-Marwazi. Dikunyah dengan Abu Abdillah al-Marwazi. Berasal dari Marw dan beliau merupakan amir di Khurasan. Lahir pada tahun 202 Hijrah dan meninggal pada tahun 294 Hijrah. Beliau adalah seorang ulama’ bermazhab Syafie.

[4] Beliau adalah Abu Ittab Mansur bin al-Mu’tamir al-Sulami, seorang tabi’en yang berasal daripada Kufah. Beliau terkenal dengan kekuatan ibadah dan berpuasa sunat selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah.

[5] Amru bin Utbah bin Farqad al-Sulami. Bapa saudaranya adalah Abdullah bin Rabi’ah al-Sulami. Dikatakan ayahnya Utbah bin Khattab termasuk dalam sahabat Nabi. Amru terkenal dengan golongan yang bersungguh dalam ibadah.

[6] Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. adalah ahli hadis yang termasyhur di antara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah. Sebahagian menyebutnya dengan julukan Amir al-Mukminin fi al-Hadis.

[7] Urwah bin al-Zubair bin al-‘Awwam lahir pada tahun 23 Hijrah di kota suci Madinah al-Munawwarah. Beliau daripada keturunan sahabat dan keturunan yang mulia. Seorang yang alim termasuk muhaddith dan salah seorang yang digelar 7 ahli feqah Madinah. Meninggal dunia pada tahun 94 Hijrah juga di kota Madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 08:15 AM | Show all posts
Alhamdulillah...tq share ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 08:43 AM | Show all posts
Nak kusyuk kena tau makan bacaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau angkat takbir, tau tau kasik salam, antara dua ni tak ingat apa, khyusuk ke ni?

3 kali aku dpt buat, 2 kali dlm  solat jemaat, 1 kali luo solat

Takbir, blankkkkkkkk , pas tu kasik salam baru sedor balik
Yg di luo solat tu, one minute satu side jalanraya di pekan, tau tau dah di seberang plak, bila ntah aku crossing, 3  insiden ni still dlm kajian aku n aku caya kaitan kuat power of mind, regarding those matrix stuffs, juga kes manusia kalahkan jin yg menyanggupi bawak takhta puteri balqis atas perintah nabi sulaiman as
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 12:04 PM | Show all posts
ciwi1166 replied at 9-1-2017 08:43 AM
Nak kusyuk kena tau makan bacaan.

ini typo agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 02:03 PM | Show all posts

ye boss. typo.

makna baccan. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 06:03 AM | Show all posts
just nice to share

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063786 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list