Susulan keluarganya tidak mampu untuk membeli seekor kuda, keinginan seorang remaja perempuan di New Zealand untuk menunggang haiwan tersebut ketika berusia 11 tahun tidak dapat direalisasikan.
Namun, situasi itu langsung tidak menghalang Sarah Simpson untuk meneruskan impiannya dengan mencari alternatif lain menggantikan kuda kepada lembu sebagai haiwan tunggangannya.
Memetik laporan Oddity Central, biarpun kini Sarah yang sudah berusia 18 tahun dan memiliki kuda, tapi dia masih gemar menunggang lembu kegemarannya Lilac yang mampu beraksi seperti seekor kuda.
Apa yang terjadi segalanya bermula apabila adik lelakinya, Tim mencabar Sarah untuk cuba menunggang Lilac yang ketika itu berusia enam bulan.
"Saya tidak berfikir panjang dan terus menunggang Lilac dan lembu itu tidak kisah dengan perbuatan saya."
"Sebelum ini saya pernah cuba menunggang keldai dan kambing biri-biri tetapi tidak begitu seronok berbanding menunggang lembu."
Sarah turut mengajar lembu kesayangannya itu melompat halangan seperti yang dilakukan oleh kuda dan ternyata Lilac tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.
Walaupun memiliki badan yang besar, Lilca boleh melompat melepasi halangan setinggi 1.4 meter.- CARI