CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3590|Reply: 29

Merayau Sendirian, Polis Cari Waris Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 10-1-2017 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki dijumpai berseorangan oleh orang awam di hadapan bangunan Malvest, Jalan Sultan Azlan Shah di Georgetown.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak itu dijumpai seorang lelaki berusia 26 tahun ketika dia berada di bangunan berkenaan.


"Ketika lelaki itu sedang berjalan ke kedai 24 jam berdekatan, dia ternampak kanak-kanak tersebut mahu melintas jalan. Bimbang kerana mendapati kanak-kanak itu tidak berada dalam pengawasan orang dewasa, dia memanggil kanak-kanak berkenaan," katanya.

"Namun kanak-kanak itu masih tidak boleh bercakap dan berada dalam keadaan panik. Lelaki berkenaan cuba bertanya orang awam yang berdekatan, namun gagal mencari waris atau ibu bapanya," tambahnya.


Foto: Utusan Online


Memetik laporan Utusan Online, kanak-kanak tersebut kini di bawah jagaan Balai Polis Sungai Nibong.


Budak lelaki tersebut akan berada di balai polis terbabit sementara waktu sehingga dituntut waris sah atau ibu bapanya dan sekiranya tidak dituntut, dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 03:44 PM | Show all posts
nanti bila dah jumpa mak bapak/waris haruslah berdrama sedu sedan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 03:46 PM | Show all posts
syukur dik, awak ditemui oleh org yg baik..
kalo jumpa dek penculik..harusla tak dpt balik dah...

mana la mak bapak awak ni, cuai sungguh..biar anak sebesar gini merayau sorg2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 04:24 PM | Show all posts
next drama!


adoiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:02 PM | Show all posts
kalau takde sapa yang claim, iols nak ambik budak tu.. nak buat anak angkat, takde la malam-malam iols look-a-round wechat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 05:05 PM | Show all posts
terlepas dari kawalam mak bapa atau

dilepaskan  aka dibuang,


tapi elok sihat je tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2017 05:32 PM | Show all posts
harus la mak ayah budak ni kena hencap dengan acik forum nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 06:02 PM | Show all posts
patut ada finger print database,
leh cari terus warisnya

pstu bagi pelempang dua kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 06:03 PM | Show all posts
terlebih buat anak la ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Comei dik...
Sib baik x jumpa acik pedo
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 06:51 PM | Show all posts
bersih kemas je baju rmbut sluar comey plak tu...propa lerrr tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ank siti sarah td
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk ni autisme kut?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 11:54 PM | Show all posts
makin teruk penang ni sejak dua menjak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:16 AM | Show all posts
comel budaknya. sape lah yg careless sgt neh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
klu bukn sbb hyperactive mgkin sbb parent sbuk mmbelek barang smpai ank trlpas pndg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya lahai
kelihatannya dia spt disoriented & traumatize
kalau terpisah dgn penjaga secara tak sengaja tentu penjaga dah buat laporan polis sbb kes melibatkan minor yg hilang tak perlu tunggu sehingga 24jam baru boleh report
takut kes dia tinggal berdua dgn penjaga / nenek, then yg menjaga tetiba tak sedarkan diri e.g kena stroke etc
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dekat tempat akak, ramai je kanak-kanak sorang2 jalan. siap mintak duit lagik. tak terurus. kau ghase?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 02:04 AM | Show all posts
undang undang Malaysia tak kuat tu pasal sokmo ada kes macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dituntut mak bapak ke budak ni? Syukurlah orang yang baik yang jumpa. Kalu kena sindeket..dah putus tangan anak nih tuk dijadikan pengemis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058208 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list