CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2091|Reply: 5

Peguam Bertaraf Antarabangsa Kena Denda

[Copy link]
Post time 10-1-2017 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ex_klia at 10-1-2017 06:29 PM

SINGAPURA - Seorang peguam daripada sebuah firma guaman antarabangsa telah didenda $3,200 dan dilarang memandu selama 26 bulan pada Selasa (10 Jan) kerana memandu dalam keadaan mabuk. Marcus Jerome Gordon, seorang warga Britain Penduduk Tetap Singapura berusia 45 tahun, mengaku memandu di Keppel Road semasa mempunyai sekurang-kurangnya 181mg arak bagi setiap 100ml darahnya pada 10 Sep tahun lalu. Ini melebihi had undang-undang sebanyak 80mg bagi setiap 100ml darah.Gordon, ketua kumpulan litigasi dan penyelesaian pertikaian firma Watson Farley & Williams, pakar dalam resolusi timbang tara dan pertikaian antarabangsa dalam bidang minyak dan gas, penyewaan perkapalan, operasi pelantar minyak dan pembangunan medan minyak.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azri Imran Tan berkata Gordon minum arak di sebuah restoran di Boat Quay bersama temanitanya pada malam sebelumnya. Mereka meninggalkan tempat itu dengan menaiki keretanya pada kira-kira 2 pagi untuk pulang. Pada 2.12 pagi, semasa memandu di Keppel Road menuju Telok Blangah Road, sebuah kereta tidak diketahui memasuki lorongnya dari kiri. Gordon membelok ke kanan untuk mengelakkan perlanggaran, lalu melanggar bebendul jalan. Sebahagian daripada semak di pembahagi tengah jalan rosak akibatnya. Seorang sarjan Polis Trafik yang tiba di tempat kejadian mendapati Gordon berbau arak dan mata serta mukanya kemerahan. Gordon, yang mengaku minum arak, gagal ujian nafas. Dia ditangkap dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Trafik. Sampel darahnya diambil kerana dia tidak dapat mengadakan spesimen nafas sah kerana sakit di bahagian perut dan belakangnya.

DPP Azri memberitahu Hakim Daerah Carol Ling kadar arak dalam darah Gordon melebihi dua kali ganda - 2.26 kali - had yang ditetapkan undang-undang ."Dia tahu sepenuhnya memandu di bawah pengaruh arak adalah satu kesalahan tetapi dia memilih memandu pulang selepas minum," kata beliau. Peguam Gordon, Encik Suresh Damodara, berkata anak guamnya, yang telah bekerja bagi firma itu selama 17 tahun, secara konsisten diiktiraf sebagai salah seorang tokoh guaman terkemuka di Asia. Gordon juga antara lain memberi bantuan kewangan bulanan kepada pertubuhan amal Rainbow Trust Children's Charity dan nasihat kerjaya kepada golongan muda daripada latar belakang kurang bernasib baik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapat lerrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2017 09:20 AM | Show all posts

sapa suruh memandu bawah pengaruh alkohol kan? sedangkan peguam pun langgar undang2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:22 PM | Show all posts
Kalau dah buat salah pasti akan terima hukuman peguam pun manusia biasa pasti akan lakukan kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabau jela
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mabuk.  Mane waras nk pikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068175 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list