CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2900|Reply: 5

10 Filem Malaysia 2016 Paling Laris, Munafik No.1

[Copy link]
Post time 11-1-2017 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Adakah anda peminat dan penyokong filem tempatan? Jika ya, adakah anda nampak perubahan dan kemajuan dalam pembikinan filem di Malaysia? Malay Mail Online melaporkan sebanyak 46 buah filem berjaya dihasilkan sepanjang tahun 2016.


Ini adalah fakta. Setakat 26 Disember lalu, data Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mencatatkan kutipan tiket meningkat daripada RM52.8 juta pada 2015 kepada jumlah RM78.6 juta.




Amat memberangsangkan apabila 10 daripada filem itu berjaya mengutip jualan lebih RM1 juta, manakala tiga daripadanya mengutip lebih RM10 juta. Wah, banggalah sedikit sebagai anak Malaysia! Bukan mudah nak capai jumlah sebesar itu.


Mesti anda dah dapat teka apakah 10 filem itu, bukan? Kalau belum, jom tengok 10 senarai filem terlaris berkenaan!




1. Munafik (RM17.04 juta)

Sumber foto: Wikimedia



Munafik turut menang besar di Festival Filem Malaysia (FFM), antaranya Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan dan Nabila Huda muncul pelakon wanita terbaik.


Bukan itu sahaja, Syamsul juga meraih anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin, sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan sekuelnya, Munafik 2.




2. Ola Bola (RM16.6 juta)

Sumber foto: Wikipedia




Filem ini membolot empat kategori FFM iaitu Busana Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Anugerah Khas Juri.



3. Boboiboy (RM15.74 juta)

Sumber foto: SUKAMOVIE.CO



Animasi daripada siri televisyen Media Prima versi dwibahasa juga mendapat sambutan di Indonesia, Brunei dan Singapura. Akhirnya, berjaya juga hasil seni tanah air kita memasuki pasaran antarabangsa.




4. Upin & Ipin: Jeng, Jeng, Jeng (RM4.84 juta, masih ditayang)

Sumber foto: Carian Internet



Merupakan filem animasi kedua terbitan Les' Copaque selepas Geng: Pengembaraan Bermula pada 2011. Jangan tak percaya, filem yang menampilkan watak animasi kanak-kanak kembar ini mempunyai pengaruh besar di Indonesia.




5. Rock Bro! Kembali ke Pangkal Jalan (RM4.67 juta)

Sumber foto: http://vplaytv.me




Filem ini daripada dibikin daripada trilogi kumpulan rock Rimba Bara, dibintangi Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Kamarool Yusof dan Sofi Jikan.



6. Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit (RM4.39 juta)


7. Huat The Fish (RM3.31 juta)


8. Aliff Dalam 7 Dimensi (RM1.63 juta)

9. Desolusi (RM1.3 juta, masih ditayang)

10. Juvana 3: Perhitungan Terakhir (RM1.24 juta)




Anda setuju 10 filem teratas adalah filem terbaik sepanjang 2016? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 11:13 AM | Show all posts
2017 filem hijauman dato alif terlajak hijau kocok2 akan pecah box office

adiwira jamu malaysia.. akak suka dia berkongsi .. tp realiti bisnes bukan apa dia kongsi.. dia cerita kemewahan  dia.. tapi tlg kongsi juga ilmu2 bisnes.. akak dahaga..

maaflah banyak2 bisnesman yang santai , dato alif ni bagus orangnya.. santai..  

dato azizan 3 Phd akak tak minat.. sebab sombong..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 11:18 AM | Show all posts
desolusi nak tgu habis tayangan nk tau blh celen munafik atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok munafik sebab meols tau abil belakon best
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:39 PM | Show all posts
nmpk 2016 bnyk improve tp tahun ni xtau la camne
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 09:46 AM | Show all posts
Nabila best dlm Munafik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063424 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list