CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 8

6 Cara Unik Berdandan, Semua Lelaki Perlu Tahu Untuk Lebih Kacak

[Copy link]
Post time 11-1-2017 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Bukan sahaja wanita yang perlu berhias sebelum keluar rumah, zaman sekarang kebanyakan lelaki sudah pun mula menyedari kepentingan untuk berbuat demikian.


Namun apa yang selalu menghalang adalah kekangan masa yang membuatkan lelaki malas untuk memperuntukkan waktu bagi bersiap dengan sempurna.


Jangan risau sebab 'life hacks' ini adalah sangat-sangat berguna bagi lelaki di luar sana bergaya kacak dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan waktu.


Foto: www.123rf.com



Bercukur selepas mandi
Biasanya rutin lelaki akan gosok, cukur dan baru mandi kan? Apa kata tukar sedikit dengan mandi dulu dan selepas itu baru bercukur sebab dengan cara ini akan membuatkan liang-liang pori terbuka. Hasilnya anda akan mendapatkan cukuran yang sempurna.


Foto: www.menshealth.com


Sikat rambut ke tepi jika rambut anda menunjukkan ciri botak di tengah.
Patikan anda lakukan cara ini untuk memastikan orang tidak menyedari yang anda sebenarnya kekurangan rambut di kepala.



Tukarkan krim cukur anda dengan pelembut rambut
Jika mahukan cukuran yang tidak akan menjadikan kulit anda kering, gunakan pelembut rambut adalah lebih baik dari krim cukuran kerana ia akan memelihara kelembapan kulit muka.


Foto: www.boldsky.com


Letak pelembap bibir pada luka akibat cukuran.
Kalau terluka, letak sahaja pelembap bibir ke atasnya kerana ia bertindak menghentikan darah dan merawat luka.


Gunakan minyak almond untuk rambut kusut.
Letakkan sedikit minyak tersebut dan sapukan pada rambut tapi pastikan jangan berlebihan supaya tidak kelihatan berminyak dan berkilat.


Foto: www.choice.com.au


Guna minyak zaitun untuk korek telinga
Letak satu titik minyak ke dalam telinga dan tunggu tahi telinga anda cair dengan sendirinya. Ia lebih mudah daripada menggunakan putik kapas yang boleh merosakkan gegendang telinga anda.


Lepas ini tiada alasan untuk tampil selekeh lagi okay! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 05:26 PM | Show all posts
gunakan minyak zaitun utk korek telinga..woww
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:57 PM | Show all posts
minyak almond tu xmahal ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:14 PM | Show all posts
guna minyak zaiton tu menarik. camae agaknya letak minyak dlm telinga kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 12:25 AM | Show all posts
ohh boleh guna olive oil juga ye.. selalu kita beli Cerumol biasa kat farmasi..

Hasil google,  they have olive oil version now




tapi hari tu pergi Watsons tak nampak pula yg kotak hijau ni..

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 14-1-2017 12:25 AM
ohh boleh guna olive oil juga ye.. selalu kita beli Cerumol biasa kat farmasi..

Hasil google,  t ...

lepas titik korek balik guna cotton bud atau taik tu mencair sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2017 11:02 PM | Show all posts
Orix replied at 16-1-2017 09:19 PM
lepas titik korek balik guna cotton bud atau taik tu mencair sendiri

selalunya lepas hari ke-3 atau ke-4 titis dlm telinga, earwax tu akan keluar sendiri..just lap area sekitar cuping telinga...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 01:01 AM | Show all posts
cik-jaja replied at 11-1-2017 05:57 PM
minyak almond tu xmahal ke

Brand murah tu mcm Bajaj. Dulu2 harga RM6. Skg ni expect harga naik.
Brand mahal banyak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2017 07:36 PM | Show all posts
good tips , boleh cuba nnty
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051650 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list