CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2760|Reply: 22

[Tempatan] Kilang berkonsep taman

[Copy link]
Post time 12-1-2017 02:10 AM | Show all posts |Read mode
quote drp "skyscrapercity"

Saya suka tengok arkitek yg modern dan blend with natural consep. Pernah nampak office yg berkonsep mcm ni, tapi utk kilang, inthink is 1st in malaysia.

Yesterday, 02:10 PM
Spirior
Registered User

Join Date: Apr 2016
Posts: 255
Likes (Received):



Paramit kukuhkan pelaburan negeri, buka 'industri dalam rimba' 16 juta Dolar AS

BUKIT TAMBUN - Bagaikan makmal perubatan dalam hutan rimba, bangunan baharu industri pembuatan peranti perubatan, Paramit Malaysia Sdn. Bhd. (Paramit) yang secara rasmi dibuka pada pagi ini, dengan kos pembangunan pelaburan awal sejumlah 16 juta Dolar Amerika Syarikat.


Ketika berucap, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu bahawa syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) tersebut sebenarnya sejak lima tahun lepas melabur kira-kira 40 juta AS Dolar, dengan nilai eksport bagi rancangan pembangunan jangka panjang sejumlah 250 juta AS Dolar.

"Paramit mahu memanfaatkan pertumbuhan dua kali ganda hasil eksport alat peranti perubatan yang diperbuat di Malaysia pada tahun lepas, bernilai dalam lingkungan RM17.8 bilion.

"Operasi Piramit di Pulau Pinang diharap akan menonjolkan lagi potensi Malaysia dalam peta pelaburan dunia, bagi bidang ujian genetik dan molekul, pembedahan robotik serta perawatan sakit barah.

"Ini adalah kilang dalam hutan yang paling hijau di Malaysia...pastinya suatu penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS) kerana syarikat ini terus mengekalkan pelaburan di negeri ini," ujarnya pada Majlis Perasmian Pembukaan Industri Paramit dekat Taman Perindustrian Bukit Minyak, Batu Kawan di sini.

Turut berucap, Ketua Pegawai Eksekutif Paramit Corporation, Billoo Rataul dan Ahli Lembaga firma itu, Carl Chun.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, Edgard D. Kagan (Timbalan Ketua Duta Amerika Syarikat Ke Kuala Lumpur), Dato' Maimunah Mohd. Shariff (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Dato' Seri Lee Kah Choon (Penasihat Khas Ekonomi Kepada Ketua Menteri di InvestPenang), Azhana Mohamed Saleh (Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia, MIDA), Datuk Dr. Ooi Eng Hock (Persekutuan Pengusaha-Pengusaha Kilang Malaysia, FMM) dan beberapa tetamu kenamaan lain.

Menurut Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam, dalam tempoh lapan tahun antara 2008 hingga 2015, Pulau Pinang mencatatkan pelaburan sebanyak RM55 bilion, dengan meningkat 90 peratus berbanding RM29 bilion yang diraih dalam tempoh sama tempoh sebelum itu mulai 2000 hingga 2007.

Daripada angka RM55 bilion itu, beliau menyatakan bahawa RM13.7 bilion atau 25 peratus adalah daripada pelabur AS, sekaligus menjadikan negara tersebut sebagai penyumbang pelaburan langsung asing (FDI) terbesar ke negeri ini.

"Meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar, Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan yang kukuh lebih daripada lapan tahun lepas.

"Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2016, AS adalah yang ketiga terbesar penyumbang pembuatan FDI ke Pulau Pinang, dengan FDI berjumlah RM390.3 juta," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Difahamkan, Paramit Corporation diasaskan oleh Billoo Rataul pada tahun 1988 di Morgan Hill, California dekat Selatan Silicon Valley Amerika Syarikat.

Kini, Billoo Rataul mengembangkan 'industri dalam rimba' pertama di Pulau Pinang dengan barisan pemaju industri berpengalaman dalam bidang industri persekitaran antarabangsa dari Belgium, Amerika Syarikat, Mexico, Hong Kong, Austria Perancis dan Jerman.

Di 'industri dalam rimba' Piramit ini terdiri oleh 1,500 anak pokok pelbagai jenis yang mengindahkan serta menyamankan udara persekitaran luar dan dalam bangunan kilang di sini.









__________________




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2017 02:16 AM | Show all posts
Teks2 dlm ruang hijau susah dibaca, akan tetapi, tak pentinglah.

Sekadar tengok gambar sudah.

Rasanya pekerja2 dlm kilang ini akan less stress dan performance lebih tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kaca tu
panas ceng nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 12-1-2017 05:37 AM

Ofis sp setia pun mcm ni....

Dari luar nmpak biasa je... bila masuk dlm, nk cari ofis nk buat byaran, rasa eh....aku ni sesat ke.  Tak nmpak mcm masuk ofis pun....

Dlm hati aku kata mentang mentang kau byk duit...tiap kali dtg mesti berubah wajah....




Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kilang? nmpk bahagian opis je cantik
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 07:23 AM | Show all posts
Wahh..camno nak apply job kat sini  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa arkiteknye ni. Nampak moden
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu replied at 12-1-2017 07:54 AM
Siapa arkiteknye ni. Nampak moden

mungkin mat salleh. ini kilang dari USA yg bernama Paramit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 08:59 AM | Show all posts
mana bahagian production?Aku terbayangkan kilang yg line production tu konsep taman, tapi opis dia je?
Btw, cuba edit format teks tu utk mudahkan dibaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 12-1-2017 08:59 AM
mana bahagian production?Aku terbayangkan kilang yg line production tu konsep taman, tapi opis dia j ...


teks tu tak silap ialah berita tentang perasmian kilang Paramit di Penang.

kalau bahagian product pun mcm garden, mmg superb
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by j3m4h at 12-1-2017 09:11 AM

Osemmmpoii btol design dia neh...xmcm kilang dah aku tgk...opis je kot..ape obat kluaran paramit neh? Baik tanam pokok ganja jew trus...anti kanser uolsss...hehe Dah mcm umah ank tokey YTL plak kt kenny hell tuhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 12-1-2017 09:09 AM
Osemmmpoii btol design dia neh...xmcm kilang dah aku tgk...opis je kot..ape obat kluaran paramit neh ...

dlm laporan ditulis "alat peranti perubatan"
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:14 AM | Show all posts
elok laa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:31 AM | Show all posts
akak boleh dapat 4 flat every sem kalau uitm buat kelas macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Opis je kot ala ala dalam taman.  Ke satu kilang? Kalu gitu memang hebakk ahh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 09:53 AM | Show all posts
Rainrein replied at 12-1-2017 09:33 AM
Opis je kot ala ala dalam taman.  Ke satu kilang? Kalu gitu memang hebakk ahh.

ofis je tu.. tajuk tu misconception.. kalau kilang dalam taman sure bangla nak kerja kt situ.. anne , ada kelija kosong ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 12-1-2017 09:12 AM
dlm laporan ditulis "alat peranti perubatan"

Oic...siyes xtaw pemende tuh...tq ye tlg sexplain kt iolss...nah mungerr tuk kamu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 10:04 AM | Show all posts
patotnya kena kata opis kilang..
ku pikirkan kilang d dalam taman. rupanya opis jah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kilang dlm forest..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:04 PM | Show all posts
berdenyut mata mmbaca
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094878 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list