CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7190|Reply: 53

Faizul & Firman AF digantung tak bertali pengurusan?

[Copy link]
Post time 12-1-2017 10:31 AM | Show all posts |Read mode
SABAN tahun, setiap kali bermulanya musim baharu program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia (AF), pasti timbul cerita tidak enak membabitkan peserta musim terdahulu.

Seakan-akan sudah menjadi topik basi namun hakikatnya tetap diperkatakan oleh warga industri yang kononnya prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka apabila muncul bakat baharu daripada program sama.

Bertemu dengan dua penyandang juara iaitu Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014), HITS cuba mendapatkan gambaran sebenar yang sedang mereka alami sementelah melihat karier masing-masing yang seolah-olah tenggelam timbul.

HITS: Selepas tamat AF dan bergelar juara, ke mana hala tuju karier nyanyian anda berdua?


FAIZUL: Jujurnya ketika itu saya masih terlalu baharu, langsung tidak tahu selok-belok industri dan hanya mengikut seratus peratus perancangan yang telah diatur pihak pengurusan. Jadi saya tidak membuat sebarang perancangan peribadi, sekadar memberi komitmen penuh terhadap jadual yang telah disusun.

FIRMAN: Sama seperti Faizul, saya juga menyerahkan segala-galanya kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju karier nyanyian ketika itu. Oleh sebab masa itu baru sahaja hadir dengan single, Di Pintumu jadi fokus saya adalah mempromosikan karya tersebut demi mengukuhkan tapak sebagai seorang penyanyi.

Selain menjadi penyanyi, mungkin anda ada matlamat lain dalam bidang seni tempatan. Boleh cerita lanjut?
FAIZUL: Saya masih mahu aktif menyanyi. Namun pada masa yang sama saya merancang pelbagai aturan untuk karier masa depan terutama dalam menyumbang jasa terhadap industri muzik tempatan. Saya bersyukur rezeki di belakang tabir dalam menulis lagu dan lirik tidak pernah putus. Saya sukakan kerja-kerja produksi dalam menghasilkan sesebuah karya. Terkini, single nyanyian Elizad Sharifuddin berjudul Hai Ya Ya adalah hasil tulisan saya.

FIRMAN: Setakat ini karier nyanyian saya berjalan dengan lancar. Jadual seni saya masih penuh dengan undangan persembahan. Bagaimanapun alang-alang masuk dalam bidang seni, sejujurnya saya mahu cuba melebarkan sayap ke cabang yang lain seperti lakonan. Harap-harap ada penerbit mahupun produser yang sudi mengambil saya berlakon. Sebelum ini saya pernah membintangi telefilem Ketupat Jantung Hati yang disiarkan di Astro Ria.
Adakah anda masih terikat dengan Astro? Jika ya, adakah masih relevan berada di bawah pengurusan mereka?

FAIZUL: Pada 2016, tamatlah kontrak saya dan beberapa artis AF2013 yang lain dengan Astro. Bagaimanapun dalam tempoh beberapa bulan selepas ikatan itu terlerai, kami terikat dengan satu klausa yang diistilahkan sebagai cooling period. Ini bermaksud kami tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang melanggar persetujuan dalam kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini. Senang cerita, digantung tak bertali.

FIRMAN: Saya masih lagi mempunyai baki kontrak dengan Astro untuk beberapa bulan sebelum tamat. Walau apapun yang berlaku antara saya dengan pihak pengurusan saya tetap berasa syukur kerana merekalah yang memberikan platform untuk saya berada dalam industri pada hari ini. Banyak yang saya pelajari daripada pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk menjaga kami.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.47ILTlB1.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 11:23 AM | Show all posts
COMING SOONJUARA SENDU FROZEN: Sufi & Amir
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Firman nak try berlakon?? Pe kata try pujuk si michael ang
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 12:33 PM | Show all posts
firman mohon balik sabah..melolong aja..pergi la kat hattan tu..kan faveret heols
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Faizul tu lagu2 dia buat boleh tahan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:22 PM | Show all posts
sian faizul...dia ni talented buat lagu...tapi still mcm tak berapa nak up
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 01:44 PM | Show all posts
amir flop terus. lansung xada perkhabaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 01:56 PM | Show all posts
lazim replied at 12-1-2017 01:44 PM
amir flop terus. lansung xada perkhabaran

I ols tgk Trek Selebriti last 2 week si Amir kan sambung blajar engineering, siap interview lecturer heshe enterprem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 02:44 PM | Show all posts
pencintaABC replied at 12-1-2017 01:56 PM
I ols tgk Trek Selebriti last 2 week si Amir kan sambung blajar engineering, siap interview lectur ...

kenapa interview lecturer dia ? top student ke?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:55 PM | Show all posts
owhhh x perasan pun Firman ada berlakon
sian lak dgn Faizul
harap rezeki dia akan adalah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:58 PM | Show all posts
firman nk berlakon..baik x pyah.. tgk dia menyanyi pun dah pening kepala ..mohon jangan tambah kayu yg sedia ada dlm drama...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:02 PM | Show all posts
faizul tu banyak je lagu dia buat yang hit kan. Lagu lagu dia pun ada jugaklah yang hit dua tiga macam perempuan dengan 333 batu tu. Boleh je survive dia ni aku rasa as a composer.

Firman tu balik sabah jelah. Menyanyi pun macam tercekik tulang
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:21 PM | Show all posts
Faizul ni ada harapan nak survive dalam industri walaupun sendu sebagai penyanyi, tapi dia berbakat juga sebagai composer. Firman? No komen. Nak jadi pelakon pulak? Watak apa dia sesuai?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 12-1-2017 03:21 PM
Faizul ni ada harapan nak survive dalam industri walaupun sendu sebagai penyanyi, tapi dia berbakat  ...

Mungkin watak mr pilot
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:29 PM | Show all posts
uols gerak je la solo, buat lagu sendirik, tengok Aizat tu, untung2, boleh jadi komposser terkenal giteww
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:53 PM | Show all posts

Habislah rating jatuh chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Juara AF bermula huruf F semua sendooo Faizal ganu..faizul..firman..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasa replied at 12-1-2017 03:29 PM
uols gerak je la solo, buat lagu sendirik, tengok Aizat tu, untung2, boleh jadi komposser terkenal g ...

Aizat tu berduit...bleh la gerak sndri...

Firman tu mohon keja lain lh...kilang iols nk pakai org ni  
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:24 PM | Show all posts
Bersepah sangat artis keluaran af ni sampai management dah tak boleh nak cater. Nak famous balik mungkin boleh guna medium tumblr. Yang tak famous pun boleh terus jadi famous. Akal kena panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:30 PM | Show all posts
bersabar la dik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.084711 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list