CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 15

[Tempatan] Pengerusi MARA kesayangan UMNO ditempelak lagi oleh TMJ

[Copy link]
Post time 12-1-2017 12:37 PM | Show all posts |Read mode


Bacaan
Bacaan

Hangat

Terkini

Viral





[color=black !important]HOME · SAFE · SEMASA · UTAMA

"Tan Sri, Dari Ambil Kesempatan Atas Kejayaan Faiz Subri,




Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini menggesa Tan Sri Annuar Musa supaya menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

"UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," dakwa TMJ.


Ikuti kenyataan penuh dari TMJ:

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu.

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Beriktut adalah gambar yang disertakan TMJ.















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 12:49 PM | Show all posts
dh adooo benangnnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:05 PM | Show all posts

x pe...biar cacai nampk...ntah2 tgh membuta sekarang
@Mimique

@deezeck
@tobby

@dcruins

@akusukaq

@bioessence

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:11 PM | Show all posts
pghfhfggrttttt
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:33 PM | Show all posts
spt biasa macai akan kata ini semua fitnahhhhh





Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:58 PM | Show all posts
kecimpret replied at 12-1-2017 01:33 PM
spt biasa macai akan kata ini semua fitnahhhhh

Korang x faham nanoekonomi. Katanya la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2017 02:14 PM | Show all posts
ermmmm....baru buku bertemu ngan ruas....silap laa ekau pilih lawan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:16 PM | Show all posts
"Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor.="

Sapo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul apa yg tmj.ni tulis. Hoki pahang pun unikl taja sbb presiden hokinya .......merangkap chancellor unikl.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mara ni mmg jd alat puak umno. Skrg bdk bdk nak dpt bantuan pum dah tsk mcm.kita dulu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo this issues.. kalo betul apa dilampirkan, ok.. u r right
Annuar musa explain pleasse..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 05:17 PM | Show all posts
cacai umnogokkk buat2 xnmpk
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:00 PM | Show all posts
hsbisla TS AM
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:04 PM | Show all posts
kecimpret replied at 12-1-2017 01:33 PM
spt biasa macai akan kata ini semua fitnahhhhh

tgh membuta sekarang
buat2 x nampak

@deezeck

@Mimique

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah menteri yg mabuk dan wanita itu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.131042 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list