|
|
Pelakon Shah Iskandar, 35 yang telah berumahtangga selama setahun mengakui kehidupannya berubah dan banyak masa ditumpukan kepada keluarga sehingga tiada masa untuk aktiviti sosial.
Malah, katanya dia terpaksa menolak untuk apa-apa majlis termasuklah melepak bersama rakan di kedai kopi atau pun gim.
"Senang kata saya sekarang seorang yang mengutamakan keluarga sehinggakan pada satu ketika saya terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial waima melepak bersama rakan-rakan di kedai kopi atau ke gim.
"Hero pelapis kini semakin ramai di mana saya harus akui sesetengah daripada mereka juga berlumba-lumba ke gim untuk mendapatkan bentuk badan menarik dalam usaha menjaga keterampilan diri sekali gus memberi peluang untuk mereka menerima watak yang lebih besar," katanya kepada Mstar Online.
Dari aspek kerjaya, Shah Iskandar berkata dia telah menerima hakikat bila sering ditawarkan watak lelaki dewasa dan matang.
"Sekarang ni untuk memegang watak lelaki 'jambu', budak kolej atau seumpamanya jangan mimpilah sebaliknya saya mula diberi watak lelaki berkeluarga dan ‘bertitle’ duda.
"Saya tidak kisah dan harus akui mulai selesa dengan watak-watak sebegitu selari dengan status saya dan usia kematangan saya di dalam industri,” ujarnya lagi.- CARI
 Foto: IG Shah Iskandar
|
|