CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5390|Reply: 5

carlist tu betul ke?

[Copy link]
Post time 12-1-2017 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Travelo at 12-1-2017 02:34 PM

hye.. nak tanya, web carlist yg jual kereta tu mereka kata kereta baru tapi cuma sudah register. dan harga saya survey pun agak banyak beza murahnya.misalnya jika beli melalui dealer,harga RM100K,tp di carlist boleh dapat RM80K kereta baru. kalau rebate pun,takkan sampai 20K kan,biasanya 10K shj..cuma bezanya di carlist,kereta tu sudah ada plat/registration.

apa pemdapat anda terutama yg pernah beli melalui carlist? tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 05:25 AM | Show all posts
Edited by batu_bergolek at 13-1-2017 05:29 AM

Rasanya, kalau ikut kefahaman saya, kereta jenis ni dipanggil pre-reg.

Selalunya dealer, dia akan ada target kuantiti kereta yg dia kena jual (ambil dari pengilang) untuk dapat diskaun atau insentif dari pembuat kereta. Jadi salah satu cara ialah, dealer  daftar beberapa biji kereta tu atas nama company dealer tu, dan kereta2 tu kdg2 dijadikan kereta kompeni (bos bos je dpt, kuli batak tak ye hehehe) ada juga akan disimpan. Ada juga dijadikan kereta test drive.

Kebanyakan pre-reg ni mileage tak tinggi, kalau bernasib baik ada yg kurang 50km. Walaupun mileage rendah dan tahun manufacture agak baru (setahun-dua). Disebabkan dia sudah didaftar on the road (dah ada no pendaftaran), jadi bila dealer tu nak jual balik, dia dah kira kereta 2nd hand, sbb itulah dia murah sedikit (dealer bagi diskaun, berdasarkan anggaran market depreciation model kereta tu)

Cthnya tahun lepas, saya hampir nak beli pre reg 2014 e350 Bluetech hybrid, diskaun sekitar rm25-30K (tak ingat dah exact diskaun dia) serta full warranty dari hap seng, tapi last2 saya beli keta lain, sbb salesman dia mcm sombong je, nak jumpa utk view asyik takda je.

Cuma sblm awak beli, kena check dululah kereta, sepatutnya awak dah boleh view kereta tu sblm beli, selalunya yg jual pre-reg hanya authorised dealer dan dia akan bagi full warranty (mcm kita beli kereta baru) jarang used car dealer yg jual, tapi kalau ada pun, sblm beli awak boleh konfirmkan status kereta dan status warranty drpd authorised dealer. Cuma bagi diorang no plat atau no chassis.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 05:05 PM | Show all posts
batu_bergolek replied at 13-1-2017 05:25 AM
Rasanya, kalau ikut kefahaman saya, kereta jenis ni dipanggil pre-reg.

Selalunya dealer, dia aka ...


tq atas info yg diberi..sangat bermanfaat.

utk pengetahuan saudara,saya belum membelinya lagi,baru ingat2 nak survey,ingat nak survey esok ni,nak tgk keadaan kereta tu,harap2 mileage rendah dan baru register lah..hihihi

p / s: rugi juga kamu tak beli bluetec tu ya, yelah,full warranty pulak tu,means kereta tu baru beberapa hari di register kan? belum lebih setahun.

p/s: boleh terangkan,  apa definasi kenyataan dibawah ni? (for info, iklan sebuah model kereta ini mempunyai dua harga berbeza) :
Pre-Registered (New Car) RM150K
Pre-Owned (Low Mileage) RM130K

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 07:41 PM | Show all posts
Edited by batu_bergolek at 13-1-2017 09:55 PM

Dari pemerhatian saya, term pre-reg / pre-owned ni lebih kurang shj, dan loosely defined by dealer kereta tu sendiri ( bmw, merc, audi n etc) . Saya cadang kalau awak nak kepastian, lebih baik awak call tanya.

Dua2 term tu basically atas kertas akan menunjukkan awak adalah pemilik no2 dan bukan pendaftaran kenderaan baru dlm geran (kalau awak jadi beli), mungkin pre-reg ni, dealer dah register dan simpan dlm store/showroom kira tak pakai,

manakala pre-owned ni dah digunakan sbg kereta bos2 atau kereta demo, still mileage rendah.
Tapi mcm merc dan bmw under diorang punya credit leasing facility, diorang ada concept buy back dan trade in sendiri (cthnya owner merc nak upgrade ke model merc yg baru, jadi dia trade in model lama dia)  ini pun dah kira pre-owned juga a.k.a kereta terpakai. Sbb pre-own dan 2nd hand patutnya sama je

As for e350 tu mmg agak sayang, rasanye baru beberapa bulan je register dan tinggal 2-3 biji. Kena pulak ni last model bluetec hybrid yg masuk malaysia, tapi nak buat mcm manakan, harga bukan rm1, pastu layanan not up to par. Takpelah kira takde rezeki.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 11:25 AM | Show all posts
batu_bergolek replied at 13-1-2017 07:41 PM
Dari pemerhatian saya, term pre-reg / pre-owned ni lebih kurang shj, dan loosely defined by dealer k ...

rasanya betul dan tepat apa yg kamu terangkan berkenaan pre-reg dan pre-owned tu..itu sebab yg re-reg lebih mahal sedikit daripada pre-owned ye kan.tqvm atas penerangan.jap lagi nak ke kedai kereta utk survay2..

p /s: owh,rupanya2,pembeli2 kereta import ie bmw,merc,alphard tu most mereka beli yg pre-reg..

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 14-1-2017 11:25 AM
rasanya betul dan tepat apa yg kamu terangkan berkenaan pre-reg dan pre-owned tu..itu sebab yg re- ...

Kalau, kereta conti yg dibeli dari authorised dealer, kebanyakkan baru, tak banyak yg pre-reg atau pre-own, mungkin satu dealer ada tak sampai 10 biji model pre reg / pre own, selebihnya baru. Dan model2 flagship spt s-class atau 7 series jarang ada, melainkan bila lepas sponsored event.

Satu lagi authorised dealer ni strict sikit dgn kereta pre-own / 2nd hand. Kalau mileage tinggi atau umur lebih 4-5 tahun dan takda rekod maintanence dgn diorang, mmg tak nak, utk merc, kalau kereta tu bukan asalnya dibeli dari authorised dealer, pun kereta tu tak diambil. Jadi biasanya kereta2 mcm ni akan ditolak ke used car. Sbb nak elak issue warranty dan after sales.

Tapi harga kereta still tak semurah berbanding drpd dari parallel car importer a.k.a penjual kereta recond. Cuma ni awak kena pandai carilah, group2 ni kadang2 nakal sikit, setakat mileage tampering tu biasalah dan warranty diorang indah khabar dari rupa, tapi bukan semua peniaga mcm tu. Kalau company yg besar2 dan dah wujud lama selalu dia amalkan konsep wysiwyg.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.627411 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list