CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 6

Perbezaan Cara sebatan Syariah vs Sivil : Penjelasannya dan video perbandingan

[Copy link]
Post time 12-1-2017 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 2-4-2017 05:39 AM

Jawab persoalan mengenai sebatan Syariah



12 Januari 2017 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.xlOx7BUG.dpuf




ISU sebatan Syariah sering dipolemikkan pihak tertentu. Pelbagai persoalan ditimbulkan semata-mata bagi melakar persepsi negatif terhadap hukuman yang diperuntukkan secara sah dalam undang-undang. Ruangan kali ini ingin menjawab beberapa persoalan secara tuntas agar ia tidak lagi dipermainkan oleh pihak berkepentingan.



Sebatan Syariah melanggar prinsip hak asasi manusia kerana kejam, tidak berperikemanusiaan, menjatuhkan maruah.



J: Perlu terlebih dahulu mengetahui bagaimana sebatan Syariah dilakukan, ia amat berbeza daripada sebatan dijatuhkan Mahkamah Sivil. Sila Rujuk Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang memperuntukkan dengan terperinci bagaimana hukuman sebatan Syariah perlu dilakukan. Alat sebatan umpamanya hendaklah daripada rotan atau ranting kecil tiada ruas tidak melebihi 1.22 meter dan diameternya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Sebatan Syariah amat berbeza dengan rotan di Mahkamah Sivil yang mencederakan pesalah.


Sekali rotan untuk pesalah sivil sudah pasti ada yang akan pengsan dan tercedera.


Berdasarkan panjang rotan Syariah, diameter dan cara merotan amatlah ringan dan langsung tidak melukakan. Adalah amat tidak benar dan mengelirukan jika mendakwa sebatan Syariah adalah kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah.

gambar hiasan : sebatan sivil vs sebatan syariah


http://www.utusan.com.my/rencana ... an-syariah-1.430764

Jawab persoalan mengenai sebatan Syariah
12 Januari 2017 6:00 PM


1 1 Google +0






SEBATAN Syariah bertujuan memberikan pengajaran berbeza dengan sebatan Mahkamah Sivil yang bermotif mencederakan pesalah. - GAMBAR HIASAN. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... x7BUG.2ZSFkgCJ.dpuf









- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... x7BUG.2ZSFkgCJ.dpuf


Jawab persoalan mengenai sebatan Syariah
12 Januari 2017 6:00 PM


1 1 Google +0








HUKUMAN sebat Syariah yang dilaksanakan di Aceh, Indonesia. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... x7BUG.2ZSFkgCJ.dpuf






- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... x7BUG.2ZSFkgCJ.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2017 09:37 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-1-2017 05:18 AM

Sebatan Syariah mendiskriminasikan wanita Islam, sebatan Mahkamah Sivil tidak boleh dikenakan kepada wanita berdasarkan peraturan penjara.

J: Apakah yang dikatakan diskriminasi dan adakah semua bentuk diskriminasi melanggar undang-undang? Sebenarnya terdapat beberapa bentuk diskriminasi yang dibenarkan undang-undang.
Contohnya positive discrimination, yang berlaku apabila pihak kerajaan memberikan keistimewaan kepada golongan tertentu bagi tujuan tertentu dan ia dibenarkan. Begitu juga discrimination against a class of persons atau diskriminasi terhadap sesuatu golongan tertentu juga dibenarkan.


Oleh yang demikian wanita Islam adalah golongan yang tertentu dan boleh dibuat diskriminasi terhadap golongan tersebut selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas kesamarataan.
Sebatan Mahkamah Sivil memang tidak dibenarkan dijatuhkan terhadap wanita kerana sifatnya yang kejam dan mencederakan.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah menuntut sebatan itu dimansuhkan.
Mungkin ada golongan tertentu beranggapan jika dikenakan kepada lelaki maka hukuman tersebut dibolehkan walaupun ia amat kejam dan menyakitkan.

Pendekatan ini amatlah pelik. Dalam mendambakan kesamarataan penuh, sepatutnya golongan pro hak wanita ini memperjuangkan tiada perbezaan hukuman rotan antara pesalah lelaki dan wanita. Barulah ia sebenar-benarnya memperjuangkan hak sama rata total.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 09:39 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-1-2017 09:40 PM

Mangsa sumbang mahram dihukum sebat?

J: Tiada undang-undang yang akan menghukum mangsa jenayah kerana hukuman dijatuhkan kepada penjenayah bukannya mangsa. Dalam mensabitkan sesuatu kesalahan dua elemen penting mesti dibuktikan iaitu actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat melakukan jenayah). Oleh itu, mangsa apa jua kesalahan termasuk sumbang mahram tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau pertuduhan malah kerajaan wajib menjaga kebajikan mereka. Persoalannya ialah kenapa hanya apabila ditangkap barulah wanita itu mengatakannya dirogol dan sebagainya. Mengapa setelah dirogol wanita tersebut tidak terus pergi ke balai polis membuat laporan beliau dirogol.

Jika perkara ini dilakukan sudah pasti wanita yang dirogol itu tidak akan didakwa.

Bukannya setelah melahirkan anak dan apabila sudah diketahui orang lain barulah mendakwa dirinya dirogol.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 09:40 PM | Show all posts

Lebih banyak wanita yang dikenakan hukuman sebat?

J: Hal ini perlu dibuktikan dengan statistik yang sahih. Saya sendiri tidak pasti kebenarannya. Namun undang-undang tidak membezakan lelaki atau wanita, sesiapa jua yang melakukan kesalahan mestilah dihukum tanpa mengambil kira jantina penjenayah.

Konflik Undang-Undang Sivil dan Syariah?


J : Dalam dwi sistem perundangan seperti di Malaysia memang tidak dapat lari daripada pertindihan bidang kuasa. Namun kedua-dua sistem ini mestilah saling melengkapi antara satu sama lain bukannya bersaing antara mereka. Namun Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan seseorang itu tidak boleh dihukum dua kali atas kesalahan yang sama. Sekiranya seseorang itu disabitkan di Mahkamah Syariah, tidak boleh pula dia didakwa di Mahkamah Sivil dan sebaliknya. Adalah amat malang sekiranya seseorang itu hanya berhujah atas konsep konflik perundangan sahaja tanpa mengetahui skema penyelesaian yang digarap oleh Perlembagaan Persekutuan. Bagi memahami pelaksanaan sebatan Syariah ini saya bersama beberapa pimpinan PPMM ke Aceh, Indonesia beberapa tahun lalu bagi mempelajari dan melihat sendiri perlaksanaannya di sana. Pelaksanaannya dilakukan di perkarangan masjid selepas solat Jumaat. Saya sendiri melihat pesalah lelaki yang disebat itu berdiri dan memakai baju manakala perempuan duduk memakai pakaian menutup aurat. Setelah hukuman dilaksanakan pesalah sendiri berjalan keluar dari tempat sebatan sambil diperhatikan jemaah. Tidak langsung kelihatan tercedera atau sebagainya.




- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/jawab-persoalan-mengenai-sebatan-syariah-1.430764#sthash.xlOx7BUG.dpuf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 09:46 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-1-2017 03:24 PM

so fahami Islam

dan actually pada saya  dan siapa yg faham Islam , Islam lahir bukan sekadar menjaga sepohon pokok' malah membawa rahmat ke seluruh alam , so pada saya lebih penting ialah sikap berpesan pesan kepada kebaikan ini termasuklah menegur sesuatu perbuatan yg mungkar dengan sebaik baik hikmah dan bukannya berpegang pada pemikiranyg  agama itu hak milik preibadi apa yg i buat itu masalah i ( sekiranya perbuatan itu memudharatkan diri ataupun masyarakat tanpa dia sedar akan cause and effect dan ini berpunca daripada? implikasi pemahaman rukun islam, rukun iman dan tauhid) ini hujah yg sering kita lihat

kalau begitu logiknya apa  fungsi para rasul kan sebelum ini yg gigih menyampaikan dakwah mereka kalau at  the end - eh suka hati i lah nak fikir, nak buat apa apa

walhal yg berpemikiran begini adakah dia sedar dalam alam ruh tu akan janjinya dan adakah dia sedar ke yg semuprnanya dia lahir ke dunia ni stau sebaliknya tu bukan pilihannya pun? If dah cukup sifat tu bersyukurlah...

lahirnya itu ke dunia  dengan amanah dan nikmat  pinjaman dari Allah dan terlalu banyak nikmat ini yg saya dan kita semua  akui dan sometimes take for granted..

so bongkak kan orang berpemikiran sedemikian sebabnya  dia telah dilahirkan ke dunia ini dan dengan nikmat yg sangat banyak... tanpa dia  berusaha pun untuk kenal  tuhannya maka berwenang  sahaja jemari menyatakan
ini  hidup aku , aku mengaturnyas ikut suka hati sendiri... etc etc

walhal kalau nyawa sendiri pun tak mampu nak kawal berpada padalah juga menyedari diri itu dijadikan dengan sebaik baik kejdaian daripada kekausaan dan keilmuan Allah yg Maha Luas..namun apa yg diungkap oleh jemari manifestasi akal kurniaan dari Allah itu ...
hamba itu berkata ...wow ini hidupni  hak aku...wow...interesting cetusan yang datang dari makhluk yg  dasarnya hamba, hakikatnya hamba sahaja.

saya mengingatkan diri saya juga akan hal ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2017 05:37 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-4-2017 05:38 AM

ini HUKUMAN SEBAT  MAHKAMAH SYARIAH




ini hukuman sebat konvensional

https://www.youtube.com/watch?v=zHdV7Z_T8qQ


i tak sanggup tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2017 05:39 AM | Show all posts
harapnya jelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list