Oleh Syakireen Othman . Sumber dari Muslim Council of HK
Pelakon dan juga penyanyi Lindsay Lohan pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu dan beliau kembali menyepi dari industri hiburan. Namun hari ini, ramai yang terkejut dirinya telah memadam semua gambar di laman sosial Instagram dan Twitter serta meninggalkan nota 'Alaikum salam'.
Ianya terjadi setelah Lindsay Lohan pindah ke Dubai dan mungkin dirinya mahu menjadi wanita yang tampil dengan imej terbaru di tahun 2017. Kemungkinan bahawa dirinya memeluk agama Islam juga tidak dapat dipastikan sehingga kini.
Sejak kebelakangan ini, Lindsay banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan di Turki serta membuka produksi sendiri di Dubai dan dirinya juga telah banyak menonjolkan banyak perubahan.Pihak pengurusan Lindsay juga memberitahu bahawa aktres ini sedang dalam tempoh pembaharuan.
Menurut Lindsay, dia sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya katanya kepada akhbar Daily Mail.
Tambah pihak pengurusannya, "Kami amat gembira di sini pada pasukan Lohan, teruja untuk melihat reaksi semua orang berbanding tahun akan datang kerana kami mempunyai beberapa projek besar yang menanti," pengurusnya, Scott Carlsen, memberitahu pertubuhan berita British.
Sebelum ini Lindsay menggemparkan dunia bila dirinya mengakui sedang mendalami Al-Quran yang mana katanya Al-Quran itu membuka pintu dan lembaran baru dalam hidupnya untuk mencari maksud kehidupan yang sebenar. Itulah yang dicari oleh dirinya sekarang.
|