CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2777|Reply: 50

[Tempatan] Malaysia tak akan jadi Sri Lanka pajak tanah pada China, kata Menteri Kewangan I

[Copy link]
Post time 13-1-2017 05:11 PM | Show all posts |Read mode
'Malaysia tak akan jadi Sri Lanka pajak tanah pada China'

http://www.malaysiakini.com/news/369165

Hari ini, 3:45 petang      Hari ini, 3:54 petang



Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani menafikan Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka yang terpaksa memajakkan hartanahnya untuk berhutang kepada China.

"Itu sri lanka, ini Malaysia," katanya ketika ditemui di satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang aktivis sosio ekonomi, Azlan Awang yang memberi amaran mengenai risiko Malaysia menghadapi masalah sama seperti Sri Lanka kerana berhutang kepada China.

Azlan yang juga timbalan pengerusi Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Bantah TPPA) berkata Malaysia perlu menanggung akibat jika projek mega berkaitan China gagal.

Beliau merujuk rusuhan berhampiran bandar pelabuhan Hambantota di selatan Sri Lanka, baru-baru ini kerana membantah perjanjian yang menyebabkan pelabuhan terbabit menjadi jajahan China.

Menerusi perjanjian, pelabuhan itu akan dipajak selama 99 tahun kepada sebuah syarikat, di mana China akan mempunyai 80 peratus pegangan.

“Bagi Malaysia, apa penaltinya jika kita gagal membayar hutang besar kita?” soal Azlan.

Beliau mendakwa pelaburan serta pinjaman “sembarangan dan melulu” Putrajaya akan menyebabkan “timbunan besar” hutang.

Menyangkal dakwaan itu, Johari berkata Malaysia hanya akan berurusan dengan syarikat korporat terkemuka dari China.
"Mana-mana syarikat yang nak berdagang dengan kita, dia mesti kena ada reputasi," katanya.

November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beliau berjaya mendapatkan RM143.6 bilion pelaburan langsung asing (FDI) semasa lawatan ke China.

China akan membiayai dan membina Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Pembangkang menentang perjanjian dengan China kerana bimbang Malaysia terperangkap dalam percaturan politik kuasa besar dunia itu di Laut China Selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru-baru ini Zimbabwe umumkan akan menggunakan mata wang Yuan selepas China berjanji akan hapuskan hutang mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat msia mmg lemau, bende cenggini masih boleh berjimba2 duduk dgn tenang relax2, rakyat sri lanka dah mengamuk2 atas jln, kalu diikutkan kite lg teruk dgn mcm2 projek dgn china drpd ecrl,bdr msia, iskandar johor bahru,pelabuhan kuantan melaka semua entiti berat belake,belom lg krisis laut china selatan.liability mmg dah tinggi tp rakyat msia seems redha sj kene jajah dgn china
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia lah negara dengan rakyat paling bodoh dan jahanam. Pemimpin buat macam macam masik rilek.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:49 PM | Show all posts
Wal..Hal replied at 13-1-2017 05:23 PM
Rakyat msia mmg lemau, bende cenggini masih boleh berjimba2 duduk dgn tenang relax2, rakyat sri lank ...

tenangla kot selagi tak mcm kat syria..kena bom sana sini...itu baru darurattt
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 05:52 PM | Show all posts
Edited by nour2001 at 13-1-2017 05:55 PM

Cakap dgn nada bongkak, itu Sri Lanka, ini Malaysia..mamat ni boleh predict ke apa yg akan jadi di masa depan.?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu memang camtu. Marah dua tiga hari pahtu senyap. "Xpela kat dunia ko menang jibby kat akhirat tunggula nasib ko" ayat tipikal orang melayu belum lawan dah redha tunggu pembalasan akhirat je. Tula Najib rilek jer. Ada aku kesah kekdahnye . I don't give a fuck  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 13-1-2017 05:16 PM
Baru-baru ini Zimbabwe umumkan akan menggunakan mata wang Yuan selepas China berjanji akan hapuskan  ...

sebenarnya lebih byk negara pakai yuan utk seimbangkan dominasi us dollar mmg suatu yg menggalakan.

negara2 eropah pun ingin lucutkan pengaruhan us dollar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 06:13 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 13-1-2017 05:16 PM
Baru-baru ini Zimbabwe umumkan akan menggunakan mata wang Yuan selepas China berjanji akan hapuskan  ...

tahniah lah untuk bangsa cina
cina tetap menang...

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wal..Hal replied at 13-1-2017 05:23 PM
Rakyat msia mmg lemau, bende cenggini masih boleh berjimba2 duduk dgn tenang relax2, rakyat sri lank ...

sebenarnya kita untung sgt dgn byk peaburan daei china. ia bukan saja bantu menstabilkan ekonomi malaysia, malah dpt juga menaikkan daya persaingan malaysia dan pengaruhan malaysia di antarabangsa.

singapore sgt risau dgn pelaburan dan pembinaan infra china di malaysia yg dikatakan bakal mengantikan kedudukan singapore di rantau ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:15 PM | Show all posts
lanun_darat replied at 13-1-2017 05:45 PM
Malaysia lah negara dengan rakyat paling bodoh dan jahanam. Pemimpin buat macam macam masik rilek.

cina DAP kominis pun dah rilek rilek je skrg
buat pa nak bising bising dengan cina....cina sama cina....cina ttap menang... melayu bolo

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:16 PM | Show all posts
actually sri lanka tu kan ke pergi buat airport dekat kawasan hutan hulu banat mana tah

ala ala pergi buat international airport dekat kawasan Jerantut Pahang yang berdekatan dengan Taman Negara... airlines mana yang nak pergi ... lama lama  jadi gajah putih la

sri lanka pergi buat satu airport besar dekat area taman negara mereka.... hatta sri lankan airlines pun tak dapat maintain route dekat airport tu... sebab takde income , maka tak dapat lah bayar hutang china ... lepas tu as a return, bagi la seaport mereka dekat china
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
saya tak suka najib dan bn, tapi saya sgt pandang positif terhadap perlaburan china dlm beberapa pembinaan mega infra di malaysia.

for long run, we can defeat singapore
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat aku tgok klau ckp over konfiden....jgn jd wak maslan no 2 sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 13-1-2017 06:13 PM
sebenarnya kita untung sgt dgn byk peaburan daei china. ia bukan saja bantu menstabilkan ekonomi m ...

Ko ni x abis2 ckp spork bimbang la takutla dgn kemajuan msia? Sejak jibby perintah pastu bwk china buat umah kt sini x nmpk pun duit kita makin kuat sebaliknya gdp spork yg makin naik. Jiran yg baik akn pastikan manfaat dikongsi sama2 la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sub5zero replied at 13-1-2017 06:32 PM
Ko ni x abis2 ckp spork bimbang la takutla dgn kemajuan msia? Sejak jibby perintah pastu bwk china ...

mmg singapore takut la.

u kena tengok gdp singapore sekarang menjunam wei..the worst in the history

ringgit mmg lemah. tapi utk long run, bila china dah bila 3 pelabuhan (penang, klang dan melaka) , dan railway utk logistik menyambung ke pantai timur, kepentingan pelabuhan singapore akan dpt impak yg sgt teruk. dan itulah salah satu income utama singapore tau?

singapore sekatang pun cuba keluar news yg negatif utk halang pelaburan china kat malaysia, whatever singapore yg takut, sebenarnya benefiting us

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 08:09 PM | Show all posts
masa lancarkan FGV dulu pun macam tu jugak. orang dah bangkang tapi nak buat jugak... banyak dia punya ' tak akan'
  cakap straight to the point la...orang lain tak ada dah yang sanggup melabur banyak banyak macam china, china pulak tak akan tak ada agenda lain kot..kita pulak nak duit untuk tutup lubang yang dah di gali ... selagi tak tutup selagi tu ekonomi kita tak akan pulih.. anggap la kita ni mangsa keadaan jer lah..

ayuh kominis, tunggu apa lagi, kami tak akan menyanyi lagu top carta anak ke kecil main api dah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 13-1-2017 08:09 PM
masa lancarkan FGV dulu pun macam tu jugak. orang dah bangkang tapi nak buat jugak... banyak dia pun ...

kita untung sebenarnya. china nak sekali gus kill singapore dan amerika.

malaysia pula dapat pembangunan ekonomi dan ada potensi ambil alih status singapore sbg entreport terpenting di rantau ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 13-1-2017 08:09 PM
masa lancarkan FGV dulu pun macam tu jugak. orang dah bangkang tapi nak buat jugak... banyak dia pun ...

China tahu kalau letak kem tentera waima kt pulau buatan 1 dunia blh nmpk dan mesti kena protes, so dia guna reverse pychology mna2 ngra yg mmg x mampu nk develop country tp kimakruk jg nk maju wpun xde duit maka dia akan guna kekdah ahlong, mula2 bg pinjam, esok x blh byr hntr bounser belasah.....same script kt sini, klau china rasa terancam khususnya dari us for sure ngra2 yg dia dh invest dia akn letak armada perang dgn alasan nk protect reta pelaburan dia. At d same time dia dpt 2 manfaat 1 untung billion2 yg ke2 x pyh susah2 buat pulau buatan nk ltk kem tentera
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sub5zero replied at 13-1-2017 09:19 PM
China tahu kalau letak kem tentera waima kt pulau buatan 1 dunia blh nmpk dan mesti kena protes, s ...

jgn lupa singapore kasi amerika masuk port dia bila2 masa juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074206 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list