CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3708|Reply: 22

Sos Cili Berulat, OldTown Tampil Dengan Beberapa Langkah Yang Diambil

[Copy link]
Post time 13-1-2017 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Susulan dakwaan rangkaian kopitiam popular iaitu Old Town White Coffee di Nilai, Negeri Sembilan menghidangkan sos cili mengandungi ulat kepada pelanggannya, pihak Old Town telah tampil memberikan kenyataannya.


Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, pihak OldTown White Coffee Malaysia  berkata beberapa langkah yang sewajarnya telah diambil termasuk siasatan segera dijalankan.


Sumber foto: Facebook OldTown White Coffee Malaysia



Antaranya kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam usaha penilaian tahap kebersihan terhadap cawangan tersebut dan tindakan susulan turut diadakan pada 11 Januari.


Hasilnya Jabatan Kesihatan mendapati tahap kebersihan cawangan berkenaan telah mencapai piawaian yang ditetapkan dan dibenarkan beroperasi seperti sedia kala.


Selain itu, pihak OldTown dalam kenyataan tersebut turut mengesahkan setakat ini apa yang berlaku itu adalah isu terpencil dan memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kualiti makanan, keselamatan dan kebersihan sentiasa menjadi keutamaan mereka.


Sebelum itu, sebuah video berdurasi satu setengah minit, dipos pada halaman Facebook “We Are Malaysian India”, menunjukkan beberapa ekor ulat di dalam piring sos cili. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 06:13 PM | Show all posts
gambar pls
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sos cili berulat? Yucks
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:32 PM | Show all posts
Sambal lama le tu mau tak berulat ... euww
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa ramai dah agaknya mereka yang dah terlanjur melantak sos berulat nih?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 07:53 PM | Show all posts
Yang ini sos cili berulat pula? Tadi berita roti berulat. Lepastu berita air chocolate ada lipas. Then, dalam KFC ada metal.

Nak selamat masaklah sendiri di rumah. Minumlah air yang dibancuh sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2017 07:55 PM | Show all posts
ulat putih yg kecik2 tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:00 PM | Show all posts
aku bukan hidangannn.. kata ulat itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak ulat tu dr telur lalat

Btw dgr brita psl lipas dlm ai tu kat OT gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:17 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 13-1-2017 10:43 AM
Bapa ramai dah agaknya mereka yang dah terlanjur melantak sos berulat nih?

order masak banyak banyak nak jimat kos dan masa katanya. so mana yang sejuk sejuk tu
panaskan balik. so far kedai mamak buat bende sama tapi tak kantoi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:20 PM | Show all posts
putehkundor replied at 13-1-2017 11:55 AM
ulat putih yg kecik2 tu ke?

yup. kalau biasa dedahkan ayam atau daging mmg akan ada putih putih small kat situ.
kekadang banyak kekadang 1 kat situ. ada orang jumpamkes gini dia buang mana yang ada telur tu
pastu dia makaj mana part yang bersih tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:27 PM | Show all posts
gigahertz replied at 13-1-2017 08:20 PM
yup. kalau biasa dedahkan ayam atau daging mmg akan ada putih putih small kat situ.
kekadang bany ...

ulat dr berengga tu kan?
paling dia suka hinggap kat ayam goreng. esp tempat yg tersorok sikit mcm tulang rusuk.
kalau dibiar lama2 dia jadi ulat yg putih tu


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 13-1-2017 12:17 PM
order masak banyak banyak nak jimat kos dan masa katanya. so mana yang sejuk sejuk tu
panaskan b ...

Serbuk teh pon mamak recycle u know. Semua nak direcycle nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:46 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 13-1-2017 12:31 PM
Serbuk teh pon mamak recycle u know. Semua nak direcycle nya

pernah tak kita terfikir. straw yang kita gunakan selepas kita slurp slup kat kedai mamak tu adakah straw baru
atau straw yang dia basuh guna balik?

atau palign zalim straw atas lantai dia kutip basuh bagi kita slurp slurp??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 08:50 PM | Show all posts
putehkundor replied at 13-1-2017 12:27 PM
ulat dr berengga tu kan?
paling dia suka hinggap kat ayam goreng. esp tempat yg tersorok sikit mc ...

ya kot. tapi untuk keselamatan aku akan buang ayam ayam dijangkiti tu. aku tak nak risiko bende tu masuk dalam perut.
biasanya kawasan kawasan kedai makan tepi jalan tepi longkang penjaja penjaja mesti ada isu lalat ni.
kalau gerai makanan tu jenis mmg masak kat situ cth ayam goreng. maka kes lalat berak mmg kurang.
tapi kalau mmg jenis siap siap dari rumah dah goreng. tinggal nak hidang. ini kes lalat beraka sangatlah champion.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dia sebelum jd ulat akan jadi tompok2 putih/kuning dulu...klau perati betul2 mcm kecik2 gitu...mcm baru nk jadi.. tp klu lmbat mmg mmbiak dgn jayanya la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 10:00 PM | Show all posts
semalam gi oldtown siap tenung segala air sambal..
takde gerak-gerak baru santap dengan bergaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 10:13 PM | Show all posts
Sos cili berulat ler pulak... Mcm- mcm kes sekarang ni dlm bab makanan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sos ada ulat?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Franchise di Malaysia mesti dan harus macam ni kan. Kluang kopitiam tu hidang pelanggan dengan mangkuk dah pecah sikit kat atas pun boleh : Kang tak sapot kata tak patriotik (ada plak kecam aku sebab old town ahli dap punyer )
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.268371 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list