CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9122|Reply: 71

[Tempatan] Muka melecur, wanita pitam dalam kuali.

[Copy link]
Post time 15-1-2017 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-1-2017 04:56 PM

%5BIMG%5D%5B/IMG%5D

KEMAMAN - Seorang pembantu kedai menanggung derita berganda kerana bukan sahaja nyaris buta malah wajahnya melecur 100 peratus selepas tersembam ke dalam minyak panas ketika sedang menggoreng kuih

Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 8 pagi, 7 Januari lalu semasa mangsa, Che Hasnor Marlia Che Mat, 22, sedang bekerja di sebuah kedai makan di Yellow Town, Chukai

Abang mangsa, Che Affendi Che Mat, 29, berkata, insiden ngeri itu berlaku kerana adiknya itu secara tiba-tiba pitam ketika sedang menggoreng

"Kebetulan pemilik kedai masa tu ada sebelah adik, jadi dia segera tarik adik dari kuali panas sebelum dia sapukan susu pekat dan tepung gandum untuk elak kesan melecur lebih teruk

"Saya yang segera bergegas ke Hospital Kemaman selepas dihubungi adik pada jam 8.50 pagi hanya mampu kesat air mata bila tengok keadaan wajahnya yang terpaksa ditutup kain basah," katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di kediamannya di Kampung Bukit Teruna, Kijal

Che Affendi yang juga pemandu lori tangki Kemaman Bitumen Company (KBC) berkata, berikutan kecederaan pada wajah yang serius adiknya itu kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari pada hari yang sama

Lebih memilukan, bapa kepada tiga anak itu berkata, kejadian itu menimpa adiknya pada tarikh yang sama ibu mereka meninggal dunia pada lima tahun lalu

Akibat tragedi hitam itu sebahagian telinga sebelah kiri Che Hasnor Marlia yang merupakan anak bongsu dari lima beradik turut melecur dan minyak panas turut memasuki mata kanan mangsa

Kata Che Affendi, sehingga kini adiknya masih ditahan di wad dan dijaga bapa mereka, Che Mat Musa, 49, yang juga pengawal keselamatan di KBC

"Sampai sekarang emosi adik masih belum stabil dan lebih dikesalkan kerana gambar adik yang melecur diviralkan dalam media sosial

"Saya harap ia tidak terus disebarkan. Kasihanilah adik saya yang sedang kumpul kekuatan untuk hadapi ujian berat ni," katanya lagi

http://www.sinarharian.com.my/semasa...kuali-1.611746

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 12:52 AM | Show all posts
gambar mana gambar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2017 12:57 AM | Show all posts

Kesihan pula tengok gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak ni
Comeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:00 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:01 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-1-2017 12:57 AM
Kesihan pula tengok gambar tu.

memang kesian. dah la akan bagi kesan permanent dalam hidup dia lepas ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2017 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat semangat ye dik. Jangan sedih sedih ya. Sis doa untuk adik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:16 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Beratnya dugaan adik ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
allahuakbar..kesian nya, semoga tabah dik..dah la cantik
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya dengar.
Muka dah lah comel cantik...
Mesti banyak sgt buat kerja..sbb tu pitam...
Rajin.. cantik.. tp dah nasib mcm ni...
Semiga adik redha dan tabah hadapi cabaran hidup ni... smoga ada org kaya tolongbagi sumbangan plastic surgery tuk adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dugaan. ai nak menggoreng benda yg meletup2 dlm kuali pun takut, inikan tersembam dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah..kesiannye la adik ni..dah la comel..harap dia kuat tuk lalui masa depan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 15-1-2017 03:19 AM

Ya awloh kesiannya betapa susah mencari sesuap nasi..... semoga tabah, diberkati awloh segala usaha murni dan cepat sembuh kak .... dan semoga dimurahkan rezeki ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada pihak yg sudi menampung rawatan adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 05:53 AM | Show all posts
Harap sangat Dato vida boleh supply her dgn mcm mcm product. Manalah tau dgn izin Yang Esa muka dia kembali pulih dpt jugak Dato Vida promote barang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lah tok telajak laris ke ku puteh ke sponsor plastik surgery adik ni...
Pastu lantik jd duta
Budak yg kena toreh muka tu dpt jadi duta dianz kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak buat plastik surgery
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapu susu pekat dan tepung gandum? Allah..

Rasanya tu bukan tindakan tepat kan.. ? Rasanya kalau x letak apa2 dan terus bawa ke spital lebih baik..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Kesiannya lahai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk elak kesan melecur lebih teruk doctor ckp jirus je dgn air. Penah baca komik 3 dara pingitan si esah tu sapu putih telur kat adik dia lepas kuali minyak panas tergolek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.081350 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list