CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Muka melecur, wanita pitam dalam kuali.

[Copy link]
Post time 15-1-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-1-2017 02:56 PM
Jirus air je.. mcm kita jirus/rendam masakan bila kita nk stop kn proses memasak tu nk biar haba k ...

Tq .. Seksa nya membayangkan kesakitan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pitam tu sebab tekanan darah rendah atau anemia.

Iols penah pitam masa dalam kawad. Tgh dgr komander membebel apa tah.lama nau.

Pitam tumbang ke blakang. Iols org depan. Bleh plak org blakang tu mngelak masa iols tumbang. Bukan nak sambut. Abis lebam blkg kpala.
Semoga cepat sembuh dik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2017 11:31 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2017 03:41 PM
Decaffeinated replied at 15-1-2017 10:01 AM
Nak tanya TT, masuk forum tak kira viral ka?...

Sebenarnya memang saya ada rasa bersalah. Tapi sebenarnya gambar tu adalah dari sinarharianonline. Dalam news di bawah ni dia tiada menyatakan rasa lesal kerana gambar menjadi viral tetapi di kesal kerana ada pihak megatakan adik dia akan menjadi buta di laman sosial.



Che Hasnor Marlia Che Mat, yang melecur teruk di muka, mata dan telinga, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. ― Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 15 Jan ― “Adik saya tidak buta. Tolong jaga perasaan, hormat dan berikan dia semangat untuk pulih,” luah Che Affendi Che Mat, abang kepada gadis yang melecur muka ketika menggoreng kuih seminggu lalu.
Che Affendi, 29, dari Kampung Bukit Teruna, Kijal berkata beliau juga kesal dengan kenyataan sesetengah pihak yang menularkan di laman sosial pelbagai andaian terhadap keadaan adiknya itu Che Hasnor Marlia Che Mat, 22.
“Tolong, hentikan tular serta komen negatif,” kata beliau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi 7 Jan lalu, Che Hasnor Marlia yang bekerja di sebuah kedai makan di Chukai, Kemaman dikatakan sedang menggoreng kuih sebelum tiba-tiba pengsan dan mukanya tersembam ke minyak panas dalam kuali.
“Kami sekeluarga kesal bila ada sesetengah pihak yang reka cerita di laman sosial mengenai adik saya... ada cakap adik akan buta,” katanya.

Che Affendi berkata nahas itu berlaku pada tarikh yang sama pemergian ibu mereka Hasni Ibrahim lima tahun lalu.
“Kami sekeluarga kesal bila ada sesetengah pihak yang reka cerita di laman sosial mengenai adik saya... ada cakap adik akan buta sebab mata turut cedera.

“Sebenarnya doktor cakap adik bernasib baik kerana matanya tidak terkena minyak panas... tetapi hanya sebahagian mukanya yang lain melecur, dan saya sendiri pun tak pernah cakap adik saya mungkin buta.

“Saya mohon semua pihak jangan buat andaian yang bukan-bukan mengenai adik saya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Che Affendi, adiknya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah kini dilaporkan stabil. Dia turut menjalani pembedahan kecil hari ini.
“Sekarang ini alhamdulillah, adik makin stabil dan sudah mula boleh bercakap walaupun perlahan sebab luka di bahagian bibirnya belum sembuh sepenuhnya tapi dari hari ke hari dia semakin menunjukkan reaksi positif.
“Hari ini dia menjalani pembedahan kecil di bahagian mukanya dan dia kini masih dirawat,” katanya yang redha dengan kejadian tersebut.

Che Affendi berkata adiknya kini memerlukan semangat dan sokongan untuk terus kuat menghadapi nasib yang menimpanya.
“Pada awalnya ada juga dia menangis-nangis bila saudara datang melawat untuk bertanya khabar... tapi adik ada cakap yang dia kena kuat untuk lalui keadaan ini,” kata beliau. ― Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.u8iwIyef.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 11:52 PM | Show all posts
gws adek..

parut jerawat sebijik pun orang sebokkan

inikan pula parut minyak panas kat muka pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:27 AM | Show all posts
allahu rabbi kesiannya

pitam - waktu pagi ye

nape ye pitam , tak makan ke hypo?
alaa kesiannya...

kalau case lecuran muka denga minyak nak bubuh air atau lalukan air macam mane ye?

jgn bubuh bhn lain macam tepung ke ape, that is bad
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Petua org tua2 kalau kena panas/api cepat2 baca selawat nabi ibrahim..insyaallah tk teruk kesannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 09:46 AM | Show all posts
siannya adik ni.. cantik sgt dia

smoga tabah dgn dugaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 09:51 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh dik n dimudahkan urusan..hope adik kuat hadapi cabaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 09:56 AM | Show all posts
semoga adik cepat sembuh...Aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:24 AM | Show all posts
mata kedua2nya buta...kesiannya dek,semoga tabah ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:54 AM | Show all posts
Ya Allah kesiannya..
smoga dia tabah hadapi ujian yg berat ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:04 AM | Show all posts
Allahu, comel cantik budaknye. Mudah-mudahan ade insan yang sudi beri pertolongan utk jadikan testimoni product make up mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061789 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list