|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614. |
Muhammad Zulfazdly yang parah hanya mampu memerhatikan mayat teman wanitanya.
Kuala Pilah: Seorang lelaki meratapi kesedihan sebaik teman wanitanya maut apabila motosikal ditunggangi dirempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Dangi-Bahau, berhampiran Jelai, di sini, kelmarin.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang, Ida Rahayu Amran, 22, meninggal dunia dalam keadaan terduduk dan sujud atas jalan sebaik tercampak daripada motosikal.
Teman lelakinya, Muhammad Zulfazdly Burhan, 22, parah di muka, kaki dan tangan namun masih sedarkan diri.
“Menyedari teman wanitanya meninggal dunia, lelaki itu sekadar memerhatikan dan meratapi mayat Ida Rahayu,” katanya.
Saksi kejadian, mahu dikenali sebagai Iskandar, 32, berkata, motosikal SYM ditunggangi pasangan itu dari arah Dangi ke Bahau, dekat sini.
Katanya, sewaktu motosikal bergerak lurus, sebuah lori dari arah bertentangan membelok ke kanan jalan untuk memasuki sebuah kilang simen.
“Pemandunya tidak menyedari kehadiran motosikal terbabit dan merempuhnya. Pemboncengnya tercampak daripada kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Iskandar berkata, sebelum kejadian dia memerhatikan pemandu meletak lori di tepi jalan untuk ke sebuah premis berhampiran lokasi kemalangan.
“Sebaik selesai urusan, lori itu terus membelok ke kanan tanpa memerhatikan keadaan di laluan bertentangan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
http://www.hmetro.com.my/node/197407
|
|