View: 7182|Reply: 92
|
[Tempatan]
Tular : Burger paling pedas di Malaysia guna cili Carolina Reaper, Bhut Jolokia
[Copy link]
|
|
Penggunaan cili sebagai bahan masakan di negara ini bukanlah satu senario yang asing. Malah, ada dalam kalangan peminat makanan tempatan yang berasa bagaikan tidak kena dengan hidangan mereka sekiranya ia tidak pedas.
Jika anda merupakan seorang peminat makanan pedas, anda perlu berkunjung ke Restoran Salt & Pepper di Bangi, Selangor yang menawarkan menu burger yang mendapat jolokan burger paling pedas di Malaysia.
Menurut pemilik restoran itu, Akmal Azid, burger yang dinamakan sebagai Explosive Inner Core Burger itu dihasil menggunakan dua jenis cili yang diakui paling pedas di dunia iaitu Carolina Reaper dan Bhut Jolokia.
Carolina Reaper merupakan cili yang berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat manakala Bhut Jolokia pula dari Assam, India.
Katanya, burger yang menjadi menu paling laris di restoran itu dihasil menggunakan resipi mereka sendiri bagi memastikan ia bersifat eksklusif di restoran yang beroperasi sejak Mac tahun lalu tersebut.
“Kita sedia maklum bahawa rakyat di negara ini menggemari masakan yang pedas. Jadi, mereka yang mahukan cabaran boleh mengunjungi restoran ini untuk mencuba menu itu.
“Seiring dengan populariti burger itu, kami turut mengadakan cabaran kepada para pelanggan iaitu menghabiskan Explosive Inner Core Burger yang berharga RM15.90 dalam tempoh seminit.
“Sekiranya berjaya, mereka akan diberikan baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan untuk menikmati hidangan di Restoran Salt & Pepper,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Akmal berkata, sehingga ke hari ini, masih belum ada pelanggan yang berjaya mengharungi cabaran itu dan waktu terpantas dicatat untuk menghabiskan burger tersebut adalah satu minit 48 saat.
Menurutnya, selain Explosive Inner Core Burger, restoran itu juga menawarkan beberapa lagi pilihan burger seperti burger ketam, burger daging OG klasik dan burger keju supreme molten.
Masakan gril
Dalam pada itu, Akmal berkata, restoran tersebut juga popular dengan masakan Barat dan Itali. Menu popular dalam kalangan pelanggan ialah spageti aglio olio, spageti bolognese dan spageti carbonara daging.
“Selain itu, pelanggan turut menggemari masakan gril kami, dengan menu popular terdiri daripada kambing gril, ayam gril dan salmon gril.
“Bagi minuman pula, kami menawarkan seleksi smoothie daripada pelbagai perisa seperti mangga, strawberi, coklat dan hazelnut.
“Minuman moktel yang kami jual juga cukup digemari pelanggan wanita, dengan perisa yang sering dipesan mereka ialah lemon biru, epal hijau dan tembikai,” katanya.
Sementara itu, Akmal memberitahu, Restoran Salt & Pepper yang boleh memuatkan sehingga 50 orang pelanggan pada satu-satu masa itu menggunakan konsep murah dan berkualiti, sekali gus menawarkan harga mampu milik bagi setiap menu yang ditawarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mau mencirit tembak aku lepas makan burger tuh |
|
|
|
|
|
|
|
mau kluar buasir lps makan ni bak ang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini ke restoran yang dia siap sediakan sarung tangan sebab tak mahu bagi cili tu kena direct kat tangan kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, best ni. Aku suka pedas. |
|
|
|
|
|
|
|
habiskan makanan pedas dlm masa singkat, dah mcm man vs food dah |
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca artikel buasir tak ada kaitan dgn makan cili |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana..cam nk try..tp xnk la beger pedas tu..cirit plak nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Crettt .. crettt |
|
|
|
|
|
|
|
Marketing news. Dan jangan lupa sediakan tandas yang terbaik di premis kau tu. |
|
|
|
|
|
|
|
wajevo replied at 17-1-2017 12:20 PM
Wow, best ni. Aku suka pedas.
Jangan bongkak sgt sis. Yang tahan makan cili api belum tentu tahan makan bhut jolokia. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 17-1-2017 12:40 PM
Jangan bongkak sgt sis. Yang tahan makan cili api belum tentu tahan makan bhut jolokia.
Aku ada NADA bongkak ke?
Sori ye if I offended you. |
|
|
|
|
|
|
|
Harus i suggest colleague i yang suka makan pedas2 try burger ni. Kalau i memang mintak maaflah nak try |
|
|
|
|
|
|
|
adakah lebih pedas dari masak lomak cili padi..klu lebih pedas sorry la xnk |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun depan keluarlah buasir mkn burger ni |
|
|
|
|
|
|
|
Uish.. tak kena appendic ke makan podeh2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
wajevo replied at 17-1-2017 12:41 PM
Aku ada NADA bongkak ke?
Sori ye if I offended you.
Ish sis ni. Jangan lurus sangat boleh dak? |
|
|
|
|
|
|
|
pecah usus weyh mkn pedas ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|