CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3364|Reply: 22

Ramai x tahu Malaysia ada muzium coklat

[Copy link]
Post time 17-1-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ramai Tak Tahu Malaysia Mempunyai Sebuah Muzium Coklat Yang Cukup Cantik, Jual 300 Jenis Coklat Dengan Harga Cukup Murah


Kongsikan di
  


Sebelum ini pasti kita pernah mendengar akan kehebatan Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman di mana sudah pasti ramai penggemar coklat ingin ke sana.

Namun, rupanya di Malaysia sendiri rupanya terhadapat sebuah muzium coklat yang cukup moden dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar-penggemar coklat yang sudah pasti membuat anda rambang mata.

Bayangkan ketika melangkah masuk ke muzium ini sudah terhidu aroma coklat yang segar pastinya ada yang terliur dan terbayang akan kelazatannya yang membuatkan ia merupakan salah satu lokasi yang wajib kunjung bagi anda yang mengemari coklat.



Ini kerana Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara yang merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.

Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.



Tahukah anda bahawa coklat sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di dalam hutan di selatan Telok Mexico sekitar tahun 600 sebelum masihi.

Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.



Itu hanya sedikit info yang boleh di dapati dari beribu-ribu info lain tentang coklat yang kita boleh dapati di Muzium coklat Kota Damansara ini di mana untuk masuk ke dalamnya adalah percuma, dibuka dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

Apa yang perlu dibanggakan ialah cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holding Sdn Bhd, Dato’ Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, muzium coklat Kota Damansara telah menawarkan hampir 130 coklat berjenama serta produk minyak wangi import pada harga yang rendah iaitu diskaun sehingga 50% bagi coklat dan minyak wangi berjenama tempatan dan import pada 20, 21 dan 22 Januari 2017 ini.



Jualan murah ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang di mana sudah tentu ada boleh dapatkan coklat dan minyak wangi premium idaman yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

Kalau bukan pada Musim perayaan pun, mereka tetap menjual coklat dengan harga murah daripada harga pasaran di luar, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.


Latar belakang Muzium

Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.



Muzium coklat berkonsepkan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable Shooping, sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk keluaran negara luar.
Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar.



Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.



Muzium ini sudah cukup sinomim kepada pelawat-pelawat berkumpulan sebenarnya. Saban hari ada sahaja pelawat berkumpulan daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Sudah tentu lawatan berkumpulan akan diringi oleh Chef Coklat sendiri. Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum: http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm

Alamat Chocolate Museum:

No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor

No Tel: 03-74904260 Faks: 03-61408825

Laman Web: Chocolate Museum WEB
Laman Facebook: Chocolate Museum FB
Laman Instagram: Chocolate Museum Insta


http://www.siakapkeli.my/2017/01 ... -mempunyai.html?m=1

Jom gi lawat  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
xtau pun nk gi la nti
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tau pun tgk rcgn amenda ntah.program dr singapore xsilap iols
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wowww menarik
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:15 PM | Show all posts
kecik jer muzium nye...nak bli daim tak yah gi langkawi kat sini pun ada.
muzium ni dekat ngan Up Town Kota Dame..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:37 PM | Show all posts
wow.. sebagagai peminat muzium.. xpena taw pon.. tq tt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 04:38 PM | Show all posts
ye dekat dengan rumah aku je, tp aku pun x koser nak pi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:58 PM | Show all posts
Ada je diwar2kan masa mula2 beroperasi tapi tak da follow up senyap je sebab tu ramai yang masih tak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 05:05 PM | Show all posts
Sedapnyaaaa chocolates.!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 06:45 PM | Show all posts
mak replied at 17-1-2017 03:15 PM
kecik jer muzium nye...nak bli daim tak yah gi langkawi kat sini pun ada.
muzium ni dekat ngan Up T ...

dari segi harga camne plak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 17-1-2017 06:45 PM
dari segi harga camne plak?

Dah pergi tahun lepas...harga mahai jugak la..maybe sbb coklat import...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:50 AM | Show all posts
Harga lebih kurang Langkawi. Ni nak CNY ni ada sales kot boleh dapat murah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 10:54 AM | Show all posts

wowww menarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:05 AM | Show all posts
tgh buat sales pun sempena chinese new year sampai 22/1...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:17 PM | Show all posts
pegi dulu masa mula2 dia bukak...
kata muzium tpi alahai... lebih kepada pameran jer...
dia buat duit kat jualan chocolate tu.. mahal jugak coklatnya..

skrg x taula kot2 dorg dah upgrade tempat tu.. dulu katanya nak extend buat cafe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 05:12 PM | Show all posts
Edited by mehmet at 18-1-2017 05:13 PM

Pasal chocolate ini, ada ter lalu belakang Wisma Technip Jalan tun Razak. Ada rumah dibuat chocolate factory ke apa. Berjujuk tourists bus beratur.
Anyone ever been there?  Baru tahu kewujudan nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 18-1-2017 05:12 PM
Pasal chocolate ini, ada ter lalu belakang Wisma Technip Jalan tun Razak. Ada rumah dibuat chocolate ...

dah lama sgt dah wujud tempattu..since aku keje rhb tunrazak 7-8tahun lepas.. tp lalu aje la tak penah masuk..lunch kat haven area situ jugak. tak silap ternampak signboard coklat jenama beryls kot. sebab beryls dulu byk buat sales kat lobi rhb. murah? yes. mmg murah. sekarang wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 06:36 PM | Show all posts
malukokram replied at 18-1-2017 06:32 PM
dah lama sgt dah wujud tempattu..since aku keje rhb tunrazak 7-8tahun lepas.. tp lalu aje la tak p ...

Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tau tapi tak pernah pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:43 AM | Show all posts

murah sket dari langkawi...akak pegi pun 3 tahun lepas dik..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.088397 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list