CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4129|Reply: 68

[Tempatan] Lebih banyak aset2 FELDA akan dijual kumpul dana

[Copy link]
Post time 17-1-2017 06:48 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bakal meneliti kemungkinan menjual aset luar negara yang tidak menjana keuntungan bersesuaian dengan pasaran. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata langkah itu perlu diambil untuk mengimbangi aliran kewangan FELDA dan beberapa anak syarikat lembaga berkenaan yang sebelum ini dilaporkan mengalami siri kerugian. "Semua aset di luar negara akan diteliti semula dan kita akan jual jika taksiran menunjukkan ia tidak mampu menjana keuntungan seperti diharapkan, sekali gus memberi bebanan kewangan tambahan kepada FELDA. "Setakat ini, kita sudah putuskan untuk menjual aset hotel FELDA di London kerana nilainya mengalami penyusutan mendadak," katanya pada sidang media khas di Menara FELDA, di sini, sebentar tadi.

Shahrir berkata, pencairan aset hotel di London itu dijangka menjana pulangan antara RM500 juta hingga RM1 bilion, manakala penjualan pegangan saham FELDA di Maybank mampu meraih RM280 juta. Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa penjualan pegangan saham Maybank itu adalah untuk menampung pembiayaan dalam membeli 37 peratus ekuiti firma Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP). "Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP. "Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan FELDA dan anak syarikat," katanya. Shahrir berkata, penjajaran semula kepemimpinan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan ditentukan menerusi perbincangan lembaga pengarah selewat-lewatnya minggu depan. Beliau berkata, hala tuju Felda Global Ventures (FGV) pula akan dinilai semula secepat mungkin dan proses berkenaan dijangka mengambil tempoh antara enam hingga lapan bulan. "FGV ada fokus tersendiri, manakala FELDA akan memberi tumpuan kepada menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
felda lah tnb lah sg besi lah... takut DAP tapi jilat bontot PRC ...atas nama FDI...facepalm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual aset untuk biaya belanja mengurus?

Wow..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 07:23 PM | Show all posts
Wow. Macam mana ye kita yang rakyat marhaein ni nak beli saham Maybank nih?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 07:25 PM | Show all posts
lelong harta isa samad anak beranak tu, duit agihkan kat warga felda ... lelong isa samad sekali , kalau laku lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
padan gitu jelah puak2 gagal total ni
selalu buat keputusan yg salah dlm pentadbiran
pastu bila rugi mulalah gadai assets yg ada & dlm kebanyakkan kes, jual dgn harga yg jauh lebih murah dr harga beli
pastu esok bila dah takde apa lagi yg tinggal, terpaksalah jual FELDA bersekali dgn peneroka ke cina komunis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jual aset...pastu umum keuntungan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi punye gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2017 12:15 AM | Show all posts
Shahrir akui ketirisan dalam Felda

Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui berlaku ketirisan dalam badan itu, termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Katanya, Jawatankuasa Kira-kira (PAC) turut mengatakan perkara itu menyebabkan pihaknya perlu mencari sumber kewangan bagi menampung kerugian tersebut.

“Memang Felda banyak ketirisannya, laporan PAC dah berlaku ketirisan dan projek-projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian dan itu ketirisan…

“Yang masanya adalah ketika ini yang kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang telah berlaku.

“Saya tak nafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan yang tak menguntungkan.

“Jadi kesannya kepada kewangan kita, sebab itu kita jual saham Maybank,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda.

Hari ini Shahril mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletakkan jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.

FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.

Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan besar-besarannya.

Peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.

Sementara itu Shahril menafikan dakwaan bahawa penjualan pegangan saham Maybank adalah untuk menampung pembiayaan untuk membeli 37 peratus ekuiti firma Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP).

"Ia hanya spekulasi. Kita tidak akan gunakan duit daripada penjualan saham Maybank untuk menyokong pembelian EHP.

"Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan yang menjana manfaat peneroka, selain mengimbangi aliran kewangan Felda dan anak syarikat," katanya.

Beliau ketika ditanya mengenai hala tuju Felda Global Ventures (FGV) pula berkata, anak syarikatnya itu akan dinilai semula secepat mungkin dan proses berkenaan dijangka mengambil tempoh antara enam hingga lapan bulan.

"FGV ada fokus tersendiri, manakala Felda akan memberi tumpuan kepada menjaga hal ehwal peneroka, selain menguruskan aset dan pelaburan di dalam serta luar negara," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 01:43 AM | Show all posts
insulin replied at 17-1-2017 02:23 PM
Wow. Macam mana ye kita yang rakyat marhaein ni nak beli saham Maybank nih?

Buka CDS account kat memana broker saham. Paling senang kat maybank atau cimb. Try belek2 m2u.
Then dah letak duit dalam akaun saham tu nanti belilah kaunter saham maybank.


Tapi sebelum tu, paling penting belajar dulu selok belok trading saham. Kat online pun melambak je ilmu main saham ni.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mintak China finance felda le tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
...bayangkan, world largest palm oil plantation terpaksa gadai aset .... benar2 tongong

Tapi Ni semua sebahagian dari Marukuekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 18-1-2017 01:52 AM
Nak mintak China finance felda le tu

... bila Pelda jual kat China nanti, gerenti depa buat turnaround ladang sawit terbesar dunia dan jadikan ladang babi terbesar dunia pulak, lagi cepat untong, sekor babi boleh beranak 20, dan tak perlu tunggu 5 tahun macam sawit ...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Meniaga aktiviti bukan perladangan pun boleh tak untung...? Ni kategori bodoh meniaga ke apa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas TS Shahrir ni dah pacu Felda ke puncak kegemilangan nanti, boleh laa bawak masuk Jamal lak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
JV dgn China dpt la bela babi nanti
Lumayan ooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 08:03 AM | Show all posts

jangan hina babi
babi x rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:08 AM | Show all posts
kelana36 replied at 17-1-2017 07:25 PM
lelong harta isa samad anak beranak tu, duit agihkan kat warga felda ... lelong isa samad sekali , k ...

nak buat apa dh tua, lainla blh wat tukun tiruan..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:09 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-1-2017 02:50 AM
Meniaga aktiviti bukan perladangan pun boleh tak untung...? Ni kategori bodoh meniaga ke apa ni.

bukan bodoh berniaga, terlebih pandai songlap duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
yang membuat Felda rugi apa cite.. goyang telo.. goyang kali je la ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076409 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list