CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 9

[Tempatan] PAC siasat projek bekalan air RM100 juta kampung miskin, sekolah di Pulau Gaya,

[Copy link]
Post time 17-1-2017 06:57 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah.

Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.

“PAC pergi ke KK (Kota Kinabalu) untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.

“Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,” katanya kepada FMT hari ini.

Dr Tan berkata, peruntukan itu diberikan pada 26 Disember 2011 dan projek itu sepatutnya siap menjelang September 2015.

Katanya, PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.

Semalam, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, adalah penting untuk PAC turun padang dan memeriksa sendiri kemajuan projek bagi mengesan jika timbul sebarang masalah.

Katanya, adalah penting untuk PAC mengaudit projek dan jabatan kerajaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan ketua audit negara supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka.

Dr Tan berkata, ahli PAC hanya meninjau projek yang berkemungkinan besar membabitkan penyalahgunaan dana.

“Kami sudah mengadakan kunjungan ke tapak projek. Tetapi, kita tidak boleh meninjau semua projek kerana ada banyak kes yang secara keseluruhannya bernilai berjuta-juta. Kes selebihnya kita akan panggil mereka ketika mesyuarat PAC.

“Ia adalah mustahil untuk melawat tapak projek sepanjang masa kerana ada banyak projek,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lain mcm je dok attack kklw nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape menteri KKLW? Sabri bapak Dafie ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
card_reader replied at 17-1-2017 08:13 PM
lain mcm je dok attack kklw nie.....

segala mala projek masa sapie bedal jd menterinya habis kena scrutinized
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak siasat ke woi. Bagi 2011 patut suap 2015. Patut 2016 dah turun pdg tgok. Tpi aku saspek ujong2 dibebaskan atau no kes. Mudah sgat dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:16 PM | Show all posts
Katanya, adalah penting untuk PAC mengaudit projek dan jabatan kerajaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan ketua audit negara supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka.


Tiap-tiap tahun ada ketirisan. Dah jadi acara tahunan.
Kat celah mana 'supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka' pun tak tau laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 10:21 PM | Show all posts
ini ilusi delusional semata2 x wujud pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri yg 'makan' rakyat miskin harus dibasmikan dgn serta merta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau gaya banyak orang tempatan ka atau dari seberang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:20 AM | Show all posts
aiyakkk...NFA jah nanti....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.532288 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list