CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4694|Reply: 17

Anak Gadis Hilang Dijumpai Semula Di Kawasan Kubur Lama Selepas Laungan Azan

[Copy link]
Post time 18-1-2017 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 27-2-2017 12:26 PM

Nak tanya, kes ni normal ke paranormal ek?



Seorang ibu melahirkan rasa syukur apabila anaknya yang hilang selama enam jam ditemui selamat meski pun kehilangannya penuh misteri.


Difahamkan anak gadisnya itu berjalan dalam keadaan separa sedar ke tanah perkuburan di belakang rumahnya di Kampung Kutan Hilir.


Wan Masitah Wan Ismail, 14, dari sebuah sekolah agama di daerah ini ditemui oleh ayahnya, Wan Ismail Wan Ahmad, 58, pada jam 8.30 pagi selepas melaungkan azan di kawasan tanah perkuburan lama itu.


Ibunya, Mastura Abdullah, 51, berkata, selepas dilaungkan azan suaminya ternampak kelibat anaknya berdiri di bawah rimbunan pokok buluh di tepi tanah perkuburan itu yang dikelilingi semak.


“Dia terus pegang Wan Masitah untuk dibawa pulang ke rumah, ketika dalam perjalanan pulang anak saya itu pengsan kerana keletihan.


“Tetapi alhamdullilah dia dah beransur pulih sekarang ini,” katanya.


Menurutnya, dia menyedari Wan Masitah hilang pada jam 2.30 pagi apabila salah seorang anaknya, Norazlin, 22 mendengar pintu dibuka.


Katanya, anaknya itu terus mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain untuk mencari Wan Masitah kerana menyangka dia diculik.


“Kami terus mencari ke jalan utama dengan harapan dapat menemui dia tetapi tidak jumpa.


“Selepas subuh suami saya adakan solat hajat dan selepas itu tergerak hati untuk mencari di belakang rumah yang bersemak dan pencarian itu hingga kawasan tanah perkuburan kira-kira 50 meter dari rumah,” katanya.


Menurutnya, Wan Masitah ditemui selamat dan bila ditanya dia tidak menyedari bagaimana dia boleh berjalan sejauh itu sehingga masuk di kawasan tanah perkuburan dan kemudiannya berteduh di bawah pokok buluh itu.
Link:


Sinar Harian...
Gadis Ditemui di Bawah Rimbunan Pokok Buluh di Tanah Perkuburan Selepas Bapa Laungkan Azan, Hilang Selama 6 Jam


TUMPAT, 15 Jan
- Misteri kehilangan seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya tamat selepas dia ditemukan semula oleh bapanya selepas melaungkan azan di sebuah kawasan tanah perkuburan lama di sini.


Menurut Sinar Online, mereka difahamkan gadis terbabit berjalan dalam keadaan separa sedar ke tanah perkuburan di belakang rumahnya.


Gadis yang juga seorang pelajar dari sebuah sekolah agama itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi oleh bapanya.


Ibu gadis berkenaan berkata, selepas azan dilaungkan, suaminya ternampak kelibat anaknya berdiri di bawah rimbunan pokok buluh di tepi tanah perkuburan yang dikelilingi semak.


Dia terus pegang anaknya untuk dibawa pulang ke rumah, ketika dalam perjalanan pulang anak saya itu pengsan kerana keletihan.

Tetapi alhamdullilah dia dah beransur pulih sekarang ini
,” katanya.


Tambah ibu itu juga, dia menyedari anaknya hilang pada jam 2.30 pagi apabila salah seorang anaknya yang lain mendengar pintu dibuka.


Tambahnya, anaknya itu terus mengejutkan ahli keluarga untuk mencari kerana menyangka mangsa diculik.


Kami terus mencari ke jalan utama dengan harapan dapat menemui dia tetapi tidak jumpa.

Selepas subuh suami saya adakan solat hajat dan selepas itu tergerak hati untuk mencari di belakang rumah yang bersemak dan pencarian itu hingga kawasan tanah perkuburan kira-kira 50 meter dari rumah,
” katanya.


Menurutnya lagi, anaknya ditemui selamat dan bila ditanya, dia tidak menyedari bagaimana dia boleh berjalan sejauh itu sehingga masuk ke kawasan perkuburan dan berteduh dibawah pokok buluh.


Sementara itu, mesej meminta tolong untuk mencari gadis itu juga viral di media sosial.


Sumber:
Sinar Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
.. misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
adk kwn aku penah jgk disorok. jumpa dia bwh pokok siap ditabur bunga kemboja lagi keliling dia. drama sgt bonian2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:31 AM | Show all posts
ak nk tau hasil siasatan lps dia hilang tu, ade bawak g check spital dop?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran iols pun pernah kena begini. Dia diajak ke kubur lama tiem tengah tido. Katanya ada lelaki tua yang bawak dia. Nasib baik apak dia tersedar & follow dia dari belakang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
red_cattleya replied at 17-1-2017 06:13 PM
adk kwn aku penah jgk disorok. jumpa dia bwh pokok siap ditabur bunga kemboja lagi keliling dia. dra ...

Budak tu baru nak fefeeling princess dah kena kacau. Korang ni pon.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 11:44 AM | Show all posts
dah bawak gi spital lom?
kot kot hantu kepala hitam yang ajak kuar jalan-jalan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku .dah berderau darah..ank hilang awal pagi...moga yg baik2 jer pasni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sleep walking kot ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 02:17 PM | Show all posts
kalau bab gini takleh nk trus kata hantu setan yg sembunyi budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah jadi kat staff aku dulu.. anak pompuan dia umur 5 tahun jenis sleep walking.. seminggu 3 4 kali mesti wat perangai tgh2 malam ilang tak de kat umah..bila cari kadang kat atas sawah padi la, kat semak2 la.. selalu nya kat tempat2 yg tak tercapai dek akal macam mana budak besar tu nak pegi

Last skali tetiap malam seblom tido family dia akan letak 2 biji tong gas yg penuh tu utk block pintu.yg paling best penah satu malam masa memula dapat idea letak tong tu memang family tersedar yg dia cuba nak tarik tong tu tapi tak dapat. Tapi budak tu dia melilau satu umah n cuba bukak tingkap utk panjat keluar pulak..

Pas tu bila pikir2 balik kalau sleep walking macam mana otak dia leh berfungsi utk berpikir gunakan laluan tingkap untuk keluar sedangkan selama ari ni kuar melalui pintu..
Ada misteri kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah jadi kat staff aku dulu.. anak pompuan dia umur 5 tahun jenis sleep walking.. seminggu 3 4 kali mesti wat perangai tgh2 malam ilang tak de kat umah..bila cari kadang kat atas sawah padi la, kat semak2 la.. selalu nya kat tempat2 yg tak tercapai dek akal macam mana budak besar tu nak pegi

Last skali tetiap malam seblom tido family dia akan letak 2 biji tong gas yg penuh tu utk block pintu.yg paling best penah satu malam masa memula dapat idea letak tong tu memang family tersedar yg dia cuba nak tarik tong tu tapi tak dapat. Tapi budak tu dia melilau satu umah n cuba bukak tingkap utk panjat keluar pulak..

Pas tu bila pikir2 balik kalau sleep walking macam mana otak dia leh berfungsi utk berpikir gunakan laluan tingkap untuk keluar sedangkan selama ari ni kuar melalui pintu..
Ada misteri kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah i nak husnuzon budak2 zaman skg punya menghilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2017 12:29 AM | Show all posts
"chinta89 replied at 18-1-2017 08:31 AM
ak nk tau hasil siasatan lps dia hilang tu, ade bawak g check spital dop?"

"prettyuglybabe replied at 18-1-2017 11:44 AM
dah bawak gi spital lom?
kot kot hantu kepala hitam yang ajak kuar jalan-jalan"


dah bwk gi spital...
Biasa la paper sure x continue berita mcm ni walaupun parent diorang dah bwk gi spital bagai..takut ada bad komen dari urbanism..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kes lari separa jalan ikot jejantz ka
nak cover pengsan jap
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
scarynye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2017 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Huk huk.. xleh bygkn Jln smpi ke kubur tgh2 mlm
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 02:51 PM | Show all posts
kannnnnn....

zaman sekarang ni ....kalo budak pompuan hilang...walopon dari sekolah agama bertudung litup skeali pon....aku pon sangsi kalo kate tibe2 hilang kena culik la ape la.....

sejak kes yg ikut jantan tu...mmg tak boleh blah dah berita2 camni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.317128 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list