View: 3272|Reply: 41
|
[Dunia]
Nutella penyebab kanser?
[Copy link]
|
|
Kebelakangan ini, telah tular isu tentang syarikat Coop di Itali yang menghentikan penjualan dan menarik balik stok Nutella dari rak jualan mereka. Ini adalah dipercayai bahawa Nutella mengandungi bahan karsinogenik 2- dan 3-monochloropropanediol (MCPD) dan terbitan glycidyl ester chloropropanol. Menariknya, kesimpulan ini dibuat kerana Nutella mengandungi minyak sawit sebagai bahan asas (selain hazelnut, gula dan koko) tanpa kajian langsung terhadap kandungan MCPD dalam Nutella tersebut!
Sebenarnya, isu tular ini adalah rentetan dari laporan European Food Safety Authority (EFSA) –‘Risk of human health related to the presence of 3- and 2-monochloropropanediol (MCPD), and their fatty acid esters, and glycidyl fatty acid esters in food’. Laporan ini meneliti tiga kelas pencemaran spesifik (MCPD, ester dan glycidyl asid lemak) yang wujud diakibatkan oleh kaedah pemprosesan melibatkan suhu tinggi pada beberapa jenis minyak sayuran. Hasil dari survey yang dilakukan EFSA menunjukkan kadar MCDP yang tinggi pada minyak sawit berbanding minyak sayuran lain.
Related image
Tetapi, dalam laporan EFSA yang panjang itu tiada langsung disebutkan tentang Nutella! Jadi dari mana kesimpulan Nutella mempunyai tinggi kandungan MCPD tersebut dibuat?
Lebih parah… Tajuk-tajuk artikel yang sensasi – Nutella menyebabkan kanser. Atas dasar apa?
Related image
Namun begitu, mari kita imbas kembali mengapa kandungan MCPD dalam makanan mengundang keresahan. MCPD dan glycidyl asid lemak lain sebenarnya telah dilaporkan mempunyai kesan yang tidak elok pada tikus ujikaji makmal. Dos 2 mg / kg berat badan tikus menunjukkan kesan hyperplasia (perubahan saiz sel) pada tubular ginjal dan sel mammary.
Image result for lab mice
Namun, perlu diingat, dos ini adalah sangat tinggi – mencecah 10 – 15 mg MCDP untuk seekor tikus. Sedangkan, amaun MCDP dalam minyak sawit yang kita gunakan tidak sampai 1% pun kandungannya. Mekanisma bagaimana MCPD terkait dengan kanser masih lagi samar, namun dapat difikirkan mungkin berkait dengan pengoksidaan dan pengalkilan molekul DNA dan protein dalam sel.
Related image
Sebenarnya, MCPD dan chloropropanol terbitan yang lain bukan hanya terdapat dalam minyak sawit atau (mungkin) Nutella sahaja. MCPD terdapat dalam pelbagai jenis makanan seperti biskut dan roti, mentega, marjerin, susu formula, keju dan sebagainya. Malah kes-kes klasik kadar tinggi MCPD dan terbitan choloropropanol telah dilaporkan dalam sos soya (kicap) dan pelbagai sos yang berasaskan soya yang lain.
Related image
Bagaimana MCPD dan terbitan chloropropanol terhasil?
Suhu tinggi ketika pemprosesan makanan berlemak (dan hidrolisis protein) akan memangkin tindakbalas klorida dengan gliserol (tulang belakang lipid, lipid = asid lemak + gliserol) dan menghasilkan MCPD. Proses hidrolisis protein kepada asid amino dalam penghasilan sos soya contohnya dapat dipercepat dengan penambahan asid hidroklorik dalam suhu tinggi.
Image result for 3-mcpd and glycidyl esters
Benar Nutella mengandungi minyak sawit sebagai bahan asasnya. Minyak sawit sangat membantu untuk Nutella mempunyai konsistensi dan tekstur yang enak dan mudah sapuan. Mungkin juga benar Nutella mengandungi sedikit amaun MCDP, namun untuk menjatuhkan hukum Nutella sebagai makanan yang akan menyebabkan kanser adalah tidak tepat. Pelbagai sumber makanan yang kita makan juga mempunyai sumber toksin berbahaya, tetapi amaunnya tidaklah sampai memudaratkan jika diambil dengan berpada-pada.
http://rootofscience.com/blog/20 ... menyebabkan-kanser/
Orang putih boikot Palm Oil |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nutella boleh je ganti dengan cooking oil lain, tapi harga jadi double triplelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tu ape je yg selamat skg Ni : |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sahaja kanser tapi diabetes |
|
|
|
|
|
|
|
ala....bukan hari2 melantak nutella pun |
|
|
|
|
|
|
|
nih semua keje2 dengki nak menjatuhkan syarikat nuttela nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
asal minyak sawit je bahaya...ye ke? minyak jagung, matahari, etc tu cemana pulak...
lain la kalau nutella ni guna disel ke petrol ke |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan kegemaran golongan urban ni. Tak mungkin |
|
|
|
|
|
|
|
alamak anak akak suke sgt cekek nutella ni. habis tu nk bg depa makan roti buh apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo nasib la meols bukan pengemar nutella |
|
|
|
|
|
|
|
asal tggi gula putih smua blh merebakkn knser. gula mknan knser. fktor pmakanan punca utama trjdinya kanser diikuti stress ktrurunan dll |
|
|
|
|
|
|
|
anak2mkn kdg2 jer, time dia tgh gian
tp bila dah jemu x dipandang pun |
|
|
|
|
|
|
|
choki-choki je lah kak
|
|
|
|
|
|
|
|
I x mkn nutella
Sebab nutella ni makanan org2 kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Nak di ikutkan semua makanan yg di proses sekarang ada baik buruknya..kita sebagai penguna kena bijak la |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu saya ada terbaca..nutella ni ada lebih kurang 2 sudu besar gula
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 21-1-2017 01:00 PM
I x mkn nutella
Sebab nutella ni makanan org2 kaya
Silap fakta ni...
I miskin pun blh mkn... |
|
|
|
|
|
|
|
buh la ovomaltine
|
|
|
|
|
|
|
| |
|