View: 1658|Reply: 19
|
[Dunia]
Kilang-kilang di China keluarkan sos, perasa tiruan
[Copy link]
|
|
BEIJING 17 Jan. - Hampir 50 buah kilang di Tianjin, China dikesan me­ngeluarkan produk ber­jenama tiruan dengan kan­dungan berbahaya termasuk sisa makanan serta garam yang digunakan untuk perindustrian.
Menurut Channel News Asia yang memetik laporan The Beijing News semalam, antara produk itu termasuk daripada jenama Lee Kum Kee, Haday, Nestle dan Knorr yang mengandungi sos serta perasa tiruan.
Produk-produk tersebut dilaporkan telah mula dijual ke seluruh China.
Sementara itu, sebuah lagi akhbar tempatan, South China Mor­ning Post melaporkan, produk berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai 100 juta yuan (RM64.6 juta) dihasilkan setiap tahun di pekan kecil Duliu di Jinghai dalam wilayah yang sama.
Jelas akhbar tersebut, ekoran penghasilan produk dalam kuantiti yang besar, sesetengah daripada pengeluar berpeluang me­ngumpul kekayaan dan mampu membeli barangan mewah.
Akhbar tersebut yang memetik laporan khas wartawan Beijing News turut memperincikan bagaimana proses pengilangan dilakukan untuk menghasilkan produk berkenaan.
Menurut mereka, sesetengah pengeluar menggunakan rempah ratus dan herba termasuk bunga lawang dan lada hitam serta dicampur biji tembikai yang telah diproses di kilang-kilang berhampiran Wangkou.
Bahan-bahan tersebut kemudian dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk di beberapa premis usang yang tidak dilengkapi de­ngan kemudahan berkaitan.
Ada juga rempah ratus yang disimpan di tempat terbiar berhampiran kawasan timbunan sampah manakala pewarna makanan yang dilarang dilaporkan turut dijadikan sebahagian daripada bahan untuk menghasilkan produk-produk berkenaan.
Pendedahan terbaharu itu dianggap rentetan daripada beberapa skandal keselamatan makanan di China yang melibatkan hampir setengah juta pelanggaran peraturan penyediaan makanan dalam masa tiga suku pertama tahun lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
PRC dan barang tiruan berpisah tiada. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lg hukum pancung je pengilang2 tiruan tu. China kan negara komunis. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan dieksport ke pasaran luar sudah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gosh! Saya selalu gunakan lee kum kee hoisin sauce bila buat BBQ. Memang buatan China. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap lagi masuk lah ke Mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah RM100 bilion pelaburan China ke Malaysia baru-baru ini duit palsu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah kaya melancong ke eropah berak bersepah |
|
|
|
|
|
|
|
Melambak biskut raya ,mcm2 lg yg makanna dtg dr china.pandailah pilih |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 18-1-2017 09:22 PM
Adakah RM100 bilion pelaburan China ke Malaysia baru-baru ini duit palsu?
Duit tu tak palsu, material China tu nanti palsu, crane kat Port melaka nanti lepas 3 bulan pakai dah bengkok, rail kat ECRL nanti lepas setahun pakai dah tercabut |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai RM5 byk makanan made in china. Harap takde kat KR1M. |
|
|
|
|
|
|
|
Produk Made in China memang was was, termasuk oppo, huawei.. Maaf ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder banyak org mental.banyak mkn mkanan tiruan. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke sos tu? utk marinade ke dipping sauce?
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk kenapalah sanggup buat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh elak la dr guna produk dr china ni. gerun dgr skang ni senang2 org dpt cancer |
|
|
|
|
|
|
|
Beras dh, telor dh, ni sos plak. Pasni ape lg yg pelesu? Cinta pelesu? Eh eh |
|
|
|
|
|
|
|
Negara China ni tak habis-habis semua nak di tirunya hahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|