CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7861|Reply: 108

[Tempatan] Jaga Jaga Ya Direman kerana komen terhadap Sultan Johor

[Copy link]
Post time 18-1-2017 08:12 PM | Show all posts |Read mode
                            JOHOR BAHRU: Seorang buruh direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu yang dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Noor Hidayah Manaf di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini hingga 20 Jan.

Perintah reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan, berkata suspek ditahan di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam tadi.

Penahanannya dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul susulan satu laporan polis oleh orang awam di Johor pada Isnin, berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim menggunakan akaun Facebook bernama Mohd Ashraff.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.

Katanya polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat kenyataan berkenaan.
Bernama difahamkan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu berasal dari Taiping, Perak namun telah lama menetap di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor, berkata di sebalik tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa, segelintir individu terus berdegil mengeluarkan kenyataan menghina dan mengaibkan sesetengah pihak termasuk terhadap raja. -- Bernama



adakah buruh tersebut warga Cari.com?
                                                
                    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Perak jugak.....

Ikut jejak langkah peyno.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 08:17 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 18-1-2017 08:14 PM
Org Perak jugak.....

Ikut jejak langkah peyno.....

Mahadir bila nk kena reman?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmmana polis @ kerabat johor bleh tau ek? Ada kawan yg dlm friendlist lelaki tu kaki mengadu domba ke?...selama meols berfesbuk ni, biasa jah ada memember yg up status layak diviral...mcm penampakan entiti lam gmba,ada kes dgn bini retis,etc..tapi tak pulak sampai viral...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-1-2017 08:17 PM
Mahadir bila nk kena reman?

Dia untouchables....sekali.main kotor dia keluar buku 555 mcm musa hitam kena...kan malu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 18-1-2017 08:45 PM
Dia untouchables....sekali.main kotor dia keluar buku 555 mcm musa hitam kena...kan malu

Tun bukan kosong... Mesti dia dah ada complete maklumat tue yg dia bole tegur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggugat ketenteraman negara..dah level teroris dah sape yg kutuk bayangan tuhan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org luar msia kutuk agak2 ada org report polis x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 09:03 PM | Show all posts
Apa kenyataan suspek yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak heran..bugis johor kebanyakannya kaki sentap...pantang kutuk sultan dgn anak dia je..dan2 buat report..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuchi embun sngt baginda okkay
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:21 PM | Show all posts
haruslah memberi komen yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:24 PM | Show all posts
rakyat marhein mana boleh kutuk sultan,.,.itu kan dah ada dalam rukun negara..

kalo x suka korang keluar dari malaysia ajer
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:24 PM | Show all posts
alya hairan dengan orang malaysia

tidak bolehkah memberi komen dan kata kata yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm  bnyk negeri aku kagum dgn org pahang. kata la apa pun kt kerabat diraja depa. rileks ja
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ptt pn mahathir sekat kuasa sultan2 dulu... Bygkan klu sultan2 ni masih ada kuasa.. Ntah ape Jd... Org ngumpat dia pn nk tangkap ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
peyno2. Seronok juga baca komen hang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 18-1-2017 09:27 PM
Mmg ptt pn mahathir sekat kuasa sultan2 dulu... Bygkan klu sultan2 ni masih ada kuasa.. Ntah ape Jd. ...

Tgk sultan lain ok jer..sultan yg 1 ni jer lain mcm..sebulan tah berapa byk kes melibatkan org kutuk n hina dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya lepas kes gaduh dengan tun m baru ni..baru dia sedar rakyat johor pun xsampai 50% sokong dia..rakyat malaysia lagi ar..xsampai 1% sokong dia..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:54 PM | Show all posts
grouper replied at 18-1-2017 09:01 PM
Kalau org luar msia kutuk agak2 ada org report polis x..

daulat sampai ke sempadan negara kita je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.226793 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list