CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4979|Reply: 25

Akidah : Punca Murtad

[Copy link]
Post time 19-1-2017 05:34 AM | Show all posts |Read mode
Artikel



IRSYAD AL-FATWA KE-26: PUNCA MURTAD
Ditulis oleh Admin PMWPDiterbitkan: 27 Februari 2015
sumber asal pautan :http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/?option=com_content&view=article&id=774






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2017 05:35 AM | Show all posts
Apakah sebab-sebab murtad dan puncanya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:35 AM | Show all posts
Jawapan:

Saya mengemukakan di sini dua bahagian jawapan:
  • Pertama: Sebab-sebab murtad
  • Kedua: Punca murtad

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:36 AM | Show all posts
Berkenaan dengan sebab-sebab murtad ia boleh berlaku melalui empat perkara berikut:

Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum (ma’lum min al-din bi al-dharurah). Contohnya menolak kewajipan zakat, puasa dan haji, menolak pengharaman arak atau menolak bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT. Semua hukum ini diketahui oleh setiap muslim baik ulama mahupun orang biasa. Oleh itu, menolak perkara ini menjadi punca murtad.
Namun bagi seseorang yang menolak sesuatu hukum yang tidak disepakati, atau sesuatu hukum yang disepakati tetapi tidak diketahui oleh ramai orang penolakan tersebut tidaklah menyebabkan kemurtadan. Contohnya orang yang menolak syariat menganjurkan sembahyang dhuha atau menolak hukum haram mengahwini perempuan yang diceraikan sebelum tamat ‘iddah.

Pernah berlaku bagaimana Saidina Umar RA menulis surat kepada Abu Ubaidah RA berkenaan dengan sekumpulan mereka yang minum arak dengan mentakwilkan firman Allah SWT:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوا وَّآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَّآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوا وَّأَحْسَنُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(Surah al-Maidah: 93)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:36 AM | Show all posts
Kemudian ditulis kepadanya supaya menyeru mereka yang meminum arak jika masih lagi bersangkaan hukumnya halal bagi mereka seperti takwilan ayat di atas, maka hendaklah kamu bunuh mereka. Sebaliknya jika mereka berpendapat hukumnya haram tapi masih meneruskan minum arak, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan. Kemudian, Abu Ubaidah pergi kepada mereka di hadapan khalayak saksi, mereka menjawab hukumnya haram lantas Abu Ubaidah menghukum sebat 80 kali dan mereka selepas itu menyesali atas perbuatan mereka. Lihat Mahasin al-Takwil oleh al-Qasimi (6/368).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:37 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2017 06:54 AM

  • Melakukan sesuatu perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir.
  • Contohnya sujud kepada berhala atau melakukan ibadah seperti ibadat orang kafir.
  • Demikian juga melakukan sesuatu perbuatan yang salah dengan pegangan agama Islamnya seperti sengaja mencampakkan al-Quran ke tempat najis. Sama hukum seperti al-Quran termasuklah buku-buku hadis dan tafsir.


  • Dengan syarat, apa yang dilakukan adalah secara sukarela dan bukan dipaksa.
  • Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, sama ada yang diucapkan itu lahir daripada keyakinannya atau keingkarannya atau untuk mempersenda. Contohnya, orang yang mengutuk agama, Allah, seseorang nabi atau dia berkata: “Islam tidak sesuai dengan kemodenan,” “pencipta alam ini tidak wujud,” “zakat tidak perlu dalam masyarakat sosialis” atau “mewajibkan perempuan berhijab adalah kolot.”



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2017 05:38 AM | Show all posts
Semua ucapan ini boleh menyebabkan murtad tanpa mengira samada disebabkan oleh keyakinan atau kemarahan atau keingkaran, mengutuk agama atau mengutuk Allah SWT dalam keadaan marah, bertengkar atau mempersendakan, sama ada semata-mata untuk menjadi bahan ketawa, main-main atau mengejek.

Contohnya, seseorang berkata kepada rakan yang menasihatinya: “Esok kalau kamu masuk syurga, tutuplah pintunya dan jangan benarkan saya masuk.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:39 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2017 05:40 AM

  • Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ﴿٦٥﴾لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.

(Surah al-Taubah: 65-66)

  • Iktikad kufur, seperti ingkar wujudnya Allah, malaikat, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat atau qadak dan qadar. Segala huraian ini amat jelas dalam kitab-kitab yang menafsirkan satu persatu. Justeru, menjadi kewajipan bagi seseorang Islam mengetahui batasan yang sepatutnya diizinkan dan yang tidak diizinkan sekalipun pada hukum zahir tidak diketahui oleh sesiapa pun. Justeru, hendaklah mengelakkan diri daripada terjebak dengan was-was dan permainan syaitan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2017 05:39 AM | Show all posts
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa pemohon pengisytiharan bukan lagi orang Islam, boleh membawa kepada murtad dan keluar daripada Islam secara dianatan (agama) bukan qada’an atau mahkamah sehingga diputuskan oleh hakim. Walaupun begitu, penulis suka menyatakan para ulama amat cermat dalam menghukum kufur dan keluarnya seseorang daripada daerah Islam antaranya dinyatakan pendapat tokoh-tokoh Islam:

Imam al-Nawawi berkata: "Sesungguhnya mazhab ahli hak tidak mengkafirkan orang Islam dengan maksiat tanpa iktikad batalnya agama Islam."
Imam Abu Ubaid berkata: "Sesungguhnya di sisi kami bahawa maksiat dan dosa tidak menghilangkan iman dan mewajibkan kufur. Akan tetapi ternafinya iman pada hakikatnya dan keikhlasannya seperti yang telah disifatkan Allah dengannya dalam nas."
Abdullah bin Muhammad al-Qarani menyebut satu kaedah berbunyi: "Tiadalah setiap yang melakukan sesuatu daripada syirik atau kufur yang nyata boleh dikafirkannya dengan sebab ucapannya atau perbuatannya tetapi mestilah memenuhi segala syarat untuk mengkufurkannya dan ternafi sebarang halangan pada haknya." Lihat Dawabit al-Takfir Inda Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (hal. 219).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:40 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2017 05:41 AM

Kedua: Punca Murtad

Berdasarkan pengamatan kami, terlalu banyak sebab dan punca terjadinya murtad selepas diperhalusi didapati antara punca utama terjadinya murtad ialah:
  • Kejahilan dan kedangkalan agama Islam. Ini disebabkan tiadanya tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa dan keluarga atau dipandang enteng tanpa mengambil peduli dan prihatin yang sewajarnya. Ini juga diakui oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah.
  • Pengaruh rakan taulan juga memainkan peranan utama kerana sifat dan tabiat manusia sama ada terpengaruh atau mempengaruhi yang saling tarik menarik dan terkesan dalam hal tersebut.
  • Media massa termasuk capaian internet dan maklumat yang dicurahkan sama ada bersifat audio atau video menjadi penyumbang ke arah gejala murtad. Ini kerana sangkaan semua yang dimuatkan itu harus dan patuh diikut tanpa sebarang penapisan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:40 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2017 05:42 AM

  • Kesempitan hidup yang membelenggu terutama krisis ekonomi dan kewangan sehingga terpaksa memohon bantuan daripada badan-badan bukan Islam apatah lagi apabila disyaratkan dengan tipu daya serta kata-kata yang manis seolah-olah mereka prihatin dan cakna kepada golongan marhaen ini.

  • Kerana terpengaruh untuk bersama dan berkahwin juga menyebabkan berlakunya murtad. Hal ini semakin banyak dan berleluasa dari masa ke semasa kes seperti ini. Di dalam Berita Harian bertarikh 14 September 2011 menyebut: Perceraian antara faktor dikenal pasti menyebabkan kes murtad dan percubaan murtad dalam kalangan mualaf di Sabah. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Dato’ Amri Suratman berkata: Dalam kebanyakan kes perceraian akan turut berlaku kes murtad atau percubaan murtad oleh saudara baru yang tidak kuat pegangan agama.

  • Golongan mualaf yang baru berjinak dan cuba memahami Islam tetapi diabaikan sehingga terumbang ambing dan kemudiannya dipengaruhi oleh golongan lain sehingga mendakyahkan mereka untuk kembali semula kepada agama asal mereka.
  • Nipisnya keimanan dan surut dari semasa ke semasa sehingga hilang cahayanya. Justeru, amat mudah dipesongkan oleh golongan yang bukan Islam untuk memurtadkannya, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan tawaran, habuan dunia dan sedikit kewangan sehingga mengaburi akan hakikat kebenaran Islam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:40 AM | Show all posts
Semoga Allah peliharakan kita semua daripada sebarang yang boleh menuju ke arah kemurtadan dan saya berdoa kepada Allah agar kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh-Nya. Amin.

Akhukum Fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:46 AM | Show all posts
sebab itu sesiapa yg masih ingat hadis Jibrail - hadis sahih tentang ARsululalh saw dikuiz oleh malaikat Jibrail yg berada dalam satu majlis ilmu - tentang konsep yg paling paling asas

a) makna Islam
b) makna IMAN
c) makna ihsan

dan dalam bab ini juga dalam Pendidikan Islam diterangkan  akan makna iman dan komponen iman
- membenarkan dalam hati - komponen iktikad
- mengaku dengan  lidah - verbal confession ikrar tu
- mengamalkan dengan seluruh anggota - manisfestasi  fizikal ibadah

so iman boleh terbatal dengan tiga perkara ini

so sapa yg rajin ada dalam hadis sahih muslim dan terkumpul dalam antara hadis 40 imam Nawawi

penting untuk tahu ini sebab ia akan memandu kita gara berhati hati dalam apa juag tulisan berkenaan hadis,syaruat dan akhlak allah - hamba ye...

i mean ni paling paling basics lah

hadis ini juga dikatakan hadis jibrail ...

hadis  important ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-1-2017 06:53 AM

so, kalau tak tahu atau terlalu jahil nak berkomen menggunakan jemari - diam lebih baik, tak tahu disilakn bertanya dengan ikhlas dan sopan.

kalau nak berkurang ajar dengan Allah, rasulullah sunnah ke , sahabat nabi ... ujilah keberanian anda menjawab segalanya dan jemari anda bersaksi ye bukan mulut  anda yg bercakap ye di hadapan Rabbul Jalil esok - kalau tahu ni , kalau dah berani sangat ye ...sedangkan diri  dasarnya ..hamba
jangan  di hadapan Allah esok barutahu langit tinggi dan rendah, mungkin merayu kot...
it is not cool or even looked 'cool' to do those things above.

jgnlah bongkak sangat ye ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya pula, menyatakan diri sendiri tuhan samaada di dunia nyata maupun media elektronik, hakikatnya sama :
1) Mensyirikkan Allah
2) Murtad (Menyalahi rukun Iman)
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 19-1-2017 09:43 AM

Di akhirat kelak, perkara yg dianggap "main2 aje' itulah penyebab seseorg itu dicampakkan ke dalam api neraka malah kebanyakkan dari mereka kekal di neraka.

Kenapa mereka kekal dineraka? Di dalam AlQuran dirakamkan kisah ahli syurga bertanya ahli neraka akan sebabnya berada di neraka. Antaranya TIDAK MENJADIKAN si polan itu sahabat yg mana merujuk kpd mereka2 yg tidak disangka diizinkanNya pemberi syafaat olehNya.

Allah tidak mengira dosa apa yg dikatakan dihati, akan tetapi, amalan itulah yg akan dikiraNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Rujukkan : Surah Al-Baqarah ayat 6-18 (orang yg murtad - dinyatakan kafir olehNya)
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:46 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 19-1-2017 05:35 AM
Bagi saya pula, menyatakan diri sendiri tuhan samaada di dunia nyata maupun media elektronik, hakika ...

Apa yang di perkatakan oleh Syeikh siti jenar dan Al-halajj adalah betul.
memang diri sendiri adalah pada hakikat adalah tuhan .
kamu sahaja yg bodoh.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:49 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 19-1-2017 05:39 AM
Allah tidak mengira dosa apa yg dikatakan dihati, akan tetapi, amalan itulah yg akan dikiraNya.

Ini satu lagi bodoh,
Apa yang dikira bukannya perbuatan zahir tapi perbuatan hati, kerana itulah sebenarnya manusia
perbuatan zahir tak dikira dosa kerana itu adalah perbuatan Allah, perbuatan takdir...
sebagai contoh jika kamu solat...perbuatan itu adalah perbuatan takdir, maka tiada pahala dan dosa disini sebab bukan perbuatan kamu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 19-1-2017 09:46 AM
Apa yang di perkatakan oleh Syeikh siti jenar dan Al-halajj adalah betul.
memang diri sendiri ada ...

29. Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: "Sesungguhnya Aku adalah tuhan selain daripada Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim. [Surah An-Biya]

Jahannam antara neraka yg paling dalam dan hakikatnya KEKAL ABADI disana. Menyekutukan Allah dan menamakan diri sendiri Allah itu antara dosa yg tidak diampunkanNya menurut petunjukNya (mensyirikkan Allah).

Menyanggah ketetapan Allah pada surah Al-Ikhlas menjelaskan, seseorg yg mengucapkan Diri sendiri Allah itu SOMBONG kpd ketetapan namaNya Allah.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070130 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list