CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5494|Reply: 120

[Tempatan] Salah Melayu jika akhbar Utusan, Berita Harian bungkus

[Copy link]
Post time 19-1-2017 03:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 19 Jan.- Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini berkata, orang Melayu perlu menyalahkan diri sendiri sekiranya akhbar dan bahasa Melayu ‘mati’.

Rais yang bercakap dalam Wacana Bahasa Melayu, Wasiat Keenam Raja-Raja Melayu berkata, banyak petanda dan angka yang menunjukkan angkubah negatif berkaitan bahasa Melayu.

“Akhbar tulisan jawi, Utusan Melayu sudah mati. Bukan dibunuh oleh sesiapa tetapi kita sendiri. Saya, saudara dan semua orang Melayu bersalah.

“Angka jualan dan angka pembaca akbar berbahasa Melayu sudah merudum sedangkan jualan akhbar berbahasa Inggeris dan Cina terus meningkat. Apakah tandanya ini? Tandanya, bahasa kita tidak diminati oleh orang kita sendiri,” kata Rais.

Menurut Rais, walaupun ‘loceng amaran’ telah berbunyi namun orang Melayu masih terus ‘tidur lena’ tidak mahu bangun untuk bertanggung jawab terhadap bahasa sendiri.

Wacana Bahasa Melayu, Wasiat Keenam Raja-Raja Melayu diadakan bertitik tolak terhadap titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertajuk ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.

Wasiat Keenam Raja-Raja Melayu berbunyi ‘Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu’.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.

Wacana Bahasa Melayu, Wasiat keenam Raja-Raja diadakan hasil kerjasama antara Kumpulan Utusan dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM). Wacana itu turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

Selain Rais turut menjadi panelis adalah penganalisis politik, Datuk Dr. Zainal Kling dan peguam, Fatihah Iliani Jamhari. Sementara Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah menjadi pemudah cara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 03:31 PM | Show all posts
Edited by phonon at 19-1-2017 03:33 PM

Salah pembeli sebab barang jualan aku tak laku konsepnya nih...
Surat khabar metro masih okey je lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya cacing kerawit dubur Rais yatim. Kalo akhbar kaki kelentong pokai itu salah pekerja sendiri yang malas kaki khayal la. Melayu jugak yang untung tak kena bullshit lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:49 PM | Show all posts
bodoh! orang beli sebab content bukan sebab bahasa semata2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:51 PM | Show all posts
Pengisian dlm soratkaba pun hampeh.....watpe nk beli??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:52 PM | Show all posts
Utusan,Berita Harian ,Metro mmg tak lupa keputusan nombor ekor

Sinar Harian tiada nmbr ekor pun laris .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 03:56 PM | Show all posts
nak buat camno...BM hanya offical language tapi bukan business language....lain lah kalau gomen tukar business language kat msia ni jadi BM, mungkin otosan akan jadi laku keras..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mai mana fakta paper english dan cina meningkat

Paper metro sinar harian ok jah...nak salahkan melayu pulakssss..koser nk baca kalau doblas mukasorat depan asik cite psal politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 04:02 PM | Show all posts
orang beli paper digital je..kenapa masing2 berlomba2 menunjukkan kebuduhan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Utusan MELOYA

Oang politik pun asik speaking london sesama kelabu asap ade ati nk ajar bangsa sendiri how to live off ur life , fak u rais botak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:20 PM | Show all posts
motif nak suruh org msia beli sampah? sah2 la makcik2 macai je beli paper macai gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:22 PM | Show all posts
Tak support FAKE NEWS.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:25 PM | Show all posts
bila umno nak mati?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:25 PM | Show all posts
#Silameninggal
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:26 PM | Show all posts
Apakah tandanya ini? Tandanya, bahasa kita tidak diminati oleh orang kita sendiri,” kata Rais.

Dia ni memang dah dilahirkan bodoh  atau ingat orang lain bodoh macam dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:27 PM | Show all posts
setuju

salah certain melayu perasan urban yang lebih percaya
portal agenda yahudi malaysiakini yang terlalu banyak tabur fitnah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 04:28 PM | Show all posts
banyak aku nak komen
tapi tak kuasa aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:28 PM | Show all posts
selama aku kerja 18 tahun di langkawi sekalipun tak pernah jumpa paper jawi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli UMNGOK 3 juta
Kalau semua beli sure utusan,  Berita Harian hidup
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik2 kalah saman mana nak untung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.417698 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list