CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LaksamanaBentan

[Jenayah] Pemandu Lori dibelasah pengawal peribadi Datuk

[Copy link]
Post time 22-1-2017 03:44 PM | Show all posts
Pemandu dibelasah akui diugut tidak lapor polis
22 JANUARI 2017



Pemandu dibelasah akui diugut tidak lapor polis Sungai Besi: Jan 22 2016: Mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi,25, bersama Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah diwawancara oleh media berhadapan stesen minyak Petron Plaza Tol Sungai Besi arah utara. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut.

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata, beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

"Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan 'gangster' besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, hari ini.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.   

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ

"Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

"Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan

lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh," katanya.

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.     

"Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.

Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan kes itu dan telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium itu ke makmal untuk dianalisis.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun direman empat hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 22-1-2017 01:02 PM
tak laku dah forum cari sejak ada media sosial yg lebih pantas & interaktif.

Tu la pasal, semua info basi ceduk dr fb, baik layan fb je terus. Info cepat terus dari ladang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-1-2017 03:44 PM
Pemandu dibelasah akui diugut tidak lapor polis
22 JANUARI 2017


Kesian adik ni kena ugut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Guard ni terpaksa kut buat report dgn tone down gini. Kalu tak, dia pulak teruk kena cari nanti... dh nama dan passport nya terpublish gini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:02 PM | Show all posts
sebu replied at 22-1-2017 02:44 PM
Kesian.pemandu yg kena pukul tu senang2 je samseng tu putar belit fakta





Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-1-2017 07:01 AM
Idaman siapa?

Ni drebar dato ke dato?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2017 04:11 PM | Show all posts

Dato'

kabel kuat katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-1-2017 01:28 PM

Aku ksian kat kau dek, tapi ko agak bongok gak undur lori sampai kena merc buruk org.. ko pakai undur agak2 je kan...?  Ko tak tau betapa susahnya org tu nak dapat keter buruk gitu sesenang ko langgar.....nampak naw ko jenis sambil lewa...kalo ada bebudak kecik tgh memain kat  tepi jalan drebar lori cam ko la yg aku lenyek bebudak tu... moga pasni ko ambik perhatian dgn kejer yg ko wat tengok kes ni dgn kecuaiaan ko hampir2 ko ilang nyawa....

Ke ko isap ganja. ?   Polis disamping dok cari gengster2 tu sila cek airkencing udak ni skali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 04:22 PM | Show all posts
Sedih aku tgk video kena belasah tu

Terima kasihlah pada org yg rakam & upload.kalau x,lepas jer  jantan2 hanat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 22-1-2017 04:11 PM
Dato'

kabel kuat katanya

Dato pun muka cam drebar lori... pakai lak keter buruk... ntah2 dato naning ke dato pelesu maner ni... kalo dato bauksit nak kena modal ratus2 ribu gak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:26 PM | Show all posts
abangbeca replied at 22-1-2017 04:24 PM
Dato pun muka cam drebar lori... pakai lak keter buruk... ntah2 dato naning ke dato pelesu maner n ...

bini dia kerabat Kedah ke mana katanya.
kereta nama bini.

tu bini ke kaup sekali dek polis tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:34 PM | Show all posts
Syd replied at 22-1-2017 02:33 PM
baca report neh, sakit hati sangat.

nasib baik ada abg nepal buat repot, boleh polis follow up....

tak boleh nak harap mangsa yang buat report, gila ko along kawasan tu....



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:34 PM | Show all posts
abangbeca replied at 22-1-2017 04:20 PM
Aku ksian kat kau dek, tapi ko agak bongok gak undur lori sampai kena merc buruk org.. ko pakai un ...




kalo nak kata ada accident ..  dia tak kira dimana ..

bagaimana .  lebih2 kalau yg kecik2 .  lebih2 kalau kata

lori tengah mengundur ..  kita yg di belakang agak2 laa .

bagi ruang sikit ..  mengundur sikit bagi dia keluaq dulu .

amalkan pemanduan berhemah .  ini kalau kena yg keras kepala

itu yg payah .  degil ..  tak boleh nak mengalah .  



tapi kalau kata nak kata terkena juga ..  kenalah selesaikan .

tak boleh selesai cara baik ..  pie buat report polis .  boleh claim insuran

dalam kaedahnya .  awatt nak pukol2  ??



dan bagi pendapat aku pulak ..  kalau betol samseng2 ni macai dato tu ,

dato ni juga perlu disiasat . sebab dah tentu2 samseng2 ni bekerja dgn dato tu .

arahan dah tentu dari dato .





Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:39 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-1-2017 04:34 PM
nasib baik ada abg nepal buat repot, boleh polis follow up....

tak boleh nak harap mangsa yang  ...

mamat Along Taman tu katanya banyak kes gak sebelum nehh

antaranya kes tembak di Genting.

Katanya lagi, dia neh spisis kena buang daerah bagai sgala.

Keje? apa lagi menge-pow orang, duit perlindungan semua tuh bisnes dia.

Disebut pulak Nasi Lemak Saleha kat Kg Pandan.   gasak korang lerrr

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:41 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-1-2017 03:02 PM
Mintak abam-abam polis dakwa kutu sekor tu atas sebab menghalang/memberi rintangan kepada tugasan  ...

tunggu le naik court nanti bertingkek2 pertuduhan.....

takde siapa nak check saman tertunggak ka?....



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
org malay lahir 90an kije bwk lori kira bdk baik baik dh tu...keji betul tgk sekor yg beria ria dtg smbil lari pastu sepak kepala...kemain mengampu datuk.:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 04:45 PM | Show all posts
dess402 replied at 22-1-2017 04:34 PM
kalo nak kata ada accident ..  dia tak kira dimana ..

bagaimana .  lebih2 kalau yg kecik2 ...

saya selalu dipesan, jangan letak kete di belakang lori atau bas kerana kemungkinan mereka xnampak kita..

sian abam lori, muka takut je..

jangan abam lori xde lesen dah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:47 PM | Show all posts
dess402 replied at 22-1-2017 04:34 PM
kalo nak kata ada accident ..  dia tak kira dimana ..

bagaimana .  lebih2 kalau yg kecik2 ...

setuju....

background dato tu pun layak dikorek dan dilondehkan...





Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:49 PM | Show all posts
Syd replied at 22-1-2017 04:39 PM
mamat Along Taman tu katanya banyak kes gak sebelum nehh

antaranya kes tembak di Genting.

plot is getting thicker....



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 04:52 PM | Show all posts

antara samseng gengster kenal sangat mamat neh.

katanya, apa lak tak kenal? nih LEGEND.

i balas balik. legend legend pung kena kutip lerrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.427151 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list