CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8706|Reply: 69

[Tempatan] Kacang Soya penyebab lelaki mandul?

[Copy link]
Post time 19-1-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 19-1-2017 07:09 PM

Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Memberhaya - Dr Noorul Amin



Minuman kacang soya boleh menyebabkan kanser? Macam tak percaya kan? Tapi, itulah kenyataannya yang ditulis oleh Doktor Haji Noorul Amin melalui facebook beliau. Jom baca dengan teliti kerana maklumat ini sangat berguna untuk anda sekeluarga.



Oleh: Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman

Pernahkah anda minum air soya ? Kemungkinan besar jawapannya pernah sebab KACANG SOYA dipromosikan sebagai makana n atau minuman kesihatan yang sangat berkhasiat. Pergi saja mana-mana kedai mini mart, kalau tidak ada air soya, itu bukan mini mart namanya.

Kenapa tidak ? Sebab KACANG SOYA begitu "gila" sekali dipromosikan sebagai makanan/minuman kesihatan yang baik untuk badan kita.

KACANG SOYA mula dipromosikan secara besar-besaran sebagai makanan/minuman kesihatan pada awal 1990an. Sebelum itu, amat jarang sekali kita dengar pasal SOYA. Cuba kita tanya datuk nenek kita adakah pada zaman muda mereka SOYA begitu popular seperti zaman ini. Jawapan mereka mungkin tidak.

Begitu banyak produk berasaskan KACANG SOYA seperti minuman KACANG SOYA, tauhu, malah minyak KACANG SOYA diperkenalkan kepada masyarakat kita dan diangkat sebagai "super food". Berjuta-juta duit dilaburkan untuk pemasaran supaya masyarakat yakin KACANG SOYA ini selamat.

Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 2007, 85% penduduk Amerika percaya bahawa KACANG SOYA adalah baik untuk kesihatan dan tidak merbahaya kepada kita. Maka berjayalah syarikat-syarikat pengeluar SOYA memperbodohkan kita bahawa KACANG SOYA ini selamat tetapi sebenarnya TIDAK !!! Amerika adalah pengeluar KACANG SOYA terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 108 juta tan metrik setahun.








Tidak ada SATU bahan pun dalam SOYA yang baik untuk kesihatan. Kesemuanya JAHANAMKAN kesihatan kita, Beratus-ratus kajian telah dibuat diseluruh dunia dan kesimpulan daripada kajian itu menunjukkan KACANG SOYA menyebabkan bermacam-macam masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, mengurangkan sistem imun badan, merosakkan sistem saraf, masalah kemandulan, penyakit jantung dan juga KANSER!!!

KACANG SOYA mengandungi suatu bahan yang dinamakan PHYTOESTROGEN. Ini adalah bahan yang menyerupai hormon wanita iaitu ESTROGEN. Phytoestrogen ini tidak dihasilkan dalam badan kita tetapi ianya adalah daripada sumber tumbuhan antaranya daripada KACANG SOYA. Kaum lelaki tidak sepatutnya makan/minum bahan berasaskan KACANG SOYA sekiranya anda ingin kekalkan kelakian anda.

Lelaki yang selalu mengambil bahan berasaskan KACANG SOYA boleh mengalami masalah kurang nafsu seksual, mati pucuk dan kemandulan. Ia juga akan menyebabkan berat badan bertambah seterusnya menyebabkan obesity. Wanita yang mengambil Phytoestrogen secara berlebihan berisiko tinggi untuk mengidap KANSER PAYUDARA dan juga masalah obesiti.

Phytoestrogen ini akan mengganggu kelenjar sistem endokrin badan iaitu kelenjar adrenal dan kelenjar thyroid. KACANG SOYA juga dikategorikan sebagai makanan yang mengandungi GOITROGEN. Goitrogen ialah bahan yang mengganggu aktiviti kelenjar thyroid. Adakah anda sentiasa berasa letih, kurang tenaga, kurang penumpuan, kulit kering, kurang nafsu seksual dan tinggi kolesrol ? Jika ya, anda mungkin mengidap penyakit HYPOTHYROIDISM, satu keadaan yang disebabkan oleh kelenjar thyroid kurang merembeskan hormon thyroid.

Perubatan moden menyalahkan "autoimmune" sebagai punca penyakit ini tanpa mengambil kira faktor pengambilan berlebihan produk berasaskan KACANG SOYA yang mungkin menjadi penyebab penyakit ni. Ini tidak memeranjatkan kerana faktor pemakanan ditolak seratus peratus dari perubatan moden.

Tanyalah mana-mana pelajar perubatan, adakah mereka diajar tentang DIET yang salah menjadi punca penyakit ? Jawapan mereka saya yakin TIDAK kerana Perubatan Barat tidak menitik beratkan soal DIET atau MAKANAN sebagai punca penyakit. "Jangkitan kuman", "punca tidak diketahui", "autoimmune" - inilah antara punca penyakit yang dicanangkan setiap hari dengan MENOLAK faktor diet yang salah.

BERHENTI SEGALA PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEKARANG SEKIRANYA ANDA PENTINGKAN KESIHATAN BADAN ANDA.

http://www.koleksiviral.com/2017 ... enyebabkan.html?m=1

Sapa doktor sini leh sahkan?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sedapnye soya cincau....tau fu fah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku kuat minumsoya jual pasar malam beranak 4 je aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 07:36 PM | Show all posts
standard viral whatsapp je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:17 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 19-1-2017 07:25 PM
Laki aku kuat minumsoya jual pasar malam beranak 4 je aku

tu bukan kacang soya tu.. tu kacang bende.. cuba tanya laki akak balik.. kalau minum air soya berudu confirm mati tersepit di celah rahim..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:26 PM | Show all posts
dulu mak teh rajin minum soya. zaman drinho, yeo's yg 1ltre tu cuma rm1.80...
mak teh suka yg flavour jagung tu.
la ni dah tak minum sbb nak kurangkn minum manis.

*so tempeh camna pulak uols? tempeh mak teh suka jah...esp goreng garing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 08:27 PM | Show all posts
dulu zaman muda mudi mak teh pernah buat air soya sendiri. beli kacang soya, rendam semalaman sampai dia lembut dan jadi memanjang. pastu kisar, tapis pastu masak....leceh gak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis la tokey kicap jatuh bangkrap lepas nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 09:06 PM | Show all posts
Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Memberhaya - Dr Noorul Amin

Memberhaya? Perkataan baru ke?

I suka makan tempe. Ala, I kurang percaya sangatlah. Ada kajian kata merokok boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki. Ramai je heavy smoker yang I kenal berderet-deret anak. Tak mandul pun.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:11 PM | Show all posts
bukan dulu ada yang kata banyak minum air soya boleh jadi gay ka....

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pempuan pn x elok minum soya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:16 PM | Show all posts
Saya seperti tak percaya pula, kalau ye apasal bangsa cina tak pupus..sedangkan mereka dah menggunakan bahan soya dari eleventh century B.C lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:20 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 19-1-2017 09:06 PM
Minuman Kacang Soya Akan Menyebabkan Kanser Memberhaya - Dr Noorul Amin

Memberhaya? Perkataan bar ...

biasanya ayat yang mereka guna ialah 'boleh meningkatkan risiko...'

It's all about risk. Kalau hisap rokok terus mandul tu dah kira macam ubat lah kot.



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti ada man boobs
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun suka air soya
Tp skang x minum soya lama dah
Pastu teringin nk rasa soya+hersheys tu..sekali minum xleh lalu kat tekak..sebab xde rasa creamy langsung..
Tp taufufah mmg suka sampai skang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-1-2017 08:17 PM
tu bukan kacang soya tu.. tu kacang bende.. cuba tanya laki akak balik.. kalau minum air soy ...

Kacang bende buat asam pedas sedap la kalo buat jus tak tau rase ape  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kacang bende tu bendi ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka ratah tempe. Harap2 xde masalah apabila berkahwin nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 19-1-2017 10:34 PM
I suka ratah tempe. Harap2 xde masalah apabila berkahwin nanti.

dah nak kawen ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 19-1-2017 10:38 PM
dah nak kawen ke

Belum. Pasangan belum dijumpai lagi.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.089134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list