CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 3

[Tempatan] Tukang bersih kubur dipenjara kerana pukul imam.

[Copy link]
Post time 19-1-2017 08:40 PM | Show all posts |Read mode

http://www.sinarharian.com.my/semasa/tukang-bersih-kubur-dipenjara-kerana-pukul-imam-1.614215

Tukang bersih kubur dipenjara kerana pukul imam
RUBIAH OMAR
19 JANUARI 2017






Ahmad Shukri Ab Rani, 57, dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini kerana memukul seorang imam menggunakan sebatang besi, Oktober lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang bersih kubur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini kerana memukul kepala seorang imam menggunakan sebatang besi.

Keputusan dibuat selepas Ahmad Shukri Ab Rani, 57, dari Kampung Ladang Sekolah, di sini, mengaku salah memukul belakang kepala mangsa, Saifudin Hasan, 46, menggunakan sebatang besi.

Dia mengaku salah sengaja melakukan perbuatan itu semasa mangsa sedang menunaikan solat Subuh di Surau Haji Yaakub Batu Buruk, di sini, lebih kurang jam 6.15 pagi, pada 10 Oktober lalu.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda, atau dengan sebat, atau mana-mana dua antara seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...-imam-1.614215


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 08:44 PM | Show all posts
mental ka haper..pukul curi

nasib xmati imam tu..

nak pukul pun biar berdepan..

ni nak bunuh namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:31 PM | Show all posts
apa motif..dendam ke otak sewel kesan pil kuda
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 02:22 PM | Show all posts
macam-macam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.864762 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list