CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7828|Reply: 76

[Tempatan] Makcik kios R&R LPT2 sedey kerana dapat RM10 walaupun berniaga 24 jam.

[Copy link]
Post time 19-1-2017 08:45 PM | Show all posts |Read mode



Quote:

Nur Akmal menunjukkan kiosk bersaiz besar yang berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat informasi pelancongan di Hentian R&R Perasing.


Keadaan Hentian R&R Perasing yang lengang ekoran tidak disinggahi pengguna LPT2.


Napisah terpaksa meminjam dengan anak-anak berikutan hasil jualan yang dikutip cuma RM8 sehari.

KEMAMAN - Kesemua peniaga kiosk di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) terpaksa menanggung kerugian saban hari ekoran hasil jualan yang diperoleh tidak sampai RM10 walaupun 24 jam berniaga.

Masalah berkenaan berlaku disebabkan tidak ramai pengguna lebuh raya itu singgah di hentian itu berikutan kawasan berkenaan terpalit dengan pelbagai cerita hantu yang ditularkan di media sosial.

Susulan itu, kesemua peniaga berkenaan tampil menafikan bahawa adanya gangguan mistik di kawasan berkenaan kerana sepanjang berniaga di hentian itu sejak Mei 2015 mereka masih belum berdepan dengan gangguan seperti yang didakwa.


Aliran trafik tinggi, tapi pengunjung kurang

Peniaga air minuman, Nurul Hafizah Abdul Karim, 24, berkata, Hentian R&R Perasing yang merupakan hentian terbesar di negara ini selamat untuk disinggahi walaupun pada waktu malam.

Menurutnya, hentian itu cantik, luas, moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tetapi tidak dimajukan serta tidak menerima kunjungan ramai.

“Jadi kita mohon agar kerajaan negeri jadikan Hentian R&R Perasing ini sebagai duta kecil untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017 memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk kepada negeri ini.

“Kita cadangkan diwujudkan satu pusat informasi pelancongan atau ‘tourism centre’ di hentian ini untuk kemudahan pelancong dan pada masa sama dapat rancakkan program di tempat ini yang dapat tarik kehadiran pengunjung sekaligus dapat meningkatkan pendapatan kami para peniaga,” katanya.

Menurutnya, keadaan ketika ini sangat kritikal kepada peniaga kerana ada juga dalam kalangan mereka yang kadangkala tidak dapat memungut walaupun satu sen hasil jualan dalam tempoh sehari.

“Malah saya sendiri pernah peroleh RM2 saja sehari. Dengan wang jualan sikit sebegini nak bayar sewa pun tak lepas dan kebanyakan kami terpaksa guna wang dari sumber lain sebagai modal pusingan.

“Kalau keadaan ini berterusan, memang kami akan gulung tikar. Kami masih bertahan sampai sekarang sebab fikirkan modal melebihi RM20,000 yang telah dilabur untuk beli peralatan dan hias kiosk,” katanya.

Peniaga kiosk Keropok Cap Mutiara, Nur Akmal Alias, 36, yang berniaga di hentian itu sejak lapan bulan lalu berkata, apa yang mereka alami sekarang adalah keadaan yang sangat dahsyat berikutan masalah kekurangan pengunjung yang ketara walaupun mereka difahamkan jumlah aliran trafik di LPT2 pada hari biasa adalah kira-kira 300,000 sebulan manakala pada musim perayaan dan hujung minggu lebih kurang 700,000 jumlah pengguna sebulan direkodkan.

“Saya kerap tidur kat kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tak pernah jumpa makhluk halus. Jadi tiada apa yang patut digeruni oleh orang ramai untuk singgah di sini,” katanya.


16 kiosk beroperasi

Hentian R&R Perasing memiliki sebanyak 32 buah kiosk makanan dan minuman yang memiliki 300 buah kerusi, dua kiosk dalam kaca bersaiz besar, 44 buah tandas dan kemudahan lain seperti surau yang besar serta taman permainan kanak-kanak.

Setakat ini hanya 16 kiosk minuman dan makanan yang beroperasi sementara bakinya masih kosong dan daripada jumlah kiosk beroperasi itu mereka menjual variasi makanan dan minuman termasuk yang beridentitikan Terengganu iaitu keropok lekor.

Dalam pada itu, peniaga kiosk produk bakeri pula, Mohsin Mokhtar, 37, berkata, dia amat gembira jika berjaya memperoleh hasil jualan RM100 sehari.

“Sekarang saya terpaksa guna duit dari perniagaan lain untuk terus berniaga di sini. Malahan dah empat kiosk ditutup di sini, kalau kesemua peniaga lari yang ruginya kerajaan negeri juga sebab bangunan ini mungkin terbiar begitu saja.

“Yang penting kerajaan juga perlu segerakan pembinaan jalan dari kawasan penempatan di Jabor dan Perasing Jaya ke sini untuk bolehkan penduduk sekitar ini datang makan dan minum di sini tanpa lalui lebuh raya,” katanya.

Menurut seorang lagi peniaga air minuman dan snek, Napisah Mat Saman, 52, pendapatan dia dan suaminya, Syed Jafaar Yahya, 48, hanya bergantung pada kutipan hasil jualan kiosk mereka itu.

“Duit hasil jualan ni nak buat makan pun tak lepas. Inikan pula kalau nak buat bayar sewa RM530 sebulan. Patutnya sewa asal RM1,060 tapi pihak konsesi bagi diskaun separuh harga,” katanya.


Jadikan meeting point

Mengulas mengenai masalah yang membelenggu peniaga itu, Exco Infastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman menzahirkan rasa simpati dengan nasib kesemua peniaga hentian tersebut.

Menurutnya, beliau akan mengatur perjumpaan dengan kesemua penjual tersebut dalam masa terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Buat masa ini saya dah berbincang dengan pihak pengurusan Plus Malaysia Bhd agar tidak menaikkan kadar sewaan dan caj-caj sehingga keadaan bertambah baik di pihak penjual.

“Antara langkah yang kita boleh ambil adalah menjadikan kawasan R&R Perasing ini sebagai ‘meeting point’ masyarakat di kawasan ini. Ini boleh terlaksana dengan pembinaan jalan yg menghubungkan R&R ini dengan kawasan sekitar seperti dalam perancangan asal. Kos pembangunan jalan perhubungan ini dianggarkan sebanyak RM20 juta,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-rm10-1.613793


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 09:29 PM | Show all posts
Standardlah highway sendu. Macam R&R LEKAS. Lagi pula R&R Perasing ni macam jauh sangat ke dalam..... kalau setakat beli air memang tak lah.....

mungkin kerajaan Ganu boleh bubuh daya tarikan lah macam zoo ka, roller coaster percuma ka.... berbaloi lah nak singgah kot....

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pon perasing..bertabahlah macik
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pikir poket sendirilah. Melayu ni gitu lah. Nak tunggu rugi gila baru nak tersedar. Accounting tak mahu buat. Bukan kerajaan nak bagi ko makan sampai nak simpati kerajaan rugi. Depa lah kena buat kerja utk memastikan hasil pelaburan mereka dapat pulangan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah geng viral citer hantu yg bodo....sendiri punya cuai...tak boleh nak salahkan yahudi so salahkan hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pn Perasing, kedudukn pn terasing... sape je yg snggup nk detour semata nk msuk kt dlm tu... p suggest mna2 pihak suh buka 1 petrol station ctu...bru lah ada sket org nk msuk... dh 2 thn kn LPT2 ni buka...xda ke org nk buka stesen minyk ctu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg murah rezeki mrk....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah lah..sepanjang aku lalu lpt2 pun xterasa nak masuk rnr perasing atau sewaktu dgnnya yg trpksa corner masuk dalam.kawasan dia mmg la besar dn selesa tp kalau malam2 seram la sket..aku lbh suka berhenti rnr gambang atau temerloh sbb tepi hway je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 10:16 PM | Show all posts
buat stesen minyak kat R&R Perasing ni jer, R&R lain tak payah. kasi semua berhenti situ nak isi minyak. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rnr dia x dok tepi highway ke..
Nape laa buat gitu..
Kat heway plus elok je rnr boleh nmpk kiri kanan dr heway..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar nama tempat tu. Baru onggg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cer letak satu kfc ke mcd ke kat situ..mst ade singgah
n mst ade gak akn g kedai2 lain kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Byk betol kisah Lpt2 ni
Ni mesti terpengaruh cerita kedai brhantu tepi jalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak dap,  cina,  yahudi,  salah hantu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:53 PM | Show all posts
aechae replied at 19-1-2017 09:46 PM
Nama pn Perasing, kedudukn pn terasing... sape je yg snggup nk detour semata nk msuk kt dlm tu... p  ...

btol tu.. letak stesen minyak shell ke petronas baru hidup sikit kwsn tu, baru org rasa berbaloi singgah. skrg ni xde stesen minyak proper..kt hentian mana ntah ada pam minyak petron level kiosk je..
tp aku fikir tokey stesen minyak pun x berani amik risiko invest buat stesen kt situ, bisnes lebat time cuti panjang je..bila nk pulang modal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rnr dia bukan tepi jalan.. kena pusing mcmana ntah nak masuk situ..
Rs mcm pelik pun ye.. spjg jalan gelap gelita tiba2 ada kwsn lampu terang benderang..
Sebiji ketuit keta pun tak dak..
Lagi la takut aku nak berenti singgah..
Selalu kan rnr happening siang malam pagi ptg tp hat ni mcm scarry pun ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 11:59 PM | Show all posts
family aku dh siap pesan, bila drive sorg nk balik tganu jgn singgah R&R tu..bukan sbb takut hantu. tp sebab tmpt tu jauh dari main road, jalan nk ke situ sunyi. risau kot ada perompak ke penyamun ke duk menunggu sblm nk smpi ke R&R tu. jahat2 hantu jahat lg manusia
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni salah dapig nih  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:07 AM | Show all posts
lostfaith replied at 19-1-2017 09:43 PM
Salah geng viral citer hantu yg bodo....sendiri punya cuai...tak boleh nak salahkan yahudi so salahk ...

yang percaya pun sama bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:08 AM | Show all posts
Aneem replied at 19-1-2017 11:56 PM
Rnr dia bukan tepi jalan.. kena pusing mcmana ntah nak masuk situ..
Rs mcm pelik pun ye.. spjg jala ...

R&R ini boleh nampak ke idok dari highway??
kalau tak nampak dari hghway akak pun tak kuasa nak singgah, bukan soal hantu ke apa... soal nya tak convenient kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.295632 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list