CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 13

[Jenayah] Rasuah: Pemangku CEO, pengurus GLC ditahan untuk siasatan

[Copy link]
Post time 19-1-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pemangku ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar 'Datuk' kerana disyaki terlibat rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Turut ditahan ialah seorang pengurus jualan antarabangsa syarikat GLC itu.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan tahanan kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 58 dan 36 tahun.

Menurut sumber, mereka dipercayai terlibat dalam amalan rasuah dan menyalahgunakan kuasa berkaitan projek elektronik pasport (E-pasport) sebuah negara di benua Afrika antara tahun 2013 dan 2015.

"Kedua-dua suspek ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, di ibunegara pada kira-kira 12 tengah hari tadi.

"Mereka dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara bagi pelaksanaan E-pasport," katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber itu berkata syarikat GLC berkenaan telah menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan negara itu bagi tempoh 15 tahun untuk melaksanakan kemudahan permohonan E-pasport.

"Kos bagi setiap E-pasport yang dihasilkan ialah USD$46 dan syarikat tersebut perlu membayar sebanyak USD$23 daripada jumlah itu kepada kerajaan negara terbabit.

"Bagi memudahkan urusan, syarikat terbabit dikatakan melantik sebuah syarikat swasta di negara itu (Benua Afrika) sebagai rakan kongsi tempatan yang satu perjanjian telah ditandatangani. Sebanyak USD$5 akan dibayar kepada syarikat rakan kongsi tempatan tersebut bagi setiap E-pasport yang dihasilkan sebagai bayaran perkhidmatan," katanya.

Sumber berkata sebelum menandatangani perjanjian itu, Datuk berkenaan telah berjumpa dengan pemilik syarikat rakan kongsi tempatan dan memintanya untuk membayar USD$1 daripada USD$5 yang dibayar kepada syarikatnya dengan memberi alasan bagi menjaga nama baik syarikat swasta berkenaan.

"Ia termasuk menjamin kontrak perjanjian antara kedua-dua syarikat bagi Projek E-pasport itu berterusan sehingga tamat tarikh konsesi tanpa disabotaj.

"Pemilik tersebut telah akur kepada permintaan tersebut kerana enggan melepaskan kontrak yang telah diberikan kepadanya oleh syarikat GLC terbabit," tambahnya.

Menurut sumber, kedua-dua suspek itu akan meminta pemilik syarikat swasta itu membuat bayaran tersebut secara tunai dengan menandatangani surat pengesahan pembayaran, sedangkan wang tersebut tidak pernah diterima oleh pemilik syarikat.

Tambah sumber, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang telah berkhidmat di GLC tersebut hampir tujuh tahun disyaki telah menerima wang rasuah kira-kira RM500,000, melibatkan mata wang Euro dan USD.

"SPRM juga telah membekukan beberapa akaun milik Datuk, isteri dan anaknya yang mengandungi wang kira-kira RM1 juta.

"Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.

Difahamkan, Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd juga memegang hampir 25 peratus saham syarikat GLC itu, melibatkan nilai kira-kira RM200 juta sejak tahun 2013.

Mengulas lanjut kes itu, Simi berkata SPRM memandang serius kes berkenaan kerana syarikat GLC tersebut mempunyai akses kepada maklumat sulit dan rahsia berhubung kait dengan negara asing itu.

Beliau berkata perkara itu amat membimbangkan kerana kedua-dua suspek kemungkinan akan mendedahkan sebarang maklumat semata-mata untuk mendapat ganjaran.

"SPRM meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan kedua-dua suspek ini untuk tampil membantu siasatan. Mereka dijangka direman esok di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba check berapa kali mamat berdua ni pergi umrah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka2 yg kena tahan ni apa hukuman sebenarnya  yg bakal diterima
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
'Gajah' depan mata yg dapat derma billion ringgit dari keluarga raja Arab tuh, SPRM tak nampak kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:30 PM | Show all posts
iqbalriad replied at 19-1-2017 09:48 PM
Cuba check berapa kali mamat berdua ni pergi umrah...

Maksudnya mereka melayu laa
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
iris corp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 10:53 PM | Show all posts
ala ni cerita rekaan ilusi semata2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu replied at 19-1-2017 10:19 PM
Mereka2 yg kena tahan ni apa hukuman sebenarnya  yg bakal diterima

catch and release
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 19-1-2017 10:49 PM
iris corp

Tu la tekaan kita sama..ceo nya ca ya ka malay?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 19-1-2017 10:23 PM
'Gajah' depan mata yg dapat derma billion ringgit dari keluarga raja Arab tuh, SPRM tak nampak kewww ...

Nama pun derma so sprm sahkan bkn rasuah la  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 19-1-2017 03:25 PM
Nama pun derma so sprm sahkan bkn rasuah la

Kannnnnn....  

Semua yg terima rasuah tuh, sila claim dapat derma okeeehhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Felda prodata ke ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 02:07 PM | Show all posts
Rasuah: Pemangku CEO, pengurus jualan GLC direman enam hari                                                Januari 20, 2017 11:57 MYT                    




                                 Mereka dilaporkan ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari semalam. - Foto SPRM

PUTRAJAYA: Dua individu termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar 'Datuk' direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa projek pasport elektronik (e-pasport) di sebuah negara di benua Afrika.

Turut direman ialah pengurus jualan antarabangsa GLC terbabit.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki, masing-masing berusia 58 dan 36 tahun itu sehingga 25 Jan ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.55 pagi dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Mereka dilaporkan ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Menurut sumber SPRM, sejumlah mata wang asing merangkumi euro, dolar Amerika dan mata wang negara Afrika bernilai kira-kira RM250,000 yang ditemui di kediaman CEO tersebut turut disita semalam.

Katanya beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Semalam, Bernama yang memetik sumber SPRM, melaporkan suspek dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara bagi pelaksanaan e-pasport.
Menurut sumber itu juga SPRM membekukan beberapa akaun milik CEO tersebut, isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM1 juta. -- Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 02:48 PM | Show all posts
syabas sprm!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067066 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list