CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6815|Reply: 35

[Tempatan] The Mudzaffar Hotel, Melaka hotel mewah 5 bintang tidak hidangkan arak

[Copy link]
Post time 20-1-2017 02:09 AM | Show all posts |Read mode
SEBAIK saja kita memasuki kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, mata kita akan tertumpu ke sebuah hotel 5 bintang terbaru yang pembinaannya berkonsepkan pemerintahan kesultanan Melayu zaman dahulu.

The Mudzaffar Hotel mengandungi 288 bilik mewah, hotel ini mengadap tasik dan yang paling istimewa, terdapat sebuah binaan ala kapal Laksamana Cheng Ho sebagai mengimbau memori negeri penuh bersejarah ini.

Namun tak siapa menduga, hotel yang berharga ratusan juta ringgit ini adalah diusahakan oleh seorang anak kampung dari Kluang, Johor yang seorang bekas wartawan, peguam dan aktivis masyarakat, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Semalam aku bertemu dengan beliau ketika bersama-sama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis minum petang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Johor (JPNJ) di Johor Bahru.

Kami berdua mengenali satu sama lain kerana pernah sama-sama sekolej dulu. Selepas majlis tersebut, Khairul Anwar mempelawa aku untuk menginap di hotelnya.

Bagi memenuhi hasrat seorang sahabat, aku pun drive dari KL ke sana. Bila tiba di MITC, puas aku tercari-cari nama hotel yang beliau sebutkan.

Aku dok ingat hotel tu macam hotel bajet yang sekarang ini tumbuh bak cendawan selepas hujanlah.

Rupa-rupanya aku salah, absolutely salah – it’s a classic luxurios hotel bro!

Macam yang aku cerita tadi, aku mengenali Khairul Anwar sejak zaman study lagi.

Beliau bukan anak orang kaya, lebih tepat anak penjual kuih dan nasi lemak kat Kampung Melayu, Kluang.

Lepas dapat ijazah undang-undang dari UIA, Khairul Anwar memilih untuk menjadi wartawan dan bukan dalam bidang perundangan. Di sini kami bertemu kembali.

Walaupun kami berlainan agensi, tetapi adakalanya kami terserempak di tempat tugasan.

Khairul Anwar yang ketika itu bertugas di Berita Harian pernah terpilih memenangi hadiah tertinggi kewartawanan negara, Anugerah Kajai di atas kejayaannya membongkar kemelut birokrasi dan ketirisan di pejabat tanah.

Selepas itu aku langsung tak dengar khabar berita beliau.

Rupa-rupanya beliau meninggalkan dunia kewartawanan dan membuka firma guaman sendiri sebelum menceburi pula bidang hiasan dalaman. Kalau korang masih ingat, rancangan TV terkenal, Casa Impian - itulah syarikat yang diusahakannya.

Dari situ rezeki Khairul Anwar mula mencurah-curah. Atas rasa untuk menyumbang balik kepada masyarakat, Khairul mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah NGO perundangan yang dikenali sebagai Sukaguam.

Kalau aku nak imbas balik, keluarga beliau bukan orang senang. Khairul Anwar anak keempat dari sembilan adik-beradik. Beliau dari kecil menolong emaknya, Kamariah Ariffin menjual nasi lemak dan kerepek.

Tetapi aku nak kongsi satu rahsia…setiap kali emaknya itu memasak nasi, dia pasti akan berselawat sebelum hidangkan kepada mereka adik beradik.

Setiap hari juga Kamariah akan bacakan surah Yasin dan kertas penanda kitab suci itu adalah gambar anaknya itu bro!

Dia juga awal-awal lagi dah bagi tahu yang Khairul Anwar akan jadi peguam, akaknya akan jadi doktor, yang ini akan jadi akauntan, yang ini akan jadi cikgu…akhirnya dengan izin ALLAH, setiap daripada mereka memiliki ijazah dan bertugas dalam bidang yang dia sebutkan itu!

Mengenai bidang perhotelan yang beliau ceburi sekarang, ini adalah bidang terbaru yang diterokainya selepas sektor hartanah dan perundangan.

Menariknya, hotel 5 bintang ini tidak menghidangkan arak untuk para tetamu mereka.

Namun untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah. Pelbagai onak dan cabaran yang beliau tempuh. Masa mula-mula buka firma guaman dulu, beliau bekerja berbulan-bulan tanpa bisnes.

Bila buka Sukaguam dan membela masyarakat yang teraniaya, beliau dituduh dibiayai dan ada agenda tertentu.

Beliau juga pernah terlibat dalam usaha membebaskan sepasang ibu bapa Melayu yang ditahan kononnya mencederakan anak mereka di Sweden suatu ketika dan ketiku itu beliau pulak dituduh cuba sabotaj hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Tetapi Khairul Anwar tak pernah putus asa bro. Beliau tetap berdoa berdoa dan pada masa yang sama memaklumkan kepada emaknya di kampung agar sentiasa mendoakannya.

Alhamdulillah. Doa ibu itulah yang membakar semangat beliau untuk terus gigih berusaha sehingga memiliki apa yang kita lihat sekarang.

Aku angkat topi pada anak muda ini. Salute Datuk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 12:05 PM | Show all posts
gambau pun tak ada, bangangnyer level reporter.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:36 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:58 PM | Show all posts
gambar hotel pun tak de camner nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya reporter. Zaman serba handphone berkamera ni pun kau nak tepek satu gambar punyalah kedekut pemalas. :
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya reporter. Zaman serba handphone berkamera ni pun kau nak tepek satu gambar punyalah kedekut pemalas. :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2017 01:20 PM | Show all posts
gambar mana?
nak tengok jugak tahap kemewahannya tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni gambar hasil dari google  

http://www.revolusiilmu.com/thev ... na-hotel-5-bintang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 02:32 PM | Show all posts
cmne dapat 5 bintang kalau x hidang arak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 20-1-2017 01:45 PM
Ni gambar hasil dari google   

http://www.revolusiilmu.com/thevocket/berkat-doa-ibu-anak-kampun ...

Gambar je gah tapi website hanjeng tak user friendly lansung. Akak bersangka baik barangkali hotel ini belum dibuka sepenuhnya or ntah la tatau apa reason sebab hanjeng sangat website deyol check price pun takda.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:08 PM | Show all posts
saudara baru lepas menginap di hotel ni bole tahan la mgm nampak mewah dlm suasana zaman dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:18 PM | Show all posts
chazey replied at 20-1-2017 02:57 PM
Gambar je gah tapi website hanjeng tak user friendly lansung. Akak bersangka baik barangkali hotel ...

exactly..website hauk.. x tunjuk gambar bilik keseluruhan..jenis2 bilik pon xde..harga lagi laa haram xde, apatah lagi kalo nk book online kt website.. mohon hotel mgmt alert dgn benda2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
goyangpinggung replied at 20-1-2017 03:08 PM
saudara baru lepas menginap di hotel ni bole tahan la mgm nampak mewah dlm suasana zaman dulu2

Ada gambar bilik dan dalam hotel x? Berapa rate?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:26 PM | Show all posts
syabas anak melayu

hotel 5 bintang yang mengambikira pelbagai kepentingan mengikut tuntutan syarak
pasti menjadi pilihan di kalangan muslim
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:27 PM | Show all posts
pooh~key replied at 20-1-2017 05:03 AM
Bangang punya reporter. Zaman serba handphone berkamera ni pun kau nak tepek satu gambar punyalah ke ...

bukan salah reporter la sistur.. tt yang patut kena hamun sebab copy paste artikel tapi tak complete letak gambar.
Artikel asal dalam the vocket elok je ada gambar semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
makshu replied at 20-1-2017 03:18 PM
exactly..website hauk.. x tunjuk gambar bilik keseluruhan..jenis2 bilik pon xde..harga lagi laa ha ...

Kan uol? Padahal tu ada porumer bagitau sedara he/she dah menginap kat hotel ni so akak assume hotel ini patutnya sudah operate la kan? Motif kat website info tentang rega, jenis bilik, camna nak book, lansung takda? Masuk kat Booking ka, Agoda ka pon takda lansung info hotel ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 03:34 PM | Show all posts
chazey replied at 20-1-2017 03:32 PM
Kan uol? Padahal tu ada porumer bagitau sedara he/she dah menginap kat hotel ni so akak assume hot ...

hotel baharu, dimiliki pula melayu

selalunya bakal mendapat diskriminasi di kalangan
persatuan pemilik hotel, selain portal2 booking online

ini mudah dijangka
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 20-1-2017 03:27 PM
bukan salah reporter la sistur.. tt yang patut kena hamun sebab copy paste artikel tapi tak comple ...

Oy iya? Maafkan akak wahai sis reporter sekalian. Nanti akak beli kneepad marangkak cari sis reporter tu iya.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal dari fb syahril a kadir
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:50 PM | Show all posts
nmpk menarik..ade ciri2 tradisional di situ
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078859 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list