CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Pelbagai] ...Idea EXPLORE/RASA : tips ke serata benua...

  [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2017 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
marla69 replied at 12-12-2017 06:08 PM
Tips umrah
Yang penting bawa baby oil or minyak zaitun, boleh apply kat badan n tgn supaya tak kere ...

Nasi tambah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-12-2017 01:49 PM
Nasi tambah

Mmg betul,  nota ni di tempel kat setiap tmpt terdptnya air zam zam
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Interested dgn travel yg naik caravan tu... Yg ramai2.... Cntek... Dye bwk g tmpt yg scenery cntek2 instead of g shopping... Which i x gemo sgt... Huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:13 PM | Show all posts
sis xde tips ape2 cume sis harap sis dpt buat umrah di usia yg muda dlm keadaan yg sihat n tenteram... hihi...pnah travel g bandung sekali jek..best memg best tp sis xtahan penat haha...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya belum pernah travel luar negara lagi, cuma travel dalam negara je. Jadi saya cuma boleh bagi tips melancong dalam negara. Kalau nak melancong ke sabah dan sarawak first yang kita kena buat ialah rancang perjalanan supaya kita tak terover budget.Naik kenderaan bas express lebih baik dan murah berbanding kereta sewa atau teksi. Sebab teksi di sana ada segelintir yang ambik kesempatan kenakan caj cekik darah tanpa guna meter so lebih baik req uber atau grab. Pilih percutian di kawasan pendalaman, ada banyak tempat cantik dan penginapan yang selesa. paling penting survey melalui socmed tempat-tempat yang anda ingin travel sebelum fly ke sana. Kalau rancang dengan betul anda boleh bercuti ke kawasan pergunungan, sungai, pulau dan etc dalam bajet yang murah dan berpatutan..Makanan halal juga senang di jumpai.. Atau anda boleh cari kawan dari sabah dan sarawak untuk membantu..Yang paling penting kita kena hormat adat resam budaya setempat. Jangan risau penduduk ctu very friendly and helpful too..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah setakat ni da berpeluang pergi beberapa buah negara.
Semua pon ada keistimewaan yang tersendiri.
Time ade bajet lebih, mase tu ade la berani sikit jalan2 europe..
Tp time kurg mampu, indonesia pon ape kurgnya..
Antara tempat yang plg best dan sangat tenang adalah Acheh.
Awal2 nak pegi tu takut juga.. yerla.. kita nk pegi tempat yang penah ade sejarah hitam kan.. hehehe
Tp alhamdulillah.. sangat2 excited.
Tempah hotel melalui agoda. Betul2 dekat dgn masjid baitul rahman..
Kat situ mmg ada pasar utama utk pelancong2 shopping.
Jadi selain boleh melawat tempat bersejarah time ade mase free boleh la lari2 sekejap p shopping hehehee

Time tu bawa satu beg tak penuh baju pon.
Banyak beli baju kat sana.
Lawa2 dan murah2..

Siang hari abeskan masa melawat semua tempat bersejarah.
Petang pula boleh berjalan ke pantai2 yang terdekat.
Makanan dia pula jgn cakap... mmg sangat sedap.. mmg kene sangat dengan selera kita org malaysia.

Oh ya.. kalau hari jumaat kita boleh tgk ade skuad wanita yang akan meronda.. dia akan check kedai2 supaya tutup bg menghormati solat jumaat.. kaum lelaki pula mmg wajib g masjid la kan..
Kalau waktu maghrin setiap hari tu.. sebelum masuk waktu azan akan ada peronda yang meronda kat pantai2 utk gesa semua pengunjung pulang n menghormati waktu maghrib.

Acheh mmg tenang sangat...
Banyak juga pengajaran yang kita boleh dapat..
Tak rugi kalau nak berjalan2 ke sana.. hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2018 03:01 PM | Show all posts
nandemoii replied at 11-5-2017 03:50 PM
ops, rasa mcm my previous post off topic pulak. ya ampunn...

anyway utk certain tempat yg i perna ...

bookmark
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2018 03:04 PM | Show all posts
Princess_Archer replied at 3-1-2018 08:02 PM
Alhamdulillah setakat ni da berpeluang pergi beberapa buah negara.
Semua pon ada keistimewaan yang  ...

Tak ingat ada komen sebelum ni ke tak...nak beli pantsuit kat Acheh murah around RM80 camtu...kualiti gak...saiz kecil sampai la yg 6XL pun ada...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2018 02:02 PM | Show all posts
source- CARI forum

Masjid bukan sekadar tempat beribadat. Keindahan dan kemurnian di sebalik seni binanya cukup menarik untuk diabadikan. Kajian pada 2016 menunjukkan keseluruhan umat Islam berjumlah 2.18 billion iaitu kira-kira 28.26 peratus penduduk dunia. Jadi, pasti banyak masjid dibina di seluruh dunia.



Jom tengok 7 daripada 20 masjid paling indah di seluruh dunia seperti dipetik dari portal HiConsumption.




1. MASJID NABAWI, MADINAH, SAUDI ARABIA


Masjid Nabawi





Masjid pertama didirikan Nabi Muhammad SAW bersama pengikutnya ketika peristiwa Hijrah pada 622 Masihi. Baginda Rasulullah juga dikebumikan di sini, di mana letaknya kubah hijau. Masjid Al-Nabawi adalah tempat suci kedua bagi umat Islam.




2. MASJID QOLSARIF, RUSSIA



Masjid Qolsarif





Dibina dalam abad ke-16, Masjid Qolsarif merupakan masjid terbesar di Russia sebelum dimusnahkan ketika peperangan Kazan, namun ia dibina semula pada 1996 dan sebahagian besarnya dijadikan muzium. Bagaimanapun, pada musim perayaan, masjid ini dipenuhi penganut agama Islam untuk menunaikan solat.




3. MASJID PUCHONG PERDANA, MALAYSIA



Masjid Puchong Perdana





Masjid yang dibuka pada 2006 ini kelihatan seperti terapung di atas air dan amat cantik dari sudut tertentu di bawah percikan cahaya mentahari. Malah, ia mendapat pengiktirafan sebagai Masjid bertaraf lima Bintang. Masjid ini mampu menampung sehingga 4000 muslimin dan muslimat.





4. MASJID UMAYYAD, DAMSYIK


Masjid Umayyad




Selepas orang Islam menakluk Damsyiq pada 634, masjid ini dibina di kawasan yang pernah terdirinya sebuah geraja Kristian yang didedikasi untuk Nabi Yahya. Di sini juga dimakamkan pahlawan Islam, Salahuddin al-Ayyubi. Damsyiq adalah tempat tumpuan penganut agama Islam dan Kristian pada masa lampau.



5. MASJIDIL HARAM, MAKKAH


Masjidil Haram





Satu dunia tahu orang Islam berkiblatkan Kaabah dan tempat suci ini merupakan masjid terbesar dan tertua di dunia. Pada musim Haji, ia  merupakan pertemuan paling besar di dunia iaitu sehingga lebih 2 juta umat Islam datang ke sini. Para akademik dan sejarawan berpendapat, Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali di mana pembinaan pertamanya dilakukan oleh Nabi Adam AS, diikuti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.



6. MASJID BIRU, ISTANBUL


Masjid Biru




Nama rasminya adalah Masjid Sultan Ahmed dan menerima kunjungan daripada jutaan pelancong pada setiap tahun. Dinding bahagian dalam dihiasi dengan kira-kira 20,000 keping jubin seramik biru buatan tangan. Di tingkat atas pula dihiasi lampu candelier cantik. Telur burung unta diletakkan di atas candelier supaya ia tidak bersawang.



7. MASJID KRISTAL, MALAYSIA


Masjid Kristal




Dirasmikan pada 2008, masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat serta liputan WiFi. Ia diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.




Damai dan tenang untuk beribadat




Cantik, kan kesemua masjid ini? Bangga juga sebagai anak Malaysia kerana ada masjid kita turut tersenarai antara 20 masjid tercantik di dunia. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips travel especially ke tempat yg susah nak dapat makanan halal:

Bawak megi/hot cup and sardin dalam tin, just in case.. Kot2 terdesak tak jumpa kedai halal. Atau kot2 lapar tengah2 malam tapi nak klua lewat takut sebab tempat orang pastu all girls. Takut hantu lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2018 09:27 AM | Show all posts
hiswife replied at 21-1-2018 11:19 PM
Tips travel especially ke tempat yg susah nak dapat makanan halal:

Bawak megi/hot cup and sardin  ...

Berahim's, pek bubur nasi @ lambuk Quaker Oats @ Nestle, Milo 3 in 1, Mamee Monsters plus serunding pelbagai, sambal ikan bilis @ sambal hitam, sambal garing Che Nor...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2018 09:27 AM
Berahim's, pek bubur nasi @ lambuk Quaker Oats @ Nestle, Milo 3 in 1, Mamee Monsters plus serundin ...

Yeszaaa.. berahims the best!
Tak travel pon i beli buat stock in case tengah malas terus boleh masak dengan pantas

Dulu duk jauh dari tanah air tak meraso sambal serunding semuo tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukanya dgn thread travel ni.
I pun suka travel, so far kerap ke belah2 Australia dgn NZ.
so far I dah sampai ke Melbourne (8 kali dah kot..lost count) Sydney, Darwin (rare ni hehe), Brisbane/ Gold Coast, North Queensland. Tasmania dan jugak South Island kat NZ pegi 2 kali.
Pegi semua plan sendiri, tak pakai agent.

Tips nak drive sendiri kat Australia.Yang dah biasa pegi tu tak penting kot baca ni hehe.
1. Follow speed limit, terlebih 5km/h pun boleh kena saman. Nanti saman dia hantar kat address kat msia. or kita settle dgn rental car company la. Takyah tggu balik Msia baru nak bayar.

2. Familiarkan dgn masa parking utk satu2 tempat. Biasa kat parking ada tulis 1/4P, 1P, 2P etc. Tu maknanye limit berapa lama boleh parking kat tempat tu.Kalau tempat busy mcm shopping mall biasa 1P, 2P. So walaupun bayar parking, cukup masa kena alihkan kereta parking tempat lain or exit the mall.  Lupa pulak nak habaq, 1/4P tu maknanya blh parking 15 minit je kat situ, biasa drop off and pick up area.
1P tu boleh parking 1 jam je, 2P 2 jam dan seterusnya.
Jangan dok gatal tinggal keter lama2 tak follow limit, nanti ada parking inspector round kena saman naya je..

3. Yang ada anak kecik tu mesti dudukkan kat baby seat atau booster seat. Ikut umur dorang la.
Masalahnya org Msia ramai yg tak pakai baby seat ni kat Msia. So boleh jadik haru biru kalau first time bawak anak pg travel overseas kalu tk biasa duduk lama2 dlm baby seat. Suggestionnya sebulan dua sebelum travel tu, biasakan la anak duduk dlm baby seat or booster kat Msia.
Baby seat or Booster seat tak payah bawak dr Msia. Car rental boleh provide tapi kena  bayar la sikit.

4. Kalau drive kat Melbourne, sebelum tu familiarkan undang2 especially kalau nak drive kat Melbourne city.Ada satu undang2 yg org Msia tak biasa which is Hook turn. Dia macam u kena tggu kat tengah2 junction after traffic light  hijau, pastu stop kejap kat tengah2 simpang tu.kena makesure depan clear baru boleh balas ke kanan.Lebih kurang gitu la. ni kat melbourne city je ada.Google la sendiri nanti haha.

5.Pastu nak sewa keter tu makesure ikut berapa boleh muat.Kalau maximum 8 seaters, bawak 8 org je. Tak boleh lebih or nak sumbat2 eventhough yg nak disumbatkan tu baby.
6.Last but not least. Seat belt kena pakai at all times. Walaupun nak pg kedai depan rumah je.

Yang lain2 nanti I cerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Levespa at 22-1-2018 09:06 AM

utk pengalaman travel yg maksima if travel sendiri tanpa travel agent, WAJIB study segala benda.. antaranya;

1.perkara pertama kena cek cuaca dulu.. cek waktu paling sesuai utk visit sesuatu tempat tu.. kalau negara bermusim tentukan musim apa korang nak experience.. elakkan musim hujan atau waktu terlalu sejuk dan waktu siang terlalu pendek..walaupun waktu ni low season boleh jimat banyak tapi kalau tak puas hati nanti tak guna juga kan.. sesetengah tempat pun akan tutup pada tarikh tertentu.. jadi pastikan cek dan rancang date betul2..

2.   cek dulu attractions yg  korang nak pergi.. study dulu dari segi opening hours, transportations, fees etc.. kalau tempat sesak dan ramai org, sila beli tiket online jika ada.. baca jugak review berbaloi ke tak nak ke tempat tu, korang suka ke tak..jgn nak pergi semata2 popularity tapi sebenarnya korang tak minat pun tempat tu..   

3. susun attractions yg korang nak pergi mengikut opening hours dan locations... jadi korang boleh jalan satu hala pada masa yg telah dirancang , utk jimat kos, tenaga dan masa juga akan digunakan sepenuhnya..

4. kalau nak lagi best pergi dua tiga negara at one go.. especially europe sebab negara dia dekat2 aje.. boleh ambil flight multy cities contohnya fly ke luxembourg, balik ikut austria

5. Study jugak dari segi safety, scams dan tips2 lain utk elakkan sebarang kejadian tak diingini

6. study hotels dari segi review, harga, ada free airport transfer ke, free breakfast ke, free pocket wifi ke, dan paling penting safety dan dekat dengan public transportation

7. bagi yg minat shopping boleh study utk compare tempat shopping paling murah, bila time banyak sales etc

tips2 lain

1. connections!
sesampainya di airport I memang terus beli simcard sekali dengan data sebab ini sangat penting.. remember, internet is your best travel buddy!

2. berjimat cermattt
dan ultimate tips kalau nak travel dua tiga bulan sekali... kena jimat cermat selagi boleh... cara utama I nak jimat dengan bawak makanan sendiri siap pack telur dalam bubble wrap.. masuk pulak dlm bekas kedap udara.. tak pecah pun hihii..sangat jimat especially kalau ke negara yg mahal macam jepun n europe..

sayur yg tahan lama mcm carrot timun dan terung pun bawak.. ready to eat meals, kuah2 dlm pek mcm brahim’s tu wajib bawa.. siap bawak dan masak dlm rice cooker lagi.. tapi jepun alat elektrik kita tak boleh pakai kat sana.. but no worries homestay diorang lengkap.. makan la jugak kat luar tapi sekali sehari mcm tu je..kecuali kalau tempat makan best mcm bangkok dan bandung memang mostly makan di luar.. tapi kalau australia tak boleh bawak bahan makanan kita.. europe n asian countries mostly boleh

-boleh jugak study utk dapatkan freebies macam kalau di jepun boleh ke Japan National Tourism Organization utk pakai kimono free n dapatkan information lain

http://www.jnto.go.jp/eng/arrange/travel/guide/tic.html

in  europe u guys can try some of these activities

https://www.hostelworld.com/blog/50-things-to-do-for-free-in-europe/

3. Checklist
checklist juga sangat penting.. make sure takde tertinggal apa2.. mcm ada sorang kawan tu travel jauh2 from terengganu to Kl, betul2 sebelum check in baru dia sedar passport tertinggal! burnt gitu aje flight tickets.. nasib baik ke negara asia aje tiket tak la mahal mana.. tapi still.. tak best la kalau jadi mcm tu kan

kesimpulannya yg penting kena rancang sebaiknya dan mcm I memang buat plan hour by hour siap makan apa pergi mana dan buat aktiviti apa. . kena rajin study la.. dan sesungguhnya forum cari ni adalah antara sumber bacaan wajib bagi I sebelum ke sesuatu tempat.. banyak dapat tips yg sangat berguna..

selamat travel semua!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak next travel
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Levespa replied at 22-1-2018 04:58 PM
utk pengalaman travel yg maksima if travel sendiri tanpa travel agent, WAJIB study segala benda.. an ...

Memang betul apa yang you list kan ni. Ni jugak yang I buat bila nak travel sendiri.
Timing atau season tu sangat2 penting. Jangan sebab nak carik tiket murah punya pasal, tapi timing tak kena terus holiday tu jadi tak enjoyable.
Contohnya trip to Australia, elakkan pegi Australia dari bulan 11 hingga awal bulan 3.
I tau ramai yg ambik kesempatan cuti sekolah hujung tahun. Tapi ni masa yg tak sesuai sebab time ni Summer in Australia. Summer kat Australia boleh jadik extreme sangat sampai suhu 42-50 C.
Ramai Msian yg pegi time ni tak dapat good experience sebab panas melampau anak2 pun tak seronok sebab jadik exhausted.
Pengalaman i sendiri pegi Melbourne hujung January/awal February, ada heat wave dgn bush fire merata2. Bila dah heat wave, train pun banyak kena cancel sebab railway mengembang.Besi pun boleh kembang, bayangkan la panasnya camane.
Tu la last I travel to Australia bulan 2. I rasa the best time ialah bulan 4 hingga bulan 9. Time ni Winter/Spring/ Autumn.
Walaupun sejuk, atleast boleh pakai baju berlapis2. Kalau panas seksa oii.
Cuma bila travel time winter/ autumn/ spring kena plan trip betul2 sebab malam panjang, siang pendek. By pukul 430 petang dah gelap.
So kena tau jugak bila sunrise/sunset satu2 tempat tu utk memudahkan trip.Lagi satu travel time sejuk beku ni pada I kita cepat penat kalau travel road trip drive 6-7 jam. I dont know why, tapi rasa macam fatigue.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2018 11:20 AM
Tak sabar nak next travel

kann...ke mana next trip? sebenarnya part merancang pun dah mula rasa seronok kan.. lagi dekat actual date lagi excited
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
xbambam replied at 22-1-2018 12:57 PM
Memang betul apa yang you list kan ni. Ni jugak yang I buat bila nak travel sendiri.
Timing atau  ...

ha ah kan betul tu, musim terlampau panas lagi seksa dari terlalu sejuk.. kalau yg ada anak kecik memang spoil habis la the whole trip.. diorang akan cepat tak selesa, jadi stress .. kita pun stress, semua tak dapat enjoy nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Levespa replied at 22-1-2018 08:33 PM
kann...ke mana next trip? sebenarnya part merancang pun dah mula rasa seronok kan.. lagi dekat act ...

Negara Matahari Terbit kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2018 02:04 PM
Negara Matahari Terbit kot

great! have fun yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.221950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list