CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Pelbagai] ...Idea EXPLORE/RASA : tips ke serata benua...

  [Copy link]
 Author| Post time 28-2-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tips ke Mesir?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tip Dan Itinerari Backpack Solo Ke Mesir Selama 24 Hari Dengan Kos RM3,200
Oleh Muhammad Luqmanul Hakim     Travel
April 18, 2016, 12:45 PM

https://www.thevocket.com/backpack-ke-mesir-selama-24-hari/

Travel solo ke Mesir dengan bajet yang rendah. 24 hari, 13 lokasi dengan hanya ground cost RM1,900.

Di Mesir tidak sama seperti kita travel di negara Eropah dari segi pengangkutan kerana setiap kawasan terlalu jauh bahkan ada sampai beribu kilometer dan berbahaya.

Setiap daerah memerlukan kebenaran dari polis Mesir. Kita perlu menggunakan tour guide sama ada secara kumpulan (bas) atau ‘Private’ (van atau kereta).

Tetapi jika anda hendak jimat pergi dengan bas, join group student dekat sana.

Saya pergi Mesir secara solo dan saya cari tour guide dekat group ‘PASAR MESIR’. Dekat situ ada banyak tour guide yang mempromosikan pakej mereka.

Selalunya mereka akan promosi waktu cuti semester antara bulan 6 , 9 & 12. Dari situ anda boleh pilih tour guide, tarikh dan harga. Setiap dari mereka berbeza tarikh, harga dan tempat.

Dan anda boleh merancang perjalanan anda. Kebanyakan tour guide orang Indonesia.

Harga (PENTING)

Harga tidak termasuk tiket flight. Penerbangan saya dari Jordan – Mesir – Jordan adalah RM1,100 (EgyptAir)

Harga tidak termasuk makan sendiri dan lain-lain. Kos makan saya habiskan dalam RM600. Saya banyak  habiskan duit dekat makanan.

Harga tour guide terpulang kepada pakej yang kita pilih. Pakej saya 13 tempat (RM1,300) dan menggunakan 4 tour guide berbeza.

Bajet semua saya habis RM3200 termasuk tiket flight, pakej 13 tempat, makan sendiri dan souvenir dalam RM200.

Kebanyakan orang hanya pergi ke beberapa tempat sahaja seperti Alex, Fayyum, Piramid, Sinai, Dahab, Matrouh dan Siwa.

Jika anda minat Sejarah Mesir (Firaun) pergilah ke kawasan Luxor, Aswan dan Abu Simbel. Di situ kawasan sejarah awal Firaun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thevocket.com/travel-ke-3-lokasi-di-mesir-ini-trick-yang-kami-buat-untuk-bajet-menjimatkan/


Travel Ke 3 Lokasi Di Mesir, Ini ‘Trick’ Yang Kami Buat Untuk Bajet Menjimatkan
Oleh Ahmad Mustaqim

    Travel
March 15, 2017, 4:39 PM


Setelah hampir 6 tahun menetap di Mesir, pelbagai tempat menarik telah kami lawati dan ini merupakan lawatan kami yang terakhir di Mesir iaitu di Luxor, Aswan dan Abu Simbel.

Kali ini kami pilih untuk merancang sendiri perjalanan dan tidak mengikut mana-mana syarikat pelancongan. Semoga penulisan ini akan memberi pelbagai input dan maklumat yang berguna untuk netizen yang berada di Mesir dan di Malaysia, seterusnya menjadi pemangkin semangat untuk melawat bumi para anbia ini.

1. PENGANGKUTAN


DINASIHATKAN UNTUK MEMBELI TIKET TERUS MELALUI LAMAN WEB RASMI SYARIKAT PENERBANGAN, UNTUK MENGELAKKAN DITIPU SEPERTI KES TIKET MURAH YANG TENGAH PANAS SEKARANG INI.
Advertisement

Terdapat beberapa cara untuk ke sana dan anda boleh memilih salah satu mengikut keselesaan dan bajet yang telah anda tetapkan. Cara paling mudah dan selesa adalah melalui kapal terbang dan hanya ada 2 syarikat penerbangan yang menyediakan khidmat ini iaitu Egypt Air dan juga Nile Air.

Harga untuk penerbangan dari Cairo International Airport terus ke Luxor atau Aswan sekitar 600 – 1200LE dan apa yang peliknya setelah memerhati corak harga, tempahan sehari sebelum penerbangan adalah lebih murah berbanding tempahan seminggu dua lebih awal.


WATANIA SLEEPING TRAIN – TIKET DARI CAIRO KE LUXOR/ ASWAN BERHARGA SEKITAR 80-110 USD UNTUK SEORANG.
Pilihan kedua adalah melalui kereta api dan berdasarkan pengalaman saya menetap di Mesir, antara kesemua pengangkutan awam yang ada di Mesir, kereta api adalah yang paling selesa.

Terdapat 2 syarikat yang menyediakan perkhidmatan keretapi bagi perjalanan ini iaitu Watania Sleeping Train (WST) dan juga Egyptian National Railway (ENR). Perjalanan dari Cairo ke Aswan mengambil masa sekitar 15 jam. Jadi perjalanan pada malam hari lebih disarankan.

Untuk pengetahuan semua WST disediakan khas untuk pelancong asing dan bayaran adalah dalam matawang USD. Manakala ENR disediakan untuk rakyat awam Mesir sahaja. Pelancong dan warganegara asing tidak dibenarkan untuk membeli tiket ini.

Harganya amat berbeza di antara kedua-dua jenis keretapi ini. Bagi WST harga dari Cairo ke Luxor/Aswan adalah 110USD, bersamaan 1977LE. Manakala bagi ENR pula hanya sekitar 140LE. Beza bagaikan langit dengan bumi!

Pada tempoh hari, kami hampir membatalkan perancangan percutian ini kerana tidak dibenarkan untuk membeli tiket kereta api ENR. Kami pada awalnya tidak tahu bahawa tiket ENR tidak boleh dijual kepada warnanegara asing bagi perjalanan dari Cairo ke Luxor/Aswan.

Pegawai yang bertugas tidak membenarkan kami membeli tiket ini dan meminta kami membeli tiket WST yang berharga hampir 2000LE. Sungguh tidak berbaloi dari segi harga dan juga masa. Berpuluh kali ganda lebih baik jika beli tiket kapal terbang.

Namun jangan bimbang, di Mesir semuanya ada ‘jalan belakang’. Untuk membeli tiket ENR tekniknya di sini kita boleh beli melalui orang tengah iaitu rakyat Mesir itu sendiri.

Kami bernasib baik kerana setelah menempah hotel, mereka memberikan nombor ‘kenalan’ mereka untuk membelikan tiket bagi pihak kami. Walaubagaimanapun ada cas tambahan ke atas setiap tiket yang dibeli iaitu sekitar 20-30LE. Masih lagi berbaloi berbanding harga tiket WST.

Pilihan ketiga adalah bas dan penyedia yang terbaik setakat ini adalah daripada syarikat GoBus dan berharga sekitar 125 – 220LE. Kerana perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama, kami tidak sarankan anda menggunakan pengangkutan ini.

Untuk berada di dalam bas sehingga berbelas jam agak tidak selesa kerana ruangan tempat duduk anda adalah terhad dan cara pemanduan radikal rakyat Mesir boleh menyebabkan anda pening.


KERETAPI YANG KAMI NAIKI SEPANJANG TRIP DARI CAIRO – ASWAN – LUXOR. MESKIPUN PERJALANAN YANG JAUH DAN MEMAKAN MASA BERBELAS JAM, TEMPAT DUDUK BAGI FIRST CLASS COACH SANGAT SELESA DAN LUAS.
2. PENGINAPAN

Pada zaman teknologi ini, pelbagai laman web seperti AGODA, Booking, Expedia dan lain-lain menyediakan tempahan hotel secara online, kalau nak sebut satu persatu pun akan memakan masa apatah lagi untuk membanding harga antara satu sama lain.

Jadi untuk memudahkan urusan membanding harga saya lebih gemar menggunakan laman web atau app HotelsCombined.

HotelsCombined ini boleh diibaratkan seperti Skyscanner yang berfungsi sebagai meta search mencari dan membandingkan harga yang ditawarkan oleh hampir kesemua laman web yang dipercayai ramai untuk tempahan bilik hotel.

Namun begitu, jangan lupa untuk melawati laman web rasmi hotel itu sendiri kerana kebiasaanya mereka juga menawarkan harga promosi dan tidak ditunjukkan di laman web (meta search) yang lain.

Bagi yang ingin mengembara secara bajet, boleh menempah hotel bajet atau hostel melalui Hostelworld.com. Saya tidak pasti sama ada laman web ini telahpun diketahui ramai ataupun tidak, tetapi ini adalah salah satu laman web pilihan saya jikalau berhasrat untuk mencari hotel bajet atau hostel.

Walaupun kadang kala tidak mempunyai pilihan yang banyak, namun apa yang menariknya harga yang ditawarkan untuk tempahan bilik adalah amat amat murah dan anda mungkin tidak akan menemuinya di laman web lain.

Hari itu pun, kami jimat hampir separuh kerana perbezaan currency yang digunakan berbanding tempahan melalui Airbnb. Tips di sini adalah anda perlu rajin untuk membanding harga setiap laman web yang ada.

3. LOKASI LAWATAN

Terdapat banyak tempat tarikan pelancong di Luxor dan Aswan. Namun, atas kekangan masa kami hanya memilih beberapa tempat tarikan utama. Bagi pencinta sejarah zaman purba dan senibina dahulu kala, 2 negeri yang terletak di selatan Mesir ini wajib anda kunjungi.


ASWAN – JETI UNTUK KE PHILAE TEMPLE.

ASWAN – MENAIKI BOT KE PHILAE TEMPLE.

ASWAN – BETAPA BESARNYA SAIZ TEMPLE JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN MANUSIA CINONET KAT BAWAH TU.

ASWAN – GAMBAR SEKITAR PHILAE TEMPLE YANG DIPENUHI DENGAN PELANCONG TEMPATAN DAN JUGA PELANCONG ASING.

ASWAN – MELAWAT KEDIAMAN MASYARAKAT NUBIAN BERSAMA MR. MOO, PEMANDU PELANCONG YANG BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG TRIP DI ASWAN.

ASWAN – MAKANAN TENGAHARI YANG DISEDIAKAN BERSAMA PAKEJ LAWATAN KE NUBIAN VILLAGE. DAPAT PULA MAKAN SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN LAUTAN YANG DIKELILINGI PULAU-PULAU KECIL.
ASWAN

Tempat pertama yang kami lawati adalah Philae Temple. Pengangkutan ke jeti telah diuruskan oleh pihak hotel dengan bayaran sebanyak 50LE seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Harga tiket bagi pelajar adalah 30LE sahaja. Setelah membayar harga tiket, anda perlu menaiki bot untuk ke Philae Temple.

Harga untuk satu bot adalah 150 – 200 LE. Pastikan anda tidak tertipu dengan tawaran harga yang lebih tinggi kerana mereka sering mengambil kesempatan menaikkan harga untuk pelancong asing.

Pada sebelah petang, kami dibawa ke Nubian Village di atas saranan pihak hotel. Dengan bayaran sebanyak 150LE seorang, kami dibawa menaiki bot pergi dan balik, melawat perkampungan Nubian, dan makanan tengahari juga disediakan.

Mengikut pemandu pelancong kami, budaya masyarakat Nubian agak berbeza dengan masyarakat Arab Mesir dari segi tutur bahasa dan amalan lain. Di sini, anda bebas untuk melihat kehidupan masyarakat Nubian secara lebih dekat.

Anda juga boleh memasuki rumah kediaman mereka dan melihat hasil kerja tangan mereka. Pengembaraan selama 3 – 4 jam sangat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan dan kami sangat syorkan anda pergi.

Baca: Pengalaman Ngeri Kami Hilang Passport Sewaktu Travel Di Mesir


ABU SIMBEL

ABU SIMBEL
ABU SIMBEL

Sekiranya anda bercadang untuk ke Abu Simbel, pastikan anda menyusun jadual perjalanan dengan baik kerana trip ke Abu Simbel bermula seawal pada jam 4 pagi. Perjalanan daripada Aswan ke Abu Simbel memakan masa selama 3 jam – 3 jam 30 minit.

Jadi, anda akan menghabiskan masa separuh hari jika ingin berkunjung ke sana. Kos pengangkutan adalah sebanyak 120LE pergi balik dan bayaran tiket masuk untuk peljar adalah 64LE.

Pemandu akan memberikan masa 1 jam – 1 jam 30 minit sahaja untuk anda melawat kawasan tersebut. Pastikan semua kamera sudah bersedia untuk beraksi.


LUXOR – PINTU MASUK VALLEY OF THE KINGS. KAWASAN LARANGAN MENGAMBIL GAMBAR, JADI DAPAT BERGAMBAR KAT PINTU MASUK PON JADILAH.

LUXOR – GAMBAR CURI PALING MAHAL YANG DIAMBIL DALAM SALAH SATU MAKAM YANG TERDAPAT DI VALLEY OF THE KINGS. LUKISAN/TULISAN YANG TERDAPAT DI SINI SANGAT CANTIK DAN UNIK SERTA BERWARNA WARNI.

LUXOR – KENA PANDAI CURI PELUANG UNTUK BERGAMBAR, BARULAH BERBALOI BAYAR TIKET MASUK. SEKURANG-KURANGNYA ADA KENANGAN UNTUK DIABADIKAN.

LUXOR – BERSILA DI HADAPAN HATSHEPSUT TEMPLE SETELAH PENAT BERJALAN MENGELILINGI TEMPLE. WALAUPUN MATAHARI TERIK, NAMUN CUACA PADA WAKTU INI SANGAT NYAMAN DAN TIDAK PANAS.
LUXOR

Setelah menghabiskan masa selama dua hari di Aswan, kami bertolak ke Luxor dengan menaiki kereta api. Tempoh perjalanan adalah sekitar 3 jam – 3 jam 30 minit dari Aswan ke Luxor dengan harga 70LE sahaja. Kami sarankan anda bertolak pada waktu malam supaya dapat berehat setelah sampai di hotel dan mengisi aktiviti keesokkan hari dengan lebih berkualiti.

Semua lawatan tempat menarik di Luxor diuruskan oleh pihak hotel. Pengurus dan juga pemilik hotel Mustafa, sangat prihatin dan membantu kami menyusun jadual lawatan kami agar segala masa terisi dengan baik. Pada hari pertama di Luxor, kami dibawa melawat tempat menarik di sebelah barat. Di sini terletaknya berpuluh-puluh kuil tinggalan sejarah yang mana senibinanya masih utuh dan ukiran di setiap dinding masih lagi jelas kelihatan walaupun telah dibina sekian lama.

Tempat pertama yang dilawati di sebelah barat adalah Valley of The Kings. Di sini terdapat berpuluh makam-makam yang dibuka untuk pelancong. Namun, anda hanya boleh memilih 3 makam sahaja untuk harga tiket umum sebanyak 50LE bagi mereka yang memiliki kad pelajar.

Pada tempoh hari, kami amat rugi kerana hanya kesuk ke tiga makam kecil yang mana bukan tarikan utama kerana tidak tahu tentang maklumat ini. Oleh itu, jangan diulangi kesilapan ini. Pilih hanya 3 makam utama dan besar, jangan semberono masuk!

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa kamera kerana kawasan ini merupakan kawasan larangan mengambil gambar. Namun, jika anda pandai mengambil peluang, anda sebenarnya boleh mengambil gambar secara sembunyi, tetapi ingin saya mengingatkan, sekiranya anda ditangkap semasa mengambil gambar di makam tersebut, anda bakal didenda sebanyak 3000LE.

Seterusnya, kami di bawa ke Hatshepsut Temple yang terletak tidak jauh daripada Valley of The Kings. Oleh kerana bajet semakin menipis, kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong. Sebaliknya kami hanya mengisi masa dengan mengambil gambar di sekitar kuil. Ternyata tindakan ini memberikan ‘kerugian’ kepada kami kerana tidak dapat mengetahui sejarah di sebalik pembinaan kuil tersebut.

Tempat lawatan terakhir kami adalah di Habu Temple. Dengan bayaran masuk sebanyak 20LE, anda akan dapat melihat keunikkan senibina yang masih gah dan sangat cantik. Pastikan bateri kamera anda penuh kerana banyak spot cantik untuk tangkap gambar.

Sebenarnya, masih banyak lagi temple yang terdapat kawasan sekitar namun kami sangat penat untuk meneruskan lawatan. Namun begitu, sekiranya anda mengunjungi 3 tempat di atas, sudah dikira lengkap lawatan anda di sebelah barat Luxor.

Pada hari kedua, kami dibawa melawat kawasan sebelah timur Luxor. Di sini terdapat 2 kuil utama iaitu Luxor Temple dan Karnak Temple. Pemandu pelancong kami mencadangkan untuk melawat Karnak Temple pada sebelah malam kerana cahaya lampu yang menerangi kawasan kuil sangat cantik.

Untuk keseluruhan trip lawatan di sebelah barat dan timur Luxor, kami hanya perlu membayar lebih kurang 450 LE seorang termasuk pengangkutan dan tiket masuk ke semua tempat lawatan. Oleh itu, kami nasihatkan agar anda meminta pihak hotel menguruskan lawatan anda kerana mereka lebih mahir dan menawarkan harga terbaik sesuai dengan bajet anda.


LUXOR – ANTARA SENIBINA YANG TERDAPAT DI HABU TEMPLE.

LUXOR – SEKITAR LAWATAN KE HABU TEMPLE.

LUXOR – PINTU MASUK HABU TEMPLE.

LUXOR – SETELAH PENAT BERJALAN, KAMI DISAJIKAN DENGAN MAKANAN TENGAHARI YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK HOTEL.

LUXOR – SANGAT TERTARIK DENGAN TIANG-TIANG BESAR DAN TINGGI YANG TERDAPAT DI LUXOR TEMPLE.

LUXOR – MACAM-MACAM REKA BENTUK TIANG ADA.

LOKASI INI ADALAH TEMPAT DI MANA UPACARA KORBAN DILAKUKAN DAN HANYA AHLI AGAMA DAN JUGA RAJA YANG DIBENARKAN MEMASUKINYA.

LUXOR – LUXOR TEMPLE PADA WAKTU MALAM DITERANGI DENGAN CAHAYA LAMPU-LAMPU YANG MEMENUHI SETIAP KAWASAN.
4. KONKLUSI

Setelah berkunjung ke semua lokasi lawatan tersebut, saya berpandangan bahawa Valley of The Kings adalah tempat yang paling menarik untuk dikunjungi. Jika anda mempunyai bajet yang agak tinggi, saya amat sarankan untuk menggunakan pemandu pelancong bagi menceritakan sejarah di setiap lokasi tersebut. Tak rugi sebenarnya menghabiskan sedikit wang untuk mengetahui sejarah yang ada.

Bagi anda yang berada di Malaysia dan berimpian untuk ke sana suatu hari nanti, saya sarankan untuk menaiki penerbangan Turkish Airlines ataupun Emirates. Dengan menempah penerbangan secara multiple destinations, terdapat pilihan untuk stopover sama ada di Istanbul dan Dubai selama beberapa hari dengan harga tiket yang sama ataupun sedikit mahal.

Jadi selain daripada dapat melancong ke destinasi utama, kita juga boleh singgah sebentar di Istanbul ataupun Dubai pada masa yang sama tanpa melibatkan kos tambahan yang tinggi. Bak kata pepatah sambil menyelam, minum air.

Mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu kegunaan multiple destinations. Insya Allah saya akan tulis tentang ini di masa yang akan datang dan bagaimana kami manfaatkannya untuk melancong di Turki tempoh hari.

Tunggu tau!

Nota: Ketika artikel ini ditulis 1MYR bersamaan 3.99LE

Baca lagi: Tip Dan Itinerari Backpack Solo Ke Mesir Selama 24 Hari Dengan Kos RM3,200

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim bunga di Jepun...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim Sakura, Azalea, Daphne,Tulip dsb ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2018 04:45 PM | Show all posts
Shopping murah-

Kedai Hello Kitty, Ninja dan Gift Shop Osaka Castle


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2018 04:27 PM | Show all posts
Edited by Inessa at 23-10-2018 04:28 PM

There are 3 places yang I would not  mind going back again and again year in year out.

1. Luang Prabang, Laos.
2. Bagan, Myanmar
3. Ireland.


These 3 places are soo beautiful! Will edit this post tomorrow with pics (need to find the pics first in the the folders mana ntah I forgot). But every 2 or 3 years, memang ulang these 3 places. All for their sceneries as I am not into shopping pun. Would prefer to build up my own itineraries, never used travel agency.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 08:21 PM | Show all posts
Inessa replied at 23-10-2018 03:27 PM
There are 3 places yang I would not  mind going back again and again year in year out.

1. Luang P ...

Don't edit, just put pics in new post for ratings...1 & 2 tak sampai lagi...


3 tu dah sampai...gi naik Ryan Air dari Birm. Syok petik stoberi kat Birm. Rasa nak gi Cameron petiknya lagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2018 08:27 PM | Show all posts
Places yang I would not  mind going back again and again year in year out.. In random order...

1. Jepun
2. Turki
3. Mekah
4. Madinah
5. Jeddah
6. Switzerland
7. Holland
8. Scotland
9. England
10. India
11. Itali
12. Australia

Stop for now
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa apa yang perlu dirasa lah mot
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:32 PM | Show all posts
explore tips ke serata dunia adalah terhad bnayak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:02 PM | Show all posts
bianglala replied at 20-1-2017 09:47 AM
selalunya tertarik nak pergi travel satu tempat tu sebab

- famous landmarks

Share la yang terkini plak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:03 PM | Show all posts
nanazulkifli replied at 20-1-2017 10:18 AM
kalau pergi krabi jgn lupa pergi blue pool..
cantik gila!!
nanti i upload my own personal blue p ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:04 PM | Show all posts
hanni_ruzz replied at 20-1-2017 11:55 AM
setakat yang saya pernah pergi

Japan / Korea - dua dua ambil package tp frm student..

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:07 PM | Show all posts
bellasophia replied at 20-1-2017 07:32 PM
I pernah travel dgn infant (3 months old then) to Paris and London. Let me gather my thoughts and wi ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:07 PM | Show all posts
ipes2 replied at 20-1-2017 09:52 PM
Tips ringkas berjalan ke Europe:

Dapatkan kawan sebagai ''Port'' supaya dapat lepas immigration.  ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2019 02:09 PM | Show all posts
dilaOHdila replied at 22-1-2017 03:34 PM
tul tu bulan...
baju baju sana sangat murah tapi size slim slim cun cun belaka
trip ke Aceh ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:10 PM | Show all posts
miss.emy replied at 24-1-2017 08:48 AM
i would like to share my experience travelling to London back in 2008 with my  kids (an infant and a ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:10 PM | Show all posts
cik_sssara replied at 24-1-2017 11:28 AM
I pulak pilih tempat travel ikut mood, rajin ke malas. Tapi berdasarkan;
1. Kawan/relative/mutual p ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 02:11 PM | Show all posts
caramel_cloud9 replied at 25-1-2017 03:56 PM
Plis plis share. Nnt tag i. Nak pegi jepun this year. Maybe bln 3 ni. Tgh survey lagi. Ada travel  ...

Share la yang terkini plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.281089 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list