CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37360|Reply: 367

MLM NI. Episod Akhir himpunan kayu balak + kayu-kayan + gred A - Jejak Karmila

[Copy link]
Post time 20-1-2017 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 15-2-2017 06:22 PM

Chuols.. apa drama Zehra TV 3 yg chuols last layan. Meols..slps fenomena Nur kasih..paling layan semestinya Wadi! Amyza Adnan biatch yach

Kali ni slot Zehra ada drama baru.



Menariknya, drama arahan Murali Abdullah ni menampilkan gabungan pelakon kayu dan gred A. Berikut antara pelakon-pelakonnya :

Fauziah Ahmad Daud (tapaw semua kategori FFM : Harapan, Pembantu & Pelakon Wanita Terbaik 2x)
Mia Ahmad (Mihah Kayu..tp dlm drama ni...ada sedikit improvement)
Ruhainies (maintain kayu...)
Amy Mastura (Best actress FFM Puteri Impian...kali ni bawa watak atas wheelchair tp nampak happy)



Azri Iskandar,(gred A)
Asyraf Aley (kayu balak sejati...lebih tunggul drp Patah daun rimbun)
Fauziah Nawi (no doubt)
Ben Ali (BBNU..ok la)
Afiq Anuar DFKL (batch Raja Afiq kot)
Wani De'fam (pun nak berlakon..tp Azira Shafinaz better)
Nafiz Muaz (who-r-yus)
Johan As'ari (boring.....)
Tasha Muhamad (who-r-yus)
Wan Sharmila (good..thumbs up )
Duerra Mitilda (who-r-yus)
Adriana Fareesha (who-r-yus)
Amanda Misbun (bagus juga..adik acik Liza eh Kak Liza kot)
Rais Hazlin (who-r-yus)
Wawa Jasni (who-r-yus)

Sinopsis
Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.



Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal, lakonan kayu sekayu-kayunya Asyraf Aley



Nantikan drama Jejak Karmila setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3. Mlm ni episod 6!! Total episod 13 sahaja.



Nota : Murali Abdullah pernah arah Suara Saleha (kak Ogy menang Best Actress ASK kalahkan Fasha Sandha yg tercalon first time menerusi drama Kehangatan Lantana)

Gosip lagi : So hakak Ogy ni ngamuks dgn pelakon BBNU yang mana satu? Huhu

On top of it chuols... OST Meletop drp Juara GV3, Nina... Sekian Terima Kasih



Dan juga satu lagi OST nyanyian Kaer Azami... Andai (walaupun lagu ni dah hampir 2 tahun - 2015 kot)



Tambahan :

Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal
Fauziah Nawi sebagai Hamidah
Azri Iskandar sebagai Syed Zaidi
Ben Ali sebaagai Jojo
Afiq Anuar sebagai Ikmall
Wawa Jasni sebagai Ernie
Fendi Seman sebagai Pak Yus
Mak Jah sebagai Kak Ton
Johan Arrif As'ari sebagai Karim
Wan Sharmila sebagai Karmila (muda)
Wani De'fam sebagai Syarifah Aniza (muda)
Nafiz Muaz sebagai Syed Zaidi (muda)
Amanda Misbun sebagai Kak Inah
Wan Sidek sebagai Lan Zailan
Nada Nursyuhada sebagai Manis
Adriana Fareesha sebagai Suraya (kecil)
Duerra Mitilda sebagai Nonie (kecil)(1996)
Rais Hazlin sebagai Amirul
Nisa Ross as Nisa
Promising tak montaj ini??





Pelakon baru perlu pasang tekad: Ogy
RAFIQ MAZLAN & FOTO: GMKKSB
19 JANUARI 2017

[url=]
[/url]





Tweet


Ogy


PROFIL seni figura bernama Fauziah Datuk Ahmad Daud, 54, begitu panjang untuk diceritakan satu persatu. Deretan drama, filem dan anugerah yang diterimanya menjadikan insan seni yang satu ini berada di dalam kelas tersendiri dalam radar hiburan Malaysia.
Jiwa seni sejati yang mengalir datangnya daripada arwah kedua ibu bapanya menjadikan aktres versatil ini kekal dirujuk sebagai salah seorang aktres lokal berpandangan jauh, berjiwa besar dan punya intelektual dalam kerjaya seninya, baik sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara.
Ternyata, tempoh empat dekadnya di arena hiburan menjadikan Fauziah atau Ogy lebih matang dan pintar dalam mengharungi dugaan mendatang sebagai pemain seni.
Katanya, sepanjang tempoh itulah dia masih gigih belajar seterusnya menganggap setiap apa dipelajari itu merupakan suatu proses untuk menjadikan diri lebih baik dan positif sama juga halnya dengan perjalanan seni pelakon junior kini.
“Pengalaman yang dilalui itu mematangkan diri. Benar, andai ada isu yang mengaitkan soal pelakon baru khususnya yang tidak bertegur sapa, saling mengata atau yang seumpamanya, ia sesuatu yang tidak sihat. Tetapi saya anggap itu sebagai proses yang baik.
“Mereka perlu ada rasa tekad dalam diri, dari sisi apakah niat sebenar mereka bila mana terjun dalam bidang seni ini. Kena fokus terhadap apa yang dilakukan.
“Perlu tentukan mengapa mahu masuk dalam industri, sama ada hanya kerana mahu melewati karpet merah atau mahu menjadi insan seni yang akan bertahan sampai bila-bila. Ketengahkanlah kualiti terbaik anda dalam apa saja cabang seni yang dilakukan,” ujar panjang lebar.
Ditanya mengenai perkembangan media sosial yang sekali gus memberi impak besar buat selebriti, Ogy menambah, medium tersebut merupakan satu aset terbaik buat anak seni untuk mempromosikan diri.
Pada masa sama, ia turut memperkenalkan nama mereka kepada peminat, terutama buat aktor dan aktres baru sedia ada.
“Peminat pun tak salah untuk follow atau meminati mana-mana selebriti kerana itu adalah citarasa masing-masing.
"Tetapi tolonglah selebriti ini dengan memberikan komen membina. Bantu mereka untuk menjadi insan seni yang bagus.
“Barulah seronok melihat perkembangan baik ini ada dalam industri seni kita. Bukan hanya mengutuk atau berikan komen yang tidak manis dibaca. Biarlah bila artis ini baca komen kalian, ada rasa berterima kasih sebab bantu mereka untuk jadi lebih baik," katanya.
Ujar pelakon yang popular dengan watak Asmidar bagi filem Ali Setan ini, perkara sama turut perlu seiring dengan hubungan rapat artis dengan wartawan.
"Bila artis ini dikritik sama ada secara berkias atau sebaliknya, kita rasa tidak marah, tetapi rasa berterima kasih kerana menegur apa yang dirasakan tidak baik.
“Ketulusan itulah yang perlu ada. Usah pupuskan ia meskipun kita sudah berada pada 2017,” katanya serius.

Tetap hargai pelakon baru
Sementara itu, pemain seni yang sudah pun memulakan kerjayanya seawal usia 11 tahun ini juga turut berkongsi keterujaannya terhadap beberapa muka baru dunia lakonan yang dirasakan boleh pergi jauh dalam lakonan.
“Saya sukakan persembahan yang diberikan Amerul Affendi. Tiz Zaqyah juga bagus kerana dia banyak perbaiki diri. Sura Sojangi juga antara muka baru yang baik.
"Dia hanya perlu tunggu satu naskhah yang bagus saja untuk menonjolkan diri. Saya jarang dapat tonton drama, tetapi suatu hari tu saya berpeluang untuk tonton lakonannya dan saya terpaku.
"Sukar saya untuk jadi sebegitu, tetapi bila saya tengok lakonannya, dia begitu jujur,” akui Ogy yang turut mengakui, kuantiti anugerah yang diterima bukanlah alasan buat artis senior sepertinya untuk terus alpa dengan pencapaian sekarang.
“Arwah bapa pernah cakap pada saya, katanya, kamu sudah dapat banyak awards, ingat sudah bagus? Sama juga halnya dengan arwah ibu. Mereka mencabar diri dan minda saya.
“Lalu bila diberikan empat anugerah dalam satu tahun, saya terperanjat dengan anugerah ALLAH SWT berikan ini. Tak pernah-pernah saya terfikir,” terang Ogy yang menganggap pengiktirafan yang dikurniakan ini adalah sebagai satu signal buatnya untuk terus menjadi ilmu dalam seni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 10:12 AM | Show all posts
lebih tertarik nk sbb kak ogy dan kak amy.
lain2 tu boringgggggg
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:17 AM | Show all posts
cerita ni best dan membuatkan iols tambah crush kat mia ahmad

matiklahhh mak kena cerca dengan @terpaku ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:19 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 20-1-2017 10:17 AM
cerita ni best dan membuatkan iols tambah crush kat mia ahmad

matiklahhh mak kena cerca dengan @t ...

selayaknya dicerca..kosser dah berlakon byk kali pun masih kayu..mohon bersara
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Best jugak citer ni...iols layan je sebab dah boring sgt dgn citer2 bbnu kena kawin paksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 10:21 AM | Show all posts
terpaku replied at 20-1-2017 10:19 AM
selayaknya dicerca..kosser dah berlakon byk kali pun masih kayu..mohon bersara

Chuols to be fair... this time ada SEDIKIT improvement yach! Ruhainies lebih kayu.. Ashraf Aley tu segalanya kayu..better xyah buka mulut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan Umah aku asteruk x da n hanya tb 3 suku ari2 jee aku layan citer nie episode yg ke bape tah bleh laa n mia pun ada improvement cikit n aku x bleh blah kayu cm ruhainies bajet comel n pelakon lelaki yg Ade dedua tu...

Tp iols suke ost die best tingat cm ostt citer drama tihani dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:25 AM | Show all posts
katibism replied at 20-1-2017 10:21 AM
Chuols to be fair... this time ada SEDIKIT improvement yach! Ruhainies lebih kayu.. Ashraf Aley tu ...

http://www.ohbulan.com/nak-tengo ... akon-sekarang-kayu/


zahiril adzim dah bersuara...


ruhainies dan aley (who?) mohon gali kubur..samiah mungkin dah dicerca ahkak di set tu yang improve
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 10:26 AM | Show all posts
Amanda Misbun (bagus juga..adik acik Liza eh Kak Liza kot)

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:27 AM | Show all posts
nyaring lagi tak suara Mia? Aku ekceli kinda ok with her bila tgk cite Miss Stalker & cite kt tv1 tu. Tp tang sore tula bingit sket.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:30 AM | Show all posts
terpaku replied at 20-1-2017 10:19 AM
selayaknya dicerca..kosser dah berlakon byk kali pun masih kayu..mohon bersara

hello... ramai kata ada improvement hokeyy

i love u mia
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:30 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 20-1-2017 10:30 AM
hello... ramai kata ada improvement hokeyy

i love u mia

motif sis feeling nippon paint dengan miakayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaaaahiiiiiiiiiiiihuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:37 AM | Show all posts
terpaku replied at 20-1-2017 10:30 AM
motif sis feeling nippon paint dengan miakayu

tukar angin
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:42 AM | Show all posts
drama nie menarik jgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 10:50 AM | Show all posts
Star_el replied at 20-1-2017 10:27 AM
nyaring lagi tak suara Mia? Aku ekceli kinda ok with her bila tgk cite Miss Stalker & cite kt tv1 tu ...

Lebih kurang camni ler...suara dia.. haha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2017 10:51 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 20-1-2017 10:30 AM
hello... ramai kata ada improvement hokeyy

i love u mia

Kan..kalo patut puji kita bagi..kalau patut keji..kita hencap yach
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 10:52 AM | Show all posts
terpaku replied at 20-1-2017 10:25 AM
http://www.ohbulan.com/nak-tengok-muka-body-je-zahiril-adzim-dedah-kenapa-ramai-pelakon-sekarang-k ...

Make sense juga si Zahiril ni ngomel...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:00 AM | Show all posts
Adriana Fareesha dah remaja betul sure cun
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:03 AM | Show all posts
katibism replied at 20-1-2017 10:51 AM
Kan..kalo patut puji kita bagi..kalau patut keji..kita hencap yach

semoga terpaku terbuka hati nak tengok drama ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086336 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list