CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katibism

MLM NI. Episod Akhir himpunan kayu balak + kayu-kayan + gred A - Jejak Karmila

[Copy link]
Post time 20-1-2017 11:06 AM | Show all posts
and pelik how come hakak ogy, ..ibu fauziah nawi leh terima or maybe leh berlakon dengan all kayu kayan ni...

drama ni produce by hajah zil...ntah apa mandrem hajah zil buat kat ogy and fauziah nawi utk berlakon dengan kayu kayan dlm naskhah best camni ....huhuuuu...

patutnya si hero tu gantilahh pelakon laki yg ada nama sikit,..... ni mesti hajah zil dah menadah gerimis ngan hero kayu him by hatta tu ... ahakzzz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2017 11:08 AM | Show all posts
qqOfficial replied at 20-1-2017 11:06 AM
and pelik how come hakak ogy, ..ibu fauziah nawi leh terima or maybe leh berlakon dengan all kayu ka ...

Meols rasa satu sbb je... MURALI ABDULLAH.

Cuma syg..slps AKu Kaya The Movie flop...heols serik wat filem. Sedankan drama heols letop2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:13 AM | Show all posts
board gosip skrg jadi tempat drama2 sendu untuk up kan status so lepas ni boleh la orang tengok kan.... rating pun bakal mencanak2 naik

board drama plak jadi tempat karatz melampias nafsu rembesan ...opssss

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 11:15 AM | Show all posts
tobobon replied at 20-1-2017 11:13 AM
board gosip skrg jadi tempat drama2 sendu untuk up kan status so lepas ni boleh la orang tengok kan. ...

Ada gosip chuols.. gosip psl hakak ogy tuh..

Drp benang lofattah yg x semenggah..banyak & berkuntum kt BG
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:15 AM | Show all posts
walaupun Nampak mcm menarik je synopsis tpi still x minat tgok citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ai suka ogy, wan sharmila, fauziah nawi, amy dan azri iskandar..gred A punya

tp tertaste dekat asyray aley tu..
montot pejal ahaks
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2017 11:17 AM | Show all posts
febreze replied at 20-1-2017 11:15 AM
ai suka ogy, wan sharmila, fauziah nawi, amy dan azri iskandar..gred A punya

tp tertaste dekat as ...

Maknanya juara Aidit Noh tu..kureng lah khuenz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 11:19 AM | Show all posts
SURA SOJANGI who??
Pelakon baru perlu pasang tekad: Ogy
RAFIQ MAZLAN & FOTO: GMKKSB
19 JANUARI 2017

[url=]
[/url]





Tweet


Ogy


PROFIL seni figura bernama Fauziah Datuk Ahmad Daud, 54, begitu panjang untuk diceritakan satu persatu. Deretan drama, filem dan anugerah yang diterimanya menjadikan insan seni yang satu ini berada di dalam kelas tersendiri dalam radar hiburan Malaysia.
Jiwa seni sejati yang mengalir datangnya daripada arwah kedua ibu bapanya menjadikan aktres versatil ini kekal dirujuk sebagai salah seorang aktres lokal berpandangan jauh, berjiwa besar dan punya intelektual dalam kerjaya seninya, baik sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara.
Ternyata, tempoh empat dekadnya di arena hiburan menjadikan Fauziah atau Ogy lebih matang dan pintar dalam mengharungi dugaan mendatang sebagai pemain seni.
Katanya, sepanjang tempoh itulah dia masih gigih belajar seterusnya menganggap setiap apa dipelajari itu merupakan suatu proses untuk menjadikan diri lebih baik dan positif sama juga halnya dengan perjalanan seni pelakon junior kini.
“Pengalaman yang dilalui itu mematangkan diri. Benar, andai ada isu yang mengaitkan soal pelakon baru khususnya yang tidak bertegur sapa, saling mengata atau yang seumpamanya, ia sesuatu yang tidak sihat. Tetapi saya anggap itu sebagai proses yang baik.
“Mereka perlu ada rasa tekad dalam diri, dari sisi apakah niat sebenar mereka bila mana terjun dalam bidang seni ini. Kena fokus terhadap apa yang dilakukan.
“Perlu tentukan mengapa mahu masuk dalam industri, sama ada hanya kerana mahu melewati karpet merah atau mahu menjadi insan seni yang akan bertahan sampai bila-bila. Ketengahkanlah kualiti terbaik anda dalam apa saja cabang seni yang dilakukan,” ujar panjang lebar.
Ditanya mengenai perkembangan media sosial yang sekali gus memberi impak besar buat selebriti, Ogy menambah, medium tersebut merupakan satu aset terbaik buat anak seni untuk mempromosikan diri.
Pada masa sama, ia turut memperkenalkan nama mereka kepada peminat, terutama buat aktor dan aktres baru sedia ada.
“Peminat pun tak salah untuk follow atau meminati mana-mana selebriti kerana itu adalah citarasa masing-masing.
"Tetapi tolonglah selebriti ini dengan memberikan komen membina. Bantu mereka untuk menjadi insan seni yang bagus.
“Barulah seronok melihat perkembangan baik ini ada dalam industri seni kita. Bukan hanya mengutuk atau berikan komen yang tidak manis dibaca. Biarlah bila artis ini baca komen kalian, ada rasa berterima kasih sebab bantu mereka untuk jadi lebih baik," katanya.
Ujar pelakon yang popular dengan watak Asmidar bagi filem Ali Setan ini, perkara sama turut perlu seiring dengan hubungan rapat artis dengan wartawan.
"Bila artis ini dikritik sama ada secara berkias atau sebaliknya, kita rasa tidak marah, tetapi rasa berterima kasih kerana menegur apa yang dirasakan tidak baik.
“Ketulusan itulah yang perlu ada. Usah pupuskan ia meskipun kita sudah berada pada 2017,” katanya serius.

Tetap hargai pelakon baru
Sementara itu, pemain seni yang sudah pun memulakan kerjayanya seawal usia 11 tahun ini juga turut berkongsi keterujaannya terhadap beberapa muka baru dunia lakonan yang dirasakan boleh pergi jauh dalam lakonan.
“Saya sukakan persembahan yang diberikan Amerul Affendi. Tiz Zaqyah juga bagus kerana dia banyak perbaiki diri. Sura Sojangi juga antara muka baru yang baik.
"Dia hanya perlu tunggu satu naskhah yang bagus saja untuk menonjolkan diri. Saya jarang dapat tonton drama, tetapi suatu hari tu saya berpeluang untuk tonton lakonannya dan saya terpaku.
"Sukar saya untuk jadi sebegitu, tetapi bila saya tengok lakonannya, dia begitu jujur,” akui Ogy yang turut mengakui, kuantiti anugerah yang diterima bukanlah alasan buat artis senior sepertinya untuk terus alpa dengan pencapaian sekarang.
“Arwah bapa pernah cakap pada saya, katanya, kamu sudah dapat banyak awards, ingat sudah bagus? Sama juga halnya dengan arwah ibu. Mereka mencabar diri dan minda saya.
“Lalu bila diberikan empat anugerah dalam satu tahun, saya terperanjat dengan anugerah ALLAH SWT berikan ini. Tak pernah-pernah saya terfikir,” terang Ogy yang menganggap pengiktirafan yang dikurniakan ini adalah sebagai satu signal buatnya untuk terus menjadi ilmu dalam seni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2017 11:21 AM | Show all posts
katibism replied at 20-1-2017 11:19 AM
SURA SOJANGI who??
Pelakon baru perlu pasang tekad: Ogy
RAFIQ MAZLAN & FOTO: GMKKSB

Ini ke yg dipuji hakak? WHO=R-YUS sgt..

Sura Sojangi, kurang popular
NINA FARZUIN MD SHAROM & FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI
13 FEBRUARI 2013

[url=]
[/url]





Tweet


Sura Sojangi

Sura Sojangi bersama barisan pelakon Setia Hujung Nyawa.


JIKA disebut nama Sura Sojangi, pasti ramai yang masih belum mengenali pemilik nama ini dengan baik.

Namun bagi pengikut setia drama Dejavu Di Kinabalu, Saifulnita dan Setia Hujung Nyawa, pasti menyedari kehadiran bakat muda ini dalam industri lakonan tempatan.

Mula mencipta nama menerusi program Pilih Kasih musim ketiga, gadis berusia 23 tahun ini kini dilihat semakin aktif menerokai bidang lakonan sejak setahun yang lalu.
Walaupun namanya tidaklah sepopular pelakon muda yang lain, Sura akui masih bersyukur dengan karier lakonannya sekarang.

“Saya tidak kisah nama kurang dikenali. Buat masa sekarang, saya beri sepenuh perhatian terhadap bidang lakonan terlebih dahulu.

“Ini kerana, saya mahu orang ramai mengenali saya dari sudut lakonan walaupun ia mungkin memakan masa yang lama,” katanya.

Bagaimanapun, gadis kelahiran Klang ini akui populariti juga sama penting dalam memperkenalkan bakat lakonan yang dimilikinya.

“Saya tidak kisah bukan bermakna saya nafikan populariti tidak penting, tapi biarlah saya baiki dahulu lakonan saya dan selepas itu barulah akan memikirkan soal itu.

“Saya akui sekarang saya agak segan dan kurang yakin untuk bertemu dengan wartawan memandangkan masih baru dan mungkin sebab itu saya kurang dikenali,” katanya ketika ditemui pada majlis sesi santai bersama pelakon drama TV9 di The Curve, minggu lalu.

Tak putus asa

Menceburi bidang lakonan bukanlah seperti dibayangkan. Demi minat, Sura bagaimanapun cekal meneruskan kerjaya itu walaupun terpaksa melalui pelbagai liku.

Menurutnya,  sebagai pendatang baru, dirinya akui kerdil dan merasakan banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang anak seni yang disegani.

“Walau apa pun rintangan, saya perlu hadapinya kerana ini adalah minat saya. Saya cuba lakukannya peringkat demi peringkat kerana tidak mahu terlalu terburu-buru.

“Setiap orang memiliki rezeki yang tersendiri dan saya juga yakin suatu hari nanti orang ramai akan mula mengenali bakat lakonan saya” ujarnya penuh semangat.

Bagi Sura, kesabaran dan usaha yang keras amat penting buat dirinya dalam membina kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Walaupun bakat lakonan masih belum mendapat perhatian setelah saya berusaha keras selama setahun dalam industri ini, itu alasan untuk saya berputus asa.

“Sebagai pendatang baru, saya sudah bersedia dengan apa jua rintangan yang datang dan selagi termampu saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Rancak terima tawaran

Biarpun belum memiliki nama besar dalam industri, Sura bagaimanapun bersyukur dan gembira kerana tawaran lakonan yang diterima tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, mungkin ini rezeki saya. Walaupun ada kalanya watak yang saya bawa tidaklah begitu besar, tetapi banyak perkara yang saya dapat belajar.

“Sebagai pendatang baru, saya tidak mahu memilih atau menolak mana-mana tawaran kerana pengalaman itu sedikit sebanyak membantu kebolehan lakonan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sura bakal tampil dengan drama 13 episod berjudul Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies yang bakal ditayangkan menerusi saluran TV9 bermula 21 Februari ini.



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni episode 1 smpai 3 best sbb scene throwback lakonan mantap Wan Sharmila, Fauziah Nawi n 2 budak kecik. Sikit spoiled dgn adanya Johan Sehari.. Dah masuk episode 4 bila budak2 dah besar yg transform jadi Mia n Rohanis.. Lakonan Mia ok lagi, masuk scene Rohanis punyalah kayu jati cengal, lakonan Very overacting ko.. Rasa nk lempang laju2 rohanis muka kemut tu.. Jalan cter best tp adanya Rohanis kayu tu mmg buat spoiled nk tgk.. Lakonan Mia pun better bagi pelakon lain yg berlakon, suara Mia tu meolls je ke yg rasa kelakar?? pelakon lelaki yg jadi Abg rohanis kayu  tu pun kayu gak, mcm dh xda pelakon lain je.. Apa2 pun wan Sharmila n Fauziah Nawi lagi best compared to Ogy
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:30 AM | Show all posts
yg jadi abang ruhainies tu la hero siri ni kan? mak aih kayu kayan jati meranti habis .. harap muka je chinese look.
baik amik bestfren mia tu jadi hero. walaupun tak hensem tapi tak kayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 11:32 AM | Show all posts
Edited by katibism at 20-1-2017 11:33 AM
mesmerize replied at 20-1-2017 11:30 AM
yg jadi abang ruhainies tu la hero siri ni kan? mak aih kayu kayan jati meranti habis .. harap  ...

Itu ler Ben Ali..(yg digusip dgn mira filzoh sblum UP) jgn konpius dgn Ben Amir & Bil Azali yach
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:43 AM | Show all posts
tgk yg awal2 je,mase bebudak tu masih kecik..wan sharmila berlakon best sgt dgn dak2 tu..bila dh beso x tgk lgsg sampai laa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:45 AM | Show all posts
tertengok la juga semalam...tapi mcm takleh blah tgk actingnya ruhanies itu...rasa pelik jer nengoknya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:52 AM | Show all posts
alamak, best ke citer nih? aku maleh nak tengok sbb ado kayu-kayan mia dan ruhainies
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 11:55 AM | Show all posts
aku tgk masa episod 1...bila ruhainies & mia ahmad keluar aku tukar channel lain...sampai skrg aku dh x tengok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah tgk cerita ni bru2 ni...tu pun sbb housemate layan drama ni...so far,iols tgk acting mia ada improve la juga..cuma iols still x leh dgr suara mia sbb mcm ad forumer ckp mcm kelakar...leh x iols nak ckp suara mia salah satu sbb sheol mcm 'kayu' sbb lontaran dialog a bit like 'chipmunk' n masih trauma dgn alunan nyanyian dia masa nyanyi lagu Rapuh tp nak buat mcm mne mmg sjk azali Allah dah kurnia suara dia mcm tu..
Tp,ruhainies iols mmg x mampu nak tgk sbb x suka memek muka sheol terkemut2 tu...

Iols suka storyline cerita ni...terpaksa jelah hadap si kayu kayan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 20-1-2017 11:30 AM
yg jadi abang ruhainies tu la hero siri ni kan? mak aih kayu kayan jati meranti habis .. harap  ...

Tak silap iols pelakon asal hero tu dpt kat redza rosli...tp last2 tukar pelakon!x tau sbb apa...kalau redza rosli yg pegang mesti wowww.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:05 PM | Show all posts
Bergabung meletup ker Mia dengan Rohanis digandingkan dalam 1 drama? Dua-dua suara nyaring dan kayu kayan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 12:10 PM | Show all posts
hmm..tertengok aritu tang ruhanies..
mmm..mm..tukar cenel lain..

wan sharmila tu mmg no doubt la..lagi satu pelakon baru yg dlm biar aku jd penunggu yg berlakon jd Fia tu pun not bad berlakon dari si hanies ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083138 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list