View: 1192|Reply: 1
|
Tiga Anak Kapal Hilang Di Perairan Filipina, Penculikan Dipercayai Berulang Lagi
[Copy link]
|
|
Walaupun pihak berkuasa negara kita telah mengambil pelbagai usaha yang agresif bagi memastikan tahap keselamatan perairan khususnya sekitar Sabah dan Sarawak terkawal, namun masalah anak kapal hilang masih berlarutan dari masa ke semasa.
Kelmarin, tiga anak kapal pukat tunda dipercayai hilang di Perairan Taganak, selatan Filipina tengah malam.
Memetik laporan Utusan Malaysia, ketiga-tiga anak kapal warganegara Indonesia yang bekerja dengan syarikat menangkap ikan milik warga tempatan di Sandakan itu hilang selepas kapal tunda mereka ditemukan ditinggalkan di perairan tersebut.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga mereka yang berusia 47 hingga 26 tahun dipercayai ditahan pasukan keselamatan Filipina kerana menceroboh perairan tersebut untuk menangkap hasil laut.
“Sebarang butiran (boleh) tanya pihak Filipina sebab mereka yang menjalankan siasatan. Namun kita bekerjasama rapat dan memantau perkara ini.”
Dalam pada itu, terdapat dakwaan tiga anak kapal itu diculik kumpulan Abu Sayyaf memandangkan kapal pukat tunda mereka ditinggalkan di perairan tersebut.- CARI
sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|