CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14801|Reply: 249

[Tempatan] Betulkah Beli Rumah Pada Masa Ini Umpama “Bunuh Diri” ?

[Copy link]
Post time 20-1-2017 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Friday, January 20, 2017 Beli Rumah Pada Masa Ini Umpama  “Bunuh Diri” ?



Perunding hartanah veteran berkata membeli rumah pada masa ini umpama tindakan “bunuh diri” dan lebih baik menunggu sehingga harga hartanah jatuh.


  

Perunding hartanah dan juruukur bertauliah berpengalaman selama 40 tahun, Ernest Cheong berkata pasaran hartanah tidak wujud secara berasingan dan orang ramai perlu memberi perhatian kepada situasi ekonomi global dan tempatan.

Beliau berkata ramai percaya yang membeli hartanah perlu menjadi keutamaan dalam sesebuah keluarga kerana ia memberi perlindungan kepada orang tersayang, tetapi ia salah kerana keluarga masih boleh menyewa rumah.

“Lebih teruk lagi, apabila ada golongan yang kononnya guru hartanah menggalakkan keluarga membeli rumah yang mereka mungkin tidak mampu membayarnya dalam tempoh panjang dengan mendakwa ia sejenis pelaburan kerana harga hartanah akan naik.

“Apa akan berlaku bila anda tidak mampu membayar ansuran dan ia tidak boleh dijual, atau jika nilai sewaan tidak dapat menampung bayaran bulanan? Anda akan tersekat,” katanya kepada FMT.

Cheong berkata demikian ketika mengulas kaji selidik dijalankan by PropertyGuru.com.my baru-baru ini yang mendakwa kira-kira 58% pembeli Malaysia akan membeli rumah dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Sedangkan, sektor hartanah dilaporkan agak lembap pada masa ini.

Katanya, membeli hartanah ialah komitmen besar dan itu sebabnya apabila ekonomi perlahan dan kos sara hidup meningkat, lebih wajar untuk menyewa rumah.

“Bila menyewa, anda ada fleksibiliti untuk terus hidup.

“Katakan anda sewa rumah RM2,000 dan kehilangan kerja atau isteri hilang kerja, anda masih boleh menyewa di tempat yang lebih murah.

“Tetapi anda tidak boleh berbuat demikian jika ansuran bayaran bulanan rumah anda kepada bank ialah RM2,000 sebulan.

“Betul, anda boleh sewakan rumah yang anda beli dan kemudian menyewa di tempat lebih murah, tetapi soalannya ialah dapatkah anda cari penyewa yang mahu membayar RM2,000 atau boleh atau tidak anda sewakan ia pada kadar itu sedangkan terdapat banyak rumah lain untuk disewa,” katanya.

Cheong mencadangkan bakal pembeli hanya membeli rumah jika mereka rasa cukup selesa dengan bayaran bulanan itu bagi sepanjang tempoh pembiayaan, atau jika harga rumah jatuh.

“Bayaran balik bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 25% pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.

“Lebihan 75% sepatutnya disimpan untuk kegunaan perbelanjaan kehidupan dan jika boleh, sebagai simpanan.

“Orang ramai mesti ingat tempoh bayaran balik pinjaman rumah biasanya 30 tahun. Dalam tempoh 30 tahun itu, kos sara hidup boleh meningkat tetapi gaji mereka mungkin bertambah tidak sebanyak mana pun,” katanya.

Cheong berkata pada masa ini, pemaju dan penjual rumah nampaknya tidak mahu menurunkan harga mereka dan orang ramai perlu mengambil kesempatan terhadap pasaran sewaan rumah di mana harga sewa jatuh susulan bekalan rumah sewa berlebihan.

Tahun lalu, dilaporkan 18,908 daripada 81,894 unit hartanah perumahan dan komersial dilancarkan pada suku pertama 2016, belum dapat terjual.

Nilai unit yang masih belum dijual itu ialah RM9.4 bilion.

S




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 03:11 PM | Show all posts
pakat2 dok tunggu harga jatuh, tak jatuh2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ler salah sorang tu


Hadoi hadoi hadoi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok current situation, elok la ummah pakat2 beli rumah sekarang.. kalo ada duit, sila beli dua tiga.. nanti yg kat hujung benua asia dah siap, boleh flip market
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:14 PM | Show all posts
yg harga sederhana ni mmg takdenya nak turun... org terus grab.

yg harga tinggi2 tu la yg ada harapan nak tunggu bubble meletop. tahla bila.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bila rumah mahal... installment rumah pun menyamai sebulan gaji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2017 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tolong sesiapa yang mahir masuk explain
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:26 PM | Show all posts
Tahun lepas aku tgk rumah rm158k lot bumi

Tu pun ada xterjual dah nak siap tahun nie

Sebab bank ketatkan pinjaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 20-1-2017 03:44 PM

Ntahnya....

Kekdg aku tgok org beli rumah bkn nk pikir dulu....ada couple beli rumah kat area sini rm500k. Ni 5thn lepas...Baru kawin, tapi bkn muda pun, dah nk dekat 40an...

Berkerut gak aku dgr...sbb tak de ank lg...entah blh dpt ank ke tidak...nk buat apa rumah besar besar...beli je lah kondo rm300k....nk kata pangkat besar, tak jugak....
Tu sbb bila ada rumah jual cepat habis...tapi 5-6thn lg...bergantung iklan bank lelong.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jual rumah kepada warga asing. Itu je jalan penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:47 PM | Show all posts
kos rumah 150k, jual 300k, buat loan bank tambah bunga dlm lebih kurang 100k..
so ko beli rumah 150k dgn harga 400k kalo bayor abih sume lepas 30thn..

ada rumah 500k.. tapi banyak defect.. rumah contoh tip to meletop..
rumah sebenar.. tak sama ngan rumah contoh... dari segi interior mahupun kualiti..
bila tanya kenapa tak sama, senang aje jawab, ni marketing!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 03:55 PM | Show all posts
Ini kat johor ke?  merempat la korang  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rukia2 at 20-1-2017 07:31 PM

ai bru nak sign utk booking sebijik esok...ade x smpai 24 jam lg utk decide nk g sign ke x esok
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:06 PM | Show all posts
sekarang nak buat loan dah susah.
bank negara ketatkan syarat.
dia punya kiraan kelayakan pinjaman dah lain formula nya.

kalau dulu tahun 2014 dan sebelum.
kerani pun boleh buat bisnes property beli umah sampai 4,5 biji.
income sewa bole rolling full margin untuk apply loan rumah baru.
sekarang tak dapat jack.

bagi aku bagus bank negara ketatkan sampai bila2.
so ada peluang untuk orang lain beli rumah pertama.
kalau tak nanti harga rumah naik tak terkawal, sebab spekulasi property bisnes ni.
yang kaya bertambah kaya, yang kebanyakan hanya mampu sewa je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:06 PM | Show all posts
klau x mampu beli
x pyh fefeeling nak beli ke tidak pada waktu gini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:07 PM | Show all posts
shamsadis replied at 20-1-2017 03:46 PM
Jangan jual rumah kepada warga asing. Itu je jalan penyelesaian

saraf terputus ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana rumah 158k tu,nak jugak try. Kat kajang ni, teres setingkat 110k 5taun lepas beli dah jadi 280k,mana nak cari teres bawah 200k dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemikiran aku sana mcm ernest chong ni. Bkn nak kata xmampu tpi in future kita xtau apa yg akan jadi kat kita.. dalam nak setelkan 30 taun installment mcm2 boleh jadi kt diri kita.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:14 PM | Show all posts
mcm2 nasihat
ada yg kata beli sekarang
ada yg kata jgn beli

tepuk poket tanya duit dalam tu ada berapa sen
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 04:16 PM | Show all posts
perang_candu replied at 20-1-2017 03:55 PM
Ini kat johor ke?  merempat la korang

ahahahhahaa... sioottt jekk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.475123 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list