CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5777|Reply: 6

CERPEN: Teratak Kasih Memintal Kenangan (U)

[Copy link]
Post time 20-1-2017 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aylanins at 20-1-2017 05:29 PM

Salam. Gara-gara mencari buku yang 'orang itu' minta, maka terjumpalah naskhah cerpen yang pernah saya karang dulu. Jadi, saya letaklah di sini.

Cerpen ini ada 8 muka surat, ini saya masukkan muka surat 1 ya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2017 05:02 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 20-1-2017 05:30 PM

TERATAK KASIH MEMINTAL KENANGAN

NAT BARU SELESAI dia lukis. Itu baru pandangan depan, belum lagi pandangan sisi dan atas. Belum masuk bahagian yang lebih besar. Sekejap-sekejap Mashita menyelak halaman buku rujukan di hadapannya. Berpinar rasanya mata asyik menghadap komputer sepanjang hari.

“Sampai mana dah?” Tanya Idlan yang baru melabuhkan duduk di sebelah Mashita. Mashita mengitari sekeliling makmal komputer. Makmal jelas lengang. Yang ada pun cuma dua tiga orang pelajar sarjana. Wajah-wajah itu biasa dilihat lantaran hidupnya sebulan dua ini dihabiskan di dalam makmal ini sahaja.

“Bahagian besar semua dah aku buat. Tinggal nat dan skru saja lagi,” dia terus menaip arahan di skrin komputer.

“Yang lukisan besar tu? Yang semua bahagian masuk dalam satu lukisan tu?” Idlan menyelak lukisan di sisi Mashita.

“Belum,” jawab Mashita pendek. Tangannya terus cekap menaip arahan di papan kekunci. Kalau dulu dia terkial-kial dengan program AutoCAD ini, sekarang dengan mudahnya dia menghabiskan satu tugasan dalam tempoh tidak sampai tiga hari.

“Kau dah siap semua tugasan?”

“Belum. Aku nak pergi perpustakaan sekejap lagi. Ingat nak main Internet sekejap. Nak semak kut-kut ada company yang terima aku praktikal. Pinjam password engkau?” lekas-lekas Idlan menggerakkan tetikus yang ada di hadapannya.

Mashita menaip passwordnya. Idlan pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal dan makmal ini kepunyaan Fakulti Kejuruteraan Kimia. Cuma pelajar-pelajar fakulti ini sahaja ada akses ke komputer di makmal ini.

“Ini kira menyeludup engkau masuk Idlan,” kata Mashita tapi Idlan sudah membuka Yahoo dan mula menyemak emelnya.

“Telefon aku habis bateri,” jawab Idlan sambil matanya menatap skrin komputer.

Mashita kembali memandang skrin komputer di hadapannya. Otaknya beku seketika. Boleh sebenarnya dia menyudahkan tugasan ini di komputer peribadi miliknya di bilik sana, tapi kalau boleh, sampai di bilik, dia mahu berehat dan menelaah buku-buku sahaja. Biarlah tugasan yang memerlukan tumpuan di komputer ini dia habiskan di makmal ini. Lagipun, kalau ada kemusykilan, boleh bertanya pada siswa siswi lain yang kebetulan ada di makmal ini.

“Dah... aku nak pergi kafe. Nak makan bakso. Lepas tu nak hantar buku ke perpustakaan. Nanti kita balik sama-sama. Jam lima petang kan?” Tanya Idlan sambil tersenyum simpul di hadapan Mashita.

Mashita mengangguk. “Jumpa kat tempat parkir motor.”

Perpustakaan? Perpustakaan yang mana Lan? Perpustakaan Kejuruteraan atau perpustakaan umum universiti? Dan setiap kali perkataan perpustakaan itu disebut, tiap kali itulah dia akan teringat akan Duan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2017 05:28 PM | Show all posts
SEMENTARA MENUNGGU PESANAN tiba, Mashita memandang keliling. Melihat bumbung perpustakaan universiti yang seakan bumbung teratak Minangkabau membuatkan dia teringat rumah nenek, Teratak Jelatik. Pasti nenek sibuk dengan pokok bunga kertasnya yang berjejer di laman rumah.

Hani, Tipah, Duan, rakan sepermainan dari kecil. Juga si kembar Ijan dan Aina yang sering menyelerakkan barang-barang mainan mereka. Entah kenapa saja dia tiba-tiba teringat dengan Ijan dan Aina yang ‘jahat’. Pernah sekali dulu sedang dia, Hani, Tipah dan Duan menyusun bunga-bunga di atas kertas surat khabar untuk ‘dijual’ sebagai sayur-sayuran kepada Mala, Amit dan Bang Im, sedap-sedap saja Ijan dan Aina menyepak surat khabar itu. Habis bersepah bunga-bunga yang susah-payah mereka petik dari halaman rumah Ngah Tijah. Teringat Mashita yang dia ketika itu yang berusia lima tahun menangis tersedu-sedu dan Bang Im sepupunya yang berusia lapan tahun kalau itu terus saja mengejar Aina dan Ijan. Mencicit budak berdua itu melarikan diri. Tersenyum sendiri dia mengingatkan kisah lama. Bang Im sudah ada anak satu sekarang dan bakal menunggu kelahiran cahaya mata yang kedua. Duan entah apa khabar. Masih dengan cita-citanya mahu ikut TUDM kah?

“Sorry lambat. Ambil tiket bas.” Suara Idlan memecah keheningan. Tangannya mencapai sesuatu dari dalam dompetnya.

“Berapa?” Tanya Mashita.

“Tak payahlah. Aku belanja,” jawab Idlan sambil tersengih. Helmet dia letak di tempat duduk kosong di sebelahnya.

“Janganlah macam tu. Kita sama student,” serba-salah pula Mashita. Main belanja-belanja tiket bas pula.

“Belanja aku roti hotdog satu kalau macam tu,” balas Idlan senang.

“Roti hotdog murah. Tiket bas ni mahal...”

“Kita kan tak lama lagi nak bertunang, lepas tu kahwin. Tak apalah Mas. Sikit saja ni.”

Tunang? Dua bulan saja lagi kan Lan. Tapi kenapa debar hatinya terasa lain sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 11:50 AM | Show all posts
aylanins replied at 20-1-2017 05:28 PM
SEMENTARA MENUNGGU PESANAN tiba, Mashita memandang keliling. Melihat bumbung perpustakaan universiti ...

wow cerpen baru... macam menarik je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagii
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 03:37 PM | Show all posts
sambung lg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2017 03:22 PM | Show all posts
RINGKAS BETUL hantaran anak orang ni,” terdengar suatu suara di ruang tamu. Tangan Mashita terhenti seketika dari menggubah sejadah di hadapannya. Sungguhpun dia di dalam bilik, tetapi sedikit sebanyak perbualan di ruang tamu itu sampai juga ke pendengarannya. Rumah berdinding papan ini, bukannya kalis bunyi!

“Masih belajar kak, tak ada apa sangat hantarannya ini,” terdengar suara emak menyahut  di luar.
Mashita merenung sejadah yang sudah dilipat-lipatnya, nanti biar muat dimasukkan ke dalam kotak berwarna jernih. Sejadah, sepasang baju Melayu, dan sedikit manisan, itu sajalah hantaran balas darinya untuk Idlan.

“Tak tunggu habis belajar dulu?”

“Ingat nak macam itu, tapi jodoh dah sampai. Tapi kahwin lepas habis belajar nanti. Lepas dua-dua dah kerja nanti. Ini ikat janji saja,” lembut saja emak menjawab.

Emak, maafkan Mas ya mak. Dia tahu berat juga hati emak hendak bersetuju dengan keputusannya yang mahu mengikat tali pertunangan seawal ini dengan Idlan. Seboleh-bolehnya emak mahu dia kerja terlebih dahulu, barulah soal tunang dan kahwin ini dibenarkan menyusul. Mas janji, Mas akan kerja dulu, kumpul duit, dan lepas itu, barulah Mas kahwin ya mak. Tunang ini, macam yang mak kata, untuk ikat janji saja. Yalah, dia takut juga. Dia dan Idlan bukan senegeri, seorang di utara, seorang di selatan. Bukan sebulan dua dia mengikat hati dengan Idlan, sejak pada tahun pertama di kampus Serdang lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058750 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list