CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5640|Reply: 85

[Tempatan] Suami isteri kasari penguat kuasa MBSA dijel lima bulan

[Copy link]
Post time 21-1-2017 03:45 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM 20 Jan. – Sam­butan Tahun Baharu Cina kali ini pastinya berbeza dan mungkin detik yang tidak boleh dilupakan bagi pasangan suami isteri Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun apabila mereka perlu meraikannya di dalam penjara.
Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun hadir di mahkamah bagi mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara dan denda kerana mengasari penguat kuasa wanita MBSA di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Ini kerana pasangan yang didakwa menghalang seorang penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan tugas sehingga menjadi tular di media sosial, November lalu terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih lama berbanding 14 hari yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan kepada Ka Hoo, 36, dan isterinya, Sit Fun, 31, selepas menolak rayuan mereka terhadap hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 November tahun lalu.

Perkara itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Teck Meng selepas membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan terhadap hukuman dan me­ngarahkan pasangan itu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini, bagaimanapun de­nda RM3,000 atau penjara tujuh hari seperti yang diputuskan sebelum ini dikekalkan.

Dalam penghakimannya, Teck Meng berkata, kedua-dua suami isteri itu seharusnya bersikap tenang dan menerima saman tiada kupon letak kereta yang dikenakan pe­nguat kuasa dan menjelaskannya apatah lagi saman itu tidak melibatkan kos yang tinggi.

“Kamu tidak sepatutnya mengambil tindakan di tangan sendiri dan mengasari penjawat awam yang melaksanakan tugas mereka. Saman sebegini tidak banyak kosnya dan kebanyakan kita pernah disaman atas kesalahan sebegini.

“Mahkamah perlu melihat kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi perayu dan satu hukuman berbentuk pengajaran perlu dijatuhkan bagi menjadi teladan kepada semua pihak agar perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.

Pada 25 November tahun lalu, Ka Hoo dan Sit Fun dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah ter­hadap penjawat awam, Nurul Ain Isa, 24, dengan niat menakut-nakutkan mangsa daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam dengan sah di sisi undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi je 99 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jd pengajaran pada yg suka mengelak undang2 & membuli
Tp datuk2 yg pukul pak guard, pukul driver lori tu jgn buat2 terlepas plak ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk hati dengar keputusan mahkamah macam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukur hamdalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti nyesal gila nak berlagak taiko silap tempat.. Saman takde kupon dua tiga hinggit jer pun leh tak puas ati tak nak bayar.. Akibatnya abih 3k lak denda sekali bonus 5 bulan penjara lagi...

Tak dikira kena berhabis kos guaman, kos turun naik mahkamah.. Kos kluar masuk balai polis.. pastu 5 bulan kena kurung abih  tergendala segala urusan diiringi hencapan netizen seluruh planet....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tula berlagak n jahat sangat! nasib baik x kene 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 07:35 AM | Show all posts
Dok dlm penjara tu biar dorang muhasabah diri.. Belajar terima hukuman.. Jgn nk jd pembuli
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 07:38 AM | Show all posts
Bagus hakim ni even sesama bangsa sepet jgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:00 AM | Show all posts

gong xi fa cai
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:01 AM | Show all posts
tagas replied at 21-1-2017 07:38 AM
Bagus hakim ni even sesama bangsa sepet jgk

cina jinak mca hukum cina dapigs

cai,
@deezeck

@bioessence

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:03 AM | Show all posts
pehhhh.. tulah nk membuli sangat.. jangan kena buli kt penjara sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal dia buat rayuan....

Dari 14hari terus jadi 5bln....

Tahniah!!!...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut denda tu tinggi lagi,byk kos gov kena tanggung sbb sikap depa nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka depa. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya nyesal la... Jgn keluar nnt berdendam dgn pompuan tue...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka suda buat salah tuh takyah byk songeh bayar je la saman tuh.. Merasa laa sambut cny kat penjara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063899 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list